BAB 62

1.5K 126 2
                                    

Setelah tiga hari Nuwairah di hospital. Akhirnya dia balik ke rumah juga. Lega Nuwairah rasa bila punggungnya menyentuh permukaan katil yang empuk lagi kan lembut. Dipandang anaknya yang sesekali menggerakkan badan. Tapi bangunnya tidak. Sampai berkerut-kerut mukanya.

Menggeleng kepala Nuwairah melihat anak sendiri. Sebiji macam bapa. Anak bapa lah kata kan. Iskandar pun mana boleh sekarang kalau tak tengok muka anak. Sikit-sikit tanya anak. Sikit-sikit anak dia. Post gambar gambar anak dia. Post status pasal anak dia.

Nuwairah sampai rasa cemburu dengan anak sendiri. Dulu Iskandar takda buat macam tu pun dekat dia. Jarang sangat nak post gambar dia dekat mana-mana media social.

Sampai tang anak.. hari-hari pasal anak dia. Keluar tak sampai seminit, dah chat minta gambar anak. Siap buat caption 'anak kesayangan papa' 'my son' 'my hero' dan berbagai-bagai lagi.

Nuwairah yang merasa geram dengan anak sendiri mula menolak sedikit punggung anaknya.

"Tak baik curi buah hati mama. Papa tu mama punya. Awak jangan sesuka hati nak ambil. Baru berapa hari je dekat dunia. Dah pandai nak rampas papa dari mama." Sinis Nuwairah dengan anak sendiri.

Selepas itu, Nuwairah mendekatkan wajahnya dengan muka si kecil lalu dia menjengilkan biji matanya di hadapan muka Idrees. Gigit karang. Geram ni.. geram. Ada yang kunyah anak sendiri nanti.

"Ehem." Berdehem Iskandar yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik.

Pantas Nuwairah mengangkat mukanya memandang sang suami. Iskandar bercekak pinggang sambil memerhati gelagat si isteri.

"Buat apa?" Tanya Iskandar perlahan.

Sengih-sengih Nuwairah selari menggelengkan kepalanya. Memincing mata Iskandar memandang tepat ke arah sang isteri.

"Suka kacau anak tidur." Tegur Iskandar seraya menggelengkan kepala dan berjalan ke hujung katil lalu diletakkan bag pakaian isteri serta anaknya.

"Biarlah. Idrees pun tak bangun. Lena je." Jawab Nuwairah bersahaja.

"Yalah." Sahut Iskandar selari melabuhkan duduk di sebelah sang isteri. Usai itu, Iskandar memeluk tubuh isterinya dari tepi. Dagunya diletakkan di bahu kiri Nuwairah. Ditatap muka sang isteri. Cantik.

"Kenapa tengok sayang macam tu? Sayang dah tak cantik?" Duga Nuwairah sembari mengerling sekilas wajah kacak suaminya. Rasa nak luruh jantung Nuwairah tatkala suaminya duduk rapat begini.

"Apa cakap macam tu? Isteri abang sentiasa cantik." Keluh Nuwairah. Sedih mukanya.

"Kenapa ni?" Tanya Iskandar.

"Tapi sayang ada parut dekat perut. Mesti tinggal kesan nanti. Dah tak lawa. Perut sayang pun dah gelebeh sikit. Sayang dah gemuk. Sayang dah tak cantik macam dulu." Luah Nuwairah dengan suara sedih.

Lantas Iskandar memusingkan badan Nuwairah untuk menghadap dirinya. Ditatap dalam mata si isteri. Kedua pipi Nuwairah diusap-usap lembut.

"Parut dekat perut sayang ni sebagai tanda sayang dah berkorban lahirkan Idrees. Lagi satu sayang kena ingat. Parut ni lah nanti akan jadi jawapan untuk sayang di akhirat. Bukti yang sayang hampir hilang nyawa sebab lahirkan anak untuk abang. Ini satu pahala besar bagi sayang. Jadi abang tak nak sayang rasa rendah diri dengan parut yang sayang ada ni. Anggap ianya sebagai kelebihan. Bagi abang cantik je. Dan bagi abang setiap kali abang tengok je parut sayang ni. Abang kena ingat yang isteri abang ni dah susah payah dan sanggup berkorban untuk beri abang anak dan beri gelaran papa untuk abang." Iskanda menjeda sekejap untuk mencium pipi kanan isterinya.

