Datin Ardeena berjalan memasuki sebuah rumah yang usang jauh di dalam hutan tebal. Dia sudah menunaikan apa yang lelaki itu mahu. Dan sekarang, dia mahu hentikan semua ini.
Dia sudah tidak sanggup melihat keluarganya terseksa, hanya kerana satu dendam yang abadi.
Dia mengetuk pintu kayu rumah tersebut dengan berhati-hati. Kepalanya menunduk ke bawah. Seketika kemudian, pintu itu dibuka oleh seorang lelaki tua bermuka hodoh.
"Ohh? Datin? Untuk apa kemari?" Sengaja dia menyindir menggunakan nama Datin tersebut. Bibirnya mengukir senyuman aneh.
"Aku datang ke sini ada hajatnya" Ujar Datin Ardeena tegas. Kali ini, dia bertekad untuk hentikan ini semua. Tangannya digepal kuat.
"Silalah masuk" Ajaknya lalu membuka pintu dengan lebih luas. Ditangannya terdapat sebatang tongkat kayu antik.
"Tak perlu. Aku datang hanya untuk beritahu bahawa aku dah tak sanggup lagi tunduk pada arahan kau. Semua ini... melampau." Datin Ardeena mengangkat mukanya memandang lelaki tua itu.
Jelas terlihat riak wajah lelaki tua itu berubah bengis. Datin Ardeena tidak mahu membuang masa lagi. Dia membuka beg tangannya dan menghulurkan sehelai sampul kertas yang di dalamnya bernilai puluhan ribu ringgit.
"Kau ambil ini dan jangan kacau hidup keluarga aku lagi. Permintaan engkau sudah aku tunaikan. Cukup sampai disini sahaja." Bicaranya tegas.
Wajahnya bertukar bengis. "Kau sudah lupa...? Janji kita?" Matanya menikam tepat pada mata Datin Ardeena.
"Aku tak pernah lupa! Tapi tengok apa yang kau dah buat. Keluarga aku perlahan-lahan hancur hanya disebabkan dendam bodoh kau!" Tengking Datin Ardeena.
"Biadap. Kau memang biadap." Lelaki tua itu memandangnya dengan riak muka bengis. Gigi diketap rapat.
Datin Ardeena terus melempar sampul kertas tepat pada muka lelaki tua itu. Dia memusingkan tubuh untuk melangkah pulang secepat mungkin.
Sepatutnya dia harus bersama Attaqim di sekolah pada waktu ini. Lebih baik dia cepat-cepat pulang.
Belum sempat kakinya mengatur beberapa langkah, kepalanya dipukul kuat dengan tongkat kayu milik lelaki itu dari arah belakang.
Papp!
"Arghh!" Datin Ardeena menjerit kesakitan. Dia memegang kepalanya.
Matanya berpinar-pinar sehingga dia jatuh terjelopok di atas tanah. Lelaki tua itu berjalan mendekatinya perlahan sebelum menghayunkan beberapa lagi pukulan.
"Dasar betina sial." Dia memukul kepala Datin Ardeena dengan kuat.
"Allahuakbar... Ya allah.. Argh..." Suaranya semakin lemah dek pukulan tanpa henti di seluruh badannya. Tidak mampu diungkapkan rasa sakitnya.
Darah membuak-buak keluar dari mulutnya. Tongkat itu memiliki pisau pada hujungnya. Datin Ardeena terbatuk-batuk. Pandangannya mulai kabur.
Dalam fikirannya sekarang hanya terbayang imej Attaqim yang sedang tersenyum kepadanya. Satu persatu memori mula mengisi di ruang kepala.
29/09/
Seorang bayi lelaki yang baru lahir berada di dalam pelukanku. Bayi bermata coklat cair itu memandangku dengan mata yang bersinar. Cahaya mata yang sudah lama aku tunggu. Saat itu, aku mengalirkan air mata kebahagiaan. Dalam hati tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur.04/01
Aku memandang gaun berwarna putih yang melekat di tubuh ramping milikku. Hari ini merupakan hari perkahwinan aku dan Aris. Tiba sahaja sesi perbatalan air wudhu', tangan Aris aku kucup lembut. Aris senyum bila pandang aku.20/02
"Mommy, engok bulan tu!" jari Attaqim menunding ke arah bulan yang terang."Izz cuka bulan, tantik acam mommy!" Attaqim berkata dengan pelatnya lalu memeluk aku.
Semalam...
