BERKERUT dahi Hafiya sebaik saja dia tiba di rumah banglo tiga tingkat milik Encik Firus apabila melihat ada beberapa buah kereta yang dia tidak kenali. Adakah itu kereta rakan-rakan perniagaan Encik Firus atau tetamu dari jauh kerana dia tidak pernah melihat nombor plat kenderaan itu. Sangat tidak familiar dengannya memandangkan dia sudah kenal dengan rakan-rakan perniagaan ayahnya.
Tidak mahu terus bersoal jawab dalam hati, Hafiya memilih untuk melangkah masuk ke dalam rumah tetapi dia masuk melalui pintu dapur. Dia mencari bibik Enon iaitu pembantu rumah Encik Firus yang sudah lama berkhidmat dengan keluarganya sejak dia kecil lagi.
"Pssttt...bik Enon...pssttt..." Sebaik mungkin Hafiya cuba tidak mengeluarkan suaranya kerana tidak mahu orang lain sedar akan kehadirannya di situ walaupun ayahnya mungkin dapat mengagak yang dia sudah sampai.
"Eh, Cik Fiya. Bila sampai?" Terkejut bibik Enon dengan kehadiran anak majikannya di situ. Turut berbisik seperti anak majikannya itu.
"Baru saja bik. Siapa yang datang tu bik?" soal Hafiya yang lebih berminat ingin mengetahui siapakah yang berada di ruang tamu rumah papanya. Siapa agaknya tetamu papanya hari ini?
"Cik Fiya tak tahu ke?" soalan dibalas soalan oleh bibik Enon.
"Tahu apa?" berkerut dahi Hafiya dengan soalan bibik Enon. Bibik nak main teka-teki pula dengan dia.
"Ada orang datang merisik Cik Fatiha. Katanya anak Dato'." Bisik bibik Enon di telinga Hafiya.
"Oh," terangguk-angguk Hafiya tanda mengerti. Jadi kerana inilah ayahnya meminta dia pulang hari ini. Jika dia tahu, lebih baik dia keluar tengok wayang dengan Afif tadi. Rasa menyesal pula tolak pelawaan lelaki itu tadi.
Bukan dia tidak suka Fatiha iaitu adik tirinya bertunang tetapi dia tidak suka apabila Fatiha sengaja mencari pasal dengan dia. Dia yang sudah matang ini malas hendak bergaduh dengan budak hingusan itu. Dan kerana itu jugalah dia memilih untuk keluar dari rumah ini dan tinggal sendirian.
Walaupun ibu tirinya bukanlah seperti ibu tiri Cinderella tetapi dia tetap tidak setuju yang ayahnya kahwin ketika arwah ibunya masih ada. Baginya, Encik Firus telah mengkhianati cinta Puan Mardhiah.
"Bila Fiya sampai?" soal Puan Kartini ramah. Dia menghampiri anak tirinya dan memeluk tubuh Hafiya. Lama tidak berjumpa dengan anak tirinya yang sudah dianggap seperti anak sendiri.
"Baru saja umi. Duduk pun tak lagi ni," balas Hafiya lembut.
Dia sangat menghormati ibu tirinya, Puan Kartini memandangkan wanita itu melayannya dengan baik dan tidak pernah memarahinya ketika dia bergaduh dengan Fatiha. Malah wanita yang berdiri di depannya ini tidak menyebelahi sesiapun dan menjadi pendamai antara dia dan Fatiha. Yang tidak melayannya dengan baik cuma Fatiha saja. Entah apa masalah budak tu pun dia tidak tahu.
"Hari ini ada orang datang merisik Fatiha. Kalau ikutkan umi, tak nak dia kahwin lagi dan nak bagi Fatiha habis belajar dulu. Tapi dia dah gatal nak berlaki, bagi sajalah. Daripada jadi benda tidak elok, lebih baik mereka kahwin."
YOU ARE READING
HURT SERIES 5 : CINTA ADA DUSTA
RomanceCopyright 2024 DENDAM di hati Afif tidak dapat dipadamkan selagi dia tidak dapat membalas balik apa yang berlaku ke atas satu-satunya adik perempuan yang dia miliki. Eliya memilih untuk menamatkan hidupnya dengan membunuh diri gara-gara dia mengandu...