BAB 54

1.5K 125 8
                                    

Riuh rendah suara keluarga Datuk Imran dan Datin Sumayyah di dalam bilik wad yang menempatkan Afira.

Alhamdulillah.. Afira baru saja melahirkan seorang puteri kecil yang cantik dan comel enam jam yang lepas. Sekarang semuanya datang melawat Afira. Semua teruja nak tengok bayi kecil comel itu.

Afira mengendong anaknya sambil pipi si kecil dicuit Qael. Terkelip-kelip matanya memandang si adik yang tengah lena.

"Mama, ni adik Ael ke?" Tanya Qael sambil matanya tak lepas memandang si adik.

"Iya, sayang. Ini adik Ael. Sekarang Ael dah jadi abang. Abang Ael." Ujar Afira sembari tersenyum melihat Qael dan Qaisarah.

Anak kedua mereka bernama Qaisarah Puteri. Dilahirkan dengan berat 3.5kg. Patut lah Afira rasa susah sangat nak keluarkan si kecil tembam ni. Dulu Qael lahir beratnya tak sampai 3 kilo. Hanya 2.8kg saja. Masa tu lah Afira rasa senang sangat nak keluarkan Qael.

Tapi Qaisarah ni.. Afira hampir-hampir nak pengsan. Sampai doktor pun macam takda pilihan kena buat operation kalau Afira pengsan.

"Tahniah kak Fira. Comel baby." Ucap Nuwairah selari memegang tangan Qaisarah. Kecilnya. Comel sangat.

"Terima kasih. Nanti Wairah macam ni juga lah. Dah nak masuk tiga bulan kan?" Mengangguk Nuwairah sebagai tanda menjawab soalan Afira.

"Mesti comel baby Wairah nanti. Maklum lah maknya cantik, bapaknya pula hensem." Tersipu malu Nuwairah bila dipuji begitu. Ada-ada saja lah.

"Alah akak ni. Puji kita pula. Akak pun cantik. Sebab itu lah baby pun comel. Tengok muka dia.. macam akak." Memang betul. Qaisarah mukanya sebijik seperti Afira.

Adil lah. Sebab Qael muka Irfan. Bila lahir Qaisarah ni pula ikut muka Afira. Takkan lahir Qaisarah nak ikut muka Irfan. Merajuk nanti Afira.

"Bagus juga Qaisarah ikut muka Afira. Kalau lah abang Fan rindu ke dengan isteri abang Fan ni.. abang Fan boleh tengok muka anak sendiri. Ini bukan setakat 50% je dia copy. 100% dia copy muka mama nya." Seloroh Irfan selari mencium dahi si kecil.

Ketawa yang lain mendengar kata-kata Irfan barusan. Tapi memang tak dapat nak dinafikan pun. Memang sama. Kalau dah besar nanti tak tahu lah macam mana. Mungkin orang akan panggil itu Afira kecil.

"Boleh tak kalau.. Wairah nak dukung baby?" Pinta Nuwairah. Dari tadi sebenarnya dia tahan hati dan dirinya untuk mendukung Qaisarah. Tapi sekarang Nuwairah tak boleh nak tahan.

Iskandar menoleh memandang isterinya. Boleh ke?

"Sayang betul ni?" Angguk Nuwairah.

"Boleh je. Dekat sikit." Arah Afira.

"Kena belajar bakal papa dan bakal mama ni. Nanti nak ada anak sendiri dah." Sampuk Datin Sumayyah selari tersenyum melihat anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucunya.

Datuk Imran pula hanya sekadar menayangkan senyuman sambil duduk di sofa dan menyilangkan kakinya. Dipandang saja pemandangan yang ada di hadapan mata. Rasa macam tak percaya sebab anak-anak dah besar, dapat pula dua orang menantu cantik dan ada cucu-cucu yang comel. Tak lama lagi datang pula cucu yang ketiga.

Perlahan-lahan Nuwairah mengambil Qaisarah dari gendongan Afira. Gaya Nuwairah steady saja. Tapi Iskandar yang gelabah. Takut tengok isterinya pegang baby yang baru lahir.

"Haa.. dah ada gaya tu. Baby pun nampak selesa je." Kata Afira. Senyum Afira melihat Qaisarah yang tenang tidurnya. Macam takda orang kacau. Padahal semua orang tengah kacau dia.

"Abang tengok ni." Nuwairah berpusing menghadap suaminya. Terkebelakang Iskandar apabila Nuwairah mendekat dengannya.

"Bagi balik baby tu dekat mak bapak dia. Lembik tu sayang. Pulangkan semula." Arah Iskandar dengan muka pucat. Seriau dia tengok Nuwairah pegang Qaisarah.

DIA KEKASIH KU [C]Where stories live. Discover now