BAB 12

1.7K 141 14
                                    

Laju kaki Nuwairah berjalan meninggalkan lorong sunyi itu. Malam-malam Nuwairah keluar kerana mahu membeli barang masak untuk esok. Nak ajak Nayli, tapi Nayli dah tidur. Tak sampai hati Nuwairah mahu mengejut.

Jadi nak tak nak, Nuwairah terpaksa keluar seorang diri. Dia terpaksa beranikan diri untuk keluar sendiri.

Tapi sekarang Nuwairah merasa takut dek kerana mendengar derapan kaki di belakangnya. Nuwairah memarkirkan kereta Nayli agak jauh sedikit dari kedai kerana tadi Nuwairah tidak menjumpai parking.

Semakin laju kaki Nuwairah melangkah menuju ke kereta. Tapi kenapa sekarang Nuwairah rasa kereta jauh sangat?

Di dalam hati berkali-kali Nuwairah berdoa agar dijauhkan dari sebarang kejahatan dan semoga Allah sentiasa melindunginya.

Semakin lama semakin kuat derapan kaki itu melangkah mendekatinya. Pernafasan Nuwairah semakin laju dan dadanya mula naik turun kerana takut.

Baru saja figura itu mahu menarik lengan Nuwairah. Ada satu tangan lain yang pantas menarik Nuwairah dan menyorokkan Nuwairah di belakangnya. Menyinga pandangan lelaki ini memandang Farok.

Tangan Nuwairah digenggam erat. Farok tidak melihat muka lelaki di hadapannya kerana lelaki ini memakai hoodie hitam serta penutup muka hitam untuk menutup mukanya. Nuwairah berdiri di belakang lelaki ini. Dia merapatkan dirinya dengan lelaki tersebut.

Tapi Nuwairah seakan cam bau wangian yang terbit dari lelaki ini. Bau seperti Iskandar. Nuwairah cam bau perfume Iskandar.

"Sebelum muka kau pecah, lebih baik kau berambus." Amaran lelaki misteri ini kepada Farok.

"Kau siapa nak arah aku?" Balas Farok tak nak mengalah. Dia tak takut dengan amaran lelaki di hadapannya ini.

"Aku siapa? Aku malaikat maut kau." Jawab lelaki ini seraya mencabut penutup muka yang dipakai.

Mengundur Farok apabila melihat wajah lelaki ini. Farok cam siapa lelaki ini. Muka dia lebam seperti sekarang pun kerana lelaki di hadapannya ini. Bibirnya pecah pun kerana lelaki ini menumbuk mukanya dengan teruk.

Farok jadi tidak berani lagi untuk berhadapan dengan lelaki hadapannya ini. Tanpa kata lebih, Farok pantas melarikan diri. Dia tak nak berurusan dengan lelaki itu.

Nuwairah melihat Farok yang melarikan diri. Tiba-tiba Nuwairah rasa takut. Kalau Farok pun lari bila tengok lelaki ini. Kenapa Nuwairah nak kena stay lagi? Karang lelaki ini tembak dia atau bunuh dia atau culik dia atau apa-apa kan dia macam mana?

Berura-ura Nuwairah mahu melarikan diri. Tapi tangannya pantas dipegang oleh lelaki yang Nuwairah tak kenal ini. Nuwairah meronta minta dilepaskan tapi tetap sama. Tiada sebarang pergerakan dari lelaki tersebut.

"Eee.. lepaskan lah saya. Saya takda duit. Saya bukan orang kaya. Saya buat kek je. Lepas lah.. saya menangis ni nanti. Huaaaa.." Berlakon saja lebih. Berdecit lelaki ini seraya menarik Nuwairah merapat dengannya sehingga bahu Nuwairah melekat pada dada tegapnya.

Terhenti perlakuan Nuwairah. Dapat dia rasakan dada ketul-ketul lelaki ini.

"Over kan kau ni. Aku dah tolong bukan nak berterima kasih." Pantas Nuwairah mendongakkan kepala merenung lelaki itu.

Terkelip-kelip matanya merenung Iskandar yang berada di hadapannya sekarang. Betul. Bau perfume yang Nuwairah bau tadi memang bau wangian Iskandar. Nuwairah tak salah. Hidung Nuwairah betul-betul berfungsi dengan baik.

"Eh? Awak? Jadi awak lah tolong saya?" Menjuling kedua mata Iskandar.

"Habis tu siapa lagi yang nak tolong kau dekat lorong sunyi ni?" Tanya Iskandar sembari menyimpan penutup mukanya.

DIA KEKASIH KU [C]Where stories live. Discover now