"Izz sayang mommy... Izz sayang keluarga kita..." Air mata milik Attaqim yang jatuh aku pandang. Remuk hatiku melihatnya terluka kerana ulahku. Maafkan mommy sayang...Ketika ini tubuh Datin Ardeena mula lemah, suaranya sudah tidak mampu lagi berbunyi. Dalam hati sempat mengucap dua kalimah syahadah sebelum matanya bertukar gelap.
Lelaki tua itu mengambil pisau lalu menikam ke perut Datin Ardeena. Tubuh yang kaku itu dia sepak dengan kuat.Dia meludah air liur sebelum berlalu pergi.
Hana berjalan membawa sejambak bunga rose beserta dengan anak patung arnab kecil berwarna putih. Matanya melilau memerhati padang yang sesak dengan para pelajar.
Ketika ini, majlis sudah beransur tamat, jadi sekarang ramai yang sedang mengambil gambar bersama keluarga. Ada juga yang memberi hadiah kepada senior mereka. Dan pencarianku sekarang ialah Naim Imran.
Nasib baik cuaca sekarang tengah mendung, kalau tidak sudah berpeluh-peluh aku jawabnya. Tiba-tiba ada suara yang menyergah aku dari arah belakang.
"RAWRR!!!"
"Arghhh!" Agak kuat suara aku menjerit. Beberapa pasang mata turut memandang ke arahku.
Aku yang memakai baju seragam sekolah berwarna kuning cair itu hampir jatuh ke atas tanah, namun Imran sudah siap sedia memegang beg sandang aku dari belakang. Dapatlah merasa terapung sekejap sebelum aku kembali berdiri seperti biasa.
Aku berpusing dan memijak kasutnya kuat. Tapi dia bukannya rasa apa-apa pun. Dia tersenyum nakal.
Kacak juga dia hari ini. Memakai kemeja hitam beserta tali leher berwarna hitam. Kalau boleh semuanya dia nak hitam."Im ni buat malu je lah, habis orang pandang!" Aku marah dia.
"Sorry budak. Hana tunggu nak balik dengan Im ke?" Dia buat-buat tanya walaupun dah tahu.
"Nampak macam Hana tunggu Afifa ke dekat sini? Tak kan? Sekarang jom kita balik" Sebelum itu sempat aku hulurkan sejambak bunga tadi.
"Cantiknya..." Ujarnya perlahan.
Aku menggulum senyuman manis. "Pandai kan Hana pilih?"
Kami mengatur langkah beriringan untuk pulang bersama. Hari ini aku tak datang dengan motor.
"Pandai. Tapi yang lagi cantik tu ada dekat depan mata Im sekarang" Dia menghirup bau jambangan bunga rose itu sebelum membuat muka buruk.
Aku memalingkan muka memandangnya sambil berjalan. Apa benda yang dia merepek ni?
Angin meniup lembut rambutnya yang bergerak perlahan. Kelihatan beberapa pelajar lain juga sedang berjalan untuk melepasi pintu pagar sekolah.
"Lepastu Im nak cakap bunga yang Hana pilih ni tak cantik lah? " Aku pandang dia sambil mencebikkan bibir. Rasa sedih pula.
Dia mengangguk kepala. Terus membuntang mata aku.
"Hana lupa ke? Im mana suka bunga. Tapi kalau bunga ni Im suka lah, sebab yang bagi tu Hana" Dia pandang aku dengan mata yang redup.
Aduh kacaknya sepupu aku ni. Ada yang aku rembat nanti.
"Gediknya" Aku membalas walaupun pipi aku dah mula merah kerana malu.
Telefon pintar yang berada di dalam poket berdering mintak diangkat. Perlahan suara daddy yang sedang menggigil kedengaran.
"Izz... Mommy kamu..." Serak suara Dato Aris.
Hati Attaqim terus berdebar pantas. Peluh mengalir di dahinya. Tangan naik mengusap dada yang berdebar.
"Kenapa dengan Mommy...?" Soalnya perlahan. Dia baru sahaja dalam perjalanan balik ke rumah setelah majlis di sekolah tamat.
"Mommy... dah takde Izz... Mommy dah tinggalkan kita... Mommy dah tinggalkan daddy..."
Tangisan Dato Aris kedengaran di hujung talian. Pecah juga tangisannya yang menahan tangis sejak dari tadi.
Tubuh Attaqim terus menggeletar hebat. Panggilan terus dia matikan dan memecut laju untuk pulang ke rumah. Motosikal dipulas sampai habis.
YOU ARE READING
Candra Untuk Dia
RomancePertemuan tanpa sengaja menemui jalan buntu apabila Hana Faryssa terjerat dengan masa lalunya sendiri. Dikhianati oleh orang terdekatnya bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi seorang Hana Faryssa. Satu persatu rahsia mula terbongkar selari dengan wa...