PROLOG

73 6 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


WANITA yang mengenakan tudung bawal hitam dan berbaju kurung bunga-bunga yang berwarna hitam ditenung dari jauh dengan pandangan yang sangat tajam. Jika yang ditenung itu ialah sehelai kertas, pasti sudah tembus. Wajah yang sedih itu sedikitpun tidak dapat menyejukkan hati Afif yang sudah dipenuhi dendam di hati.

Tiada sekelumit pun perasaan simpati pada wanita yang baru saja kehilangan ibunya tadi. Dan ibu kepada wanita itu sudah selamat dikebumikan sebentar tadi. Juga lelaki yang berdiri di sebelah wanita tersebut berada di bawah pengawasan matanya. Tidak terlepas walau sesaat.

Kalau diikutkan hatinya yang sarat dengan dendam dan kebencian, sekarang juga dia serang lelaki itu. Gara-gara lelaki yang bernama Najmi, dia kehilangan satu-satunya adik perempuan yang dia ada.

Dia akan merosakkan kehidupan dua individu tersebut sama seperti rosaknya hidup adik dia, Eliya sebulan yang lalu. Kerana lelaki itulah, Eliya memilih untuk menamatkan riwayat sendiri. Dan yang lebih menyayat hati, Eliya meninggal bersama dengan bayi yang dikandung. Malah selepas Eliya meninggal barulah dia sekeluarga tahu yang Eliya mengandung anak luar nikah.

Dan Afif sangat pasti yang anak dikandung oleh Eliya merupakan anak Najmi. Dia sangat yakin kerana Eliya bercinta dengan Najmi dan lelaki itu memilih untuk meninggalkan adiknya terkapai sendirian sedangkan Najmi berseronok dengan wanita lain.

"Kau tunggu Najmi. Aku akan balas semua perbuatan kau terhadap adik aku! Kau dan wanita itu akan dapat balasannya." Bisik Afif penuh dendam di hati. Jika sebelum ini dia hanya mengawasi dan melihat dari jauh. Cuma menunggu masa untuk bertindak. Dan sekarang ini ialah waktunya.

"Dan kau perempuan, akan jatuh ke tangan aku nanti," ujar Afif sinis. Cermin mata Rayban diletakkan kembali di atas batang hidungnya yang mancung sebelum dia berlalu dari situ.

"My game is begun."


Tulusly,

Hezy Rose.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HURT SERIES 5 : CINTA ADA DUSTAWhere stories live. Discover now