"Tentang bentuk badan sayang. Sekarang ni kan zaman moden. Sayang boleh buat olahraga. Contohnya macam pilates. Atau pun macam-macam lagi senaman yang ada. Tak perlu pun sayang nak rasa diri tu buruk. Bagi abang.. tak kisah sayang rupa macam mana sekalipun. Yang penting isteri abang Kasih Nuwairah. Bukan perempuan lain. Abang sayangkan isteri abang ni. I love you, kekasih abang." Usai itu, Iskandar mencium pipi kiri Nuwairah.

Terharu Nuwairah mendengar kata-kata sang suami. Iskandar tahu saja cara untuk memujuk dan menyejukkan hati dia. Langsung terbit senyuman manis di bibir mungil Nuwairah.

"Terima kasih abang sebab selalu buat sayang rasa dihargai. Jangan berubah." Pinta Nuwairah seraya memeluk tubuh tegap suaminya.

Iskandar mengangkat Nuwairah untuk duduk di atas pahanya. Setelah itu, Iskandar membalas pelukan isterinya dengan lebih erat. Sisi wajah Nuwairah dicium sekejap.

"Insya-Allah. Abang tak boleh janji. Tapi selagi abang hidup.. abang mampu berdoa pada Allah supaya hati abang selalu untuk sayang. Abang minta pada Allah jangan palingkan hati abang untuk perempuan lain." Mengangguk Nuwairah mengerti bicara suaminya.

Semestinya Nuwairah takut. Iskandar ni baik. Dan kita ni manusia. Hati kita pun bukan kita pegang. Allah yang pegang. Lagi satu, Iskandar ni ramai peminat perempuan dekat luar sana.

Itu yang Nuwairah takut. Memang Iskandar tak melayan. Dari dulu Nuwairah tahu. Nuwairah tak nak berfikiran negatif dan berkata lebih. Tapi Nuwairah hanya mampu berdoa untuk rumah tangganya supaya selalu dilindungi, diberkati dan diredhai oleh Allah. Itu saja.

Tak lama selepas itu, terdengar bunyi rengekan Idrees. Lantas Nuwairah dan Iskandar melepaskan pelukan dan memalingkan kepala mereka memandang Idrees. Haih.. budak kecil ni. Tahu saja mak pak dia tengah nak romantik. Tak boleh nak mesra lama sikit. Ada saja penganggu.

"Urm.. kacau lah." Sekarang ni mama Idrees yang merengek.

"Anak nak susu tu. Sayang bagi lah. Abang nak tutup pintu bilik. Pastu mama pesan suruh sayang rehat. Jangan banyak gerak sangat. Nanti mama bawa makanan naik atas." Ujar Iskandar sembari membuka tudung Nuwairah.

Tudung isterinya diletakkan di hujung katil. Senyum Nuwairah bila melihat suaminya. Lembut saja perlakuan dan layanan suaminya. Tak pernah sekali Iskandar berkasar. Nuwairah rasa beruntung sangat.

"Abang." Panggil Nuwairah. Terhenti langkah Iskandar yang baru mahu masuk ke dalam bilik air.

"Ya, sayang." Sahut Iskandar sambil memusingkan badan memandang Nuwairah.

"Sini kejap." Nuwairah menggamit suaminya untuk mendekat. Tanpa bantahan, Iskandar datang juga mendekati isteri tercinta.

"Kenapa cinta hati?" Memerah muka Nuwairah bila dipanggil begitu. Sukanya.

Tanpa berkata apa, Nuwairah langsung memeluk badan suaminya. Mukanya dibenamkan di perut Iskandar lalu didongakkan kepala untuk merenung suaminya dari bawah. Menunduk kepala Iskandar sambil mengkerutkan dahinya.

"Sayang sayang abang sangat-sangat. Terima kasih, suami sayang. You are my hero." Ucap Nuwairah ikhlas dari lubuk hatinya. Siap menghadiahkan senyuman manis dan memberi flying kiss untuk suami tercinta.

"Alahai isteri abang ni. Sama-sama, isteri abang." Sejurus itu, Iskandar menundukkan sedikit badannya lalu dicium dahi Nuwairah.

Tak dapat Iskandar bayangkan hidup dia tanpa Nuwairah di hidupnya. Nuwairah tu ibarat nyawa dia. Bukan hanya Nuwairah. Idrees pun dah jadi nyawa dia. Dua-dua ni kesayangannya.


Tbc..


Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

DIA KEKASIH KU [C]Where stories live. Discover now