BAB 45

1.5K 118 9
                                    

Berulang kali Nuwairah menelefon Iskandar. Tapi satu panggilan pun tidak dijawab. Hati Nuwairah jadi semakin gelisah. Sudah lebih dari sepuluh kali Nuwairah call. Tapi yang Nuwairah dapat hanya lah panggilan itu masuk mailbox.

"Mana abang ni? Kenapa tak angkat call sayang?" Ke kanan dan ke kiri Nuwairah berjalan. Ibu jari kanan digigit sedikit.

Dah lah tadi dia dapat call dari Pak Cik Wahab yang mengatakan Encik Norman jatuh dari motor kerana eksiden. Encik Norman dilanggar kereta. Keadaan Encik Norman agak parah. Kaki kanan patah, kepala terbentur di atas jalan dan hidungnya mengeluarkan darah.

Itu yang membuatkan Nuwairah risau dengan keadaan Encik Norman. Sekarang Encik Norman berada di hospital dan masih lagi dalam rawatan kecemasan. Pak Cik Wahab ada beritahunya yang kepala Encik Norman terhentak agak kuat.

Kereta yang melanggar Encik Norman sempat melarikan diri. Orang-orang kampung tidak sempat mahu menghentikan orang tersebut atau mengecam plat kereta itu. Apa yang mereka tahu hanya lah kereta Waja dan berwarna coklat. Itu sahaja maklumat yang mereka semua ada.

Baru saja Nuwairah mahu membuat panggilan lagi kepada suaminya. Iskandar membuka pintu rumah lalu melangkah laju meluru ke arah Nuwairah dengan wajah cemasnya.

"Sayang." Badan Nuwairah selamat masuk ke dalam pelukan Iskandar.

Nuwairah melepaskan nafas lega. Dibalas pelukan sang suami dan menenggelamkan mukanya di dada Iskandar. Belakang baju Iskandar digenggam erat.

Jujur Nuwairah kata yang dia takut. Perasaan takut menyelubungi dirinya. Apa yang ada dalam fikiran Nuwairah hanya satu. Abah pergi tinggalkan dia dan Nuqman. Jadi, Nuwairah berdoa banyak-banyak supaya Encik Norman boleh bangkit dan kuat melawan rasa sakit yang dihadapi sekarang.

Cukup lah Nuwairah kehilangan Puan Mariam sehingga sekarang tidak tahu jejak Puan Mariam berada di mana. Nuwairah tak nak pula hilang Encik Norman. Nuwairah belum bersedia lagi. Nuwairah belum kuat.

Selepas beberapa minit mereka berdua berpelukan, Iskandar melepaskan pelukan itu. Kedua pipi Nuwairah diusap dengan lembut. Ditatap mata isterinya dalam. Iskandar melakarkan senyuman buat sang isteri.

"Kenapa abang tak jawab call sayang?" Tanya Nuwairah ingin tahu.

"Maaf. Abang tak perasan. Abang rushing drive balik rumah tadi." Jawab Iskandar dengan masih terus merenung ke dalam mata Nuwairah. Dari cara Iskandar seakan ingin memberitahu tentang sesuatu.

Tapi Iskandar takut untuk beritahu pada Nuwairah. Iskandar tak nak isterinya jadi lemah. Iskandar tak sampai hati dengan isterinya. Tapi ini melibatkan Encik Norman.

"Sayang.. abang ada perkara nak bagitahu pada sayang. Abang harap sayang kuat. Isteri abang kuat." Berkerut dahi Nuwairah kerana tidak memahami.

"Apa dia?" Soalnya.

"Abah dah takda sayang." Kata Iskandar sekali lafaz.

Mengeras badan Nuwairah. Dipandang muka Iskandar dan berlalu ke mata Iskandar untuk mencari penipuan di sebalik kata-kata suaminya barusan. Tapi apa yang Nuwairah lihat hanya lah kejujuran.

"Tipu." Nuwairah masih menolak tidak percaya suaminya.

"Abang tak tipu sayang. Tadi jiran abah, pak cik Wahab call abang guna handphone abah. Pak Cik Wahab call abang sendiri bagitahu tentang abah. Abah dah takda sayang. Abah dah meninggal." Perlahan-lahan Iskandar menuturkan ayat itu supaya isterinya mengerti dan tidak seperti tadi.

Bergenang air mata Nuwairah tatkala mendengar bicara suaminya. Kepalanya digeleng perlahan. Dalam masa tiga saat, badan Nuwairah jatuh terduduk di atas lantai.

DIA KEKASIH KU [C]Where stories live. Discover now