NOTE: Bab 4 sambung esok malam. Terima kasih sudi baca. Cerita ni masih on-going menulis. Tak siap lagi.
Jangan lupa vote dan komen.
****
SEPERTI yang dijanjikan, Hafiya memandu ke Kafe Daun KL untuk bertemu dengan lelaki yang bernama Afif. Dia turun awal untuk mengelak daripada tersekat dalam kesesakan lalu lintas memandangkan hari ini merupakan hujung minggu. Nasib baik lelaki itu ingin berjumpa dengannya pada waktu pagi memandangkan petang nanti dia sudah berjanji untuk pulang ke rumah ayahnya di Bangsar.
Hafiya melangkah masuk ke dalam kafe itu dan memilih tempat yang agak tersorok. Di samping itu matanya sempat melilau melihat ke dalam kafe itu mencari wajah sang jejaka yang dia ingat-ingat lupa. Setelah memastikan orang yang dia ingin ketemu belum tiba lagi, Hafiya melabuhkan duduk di atas kerusi yang kosong.
Dia sempat memesan Caramel Macchiato Ais sementara menunggu Afif sampai. Sambil itu, Hafiya memandang sekeliling kafe itu. Biasalah, hujung minggu agak ramai tapi tidak terlalu padat. Dia suka dengan suasana kafe ini. Mungkin selepas ini boleh dia ajak Issabella untuk lepak di sini selain daripada Starbucks.
Tanpa Hafiya sedar, ada seseorang memerhatinya dari jauh. Sejak dari tadi lelaki itu mengawasi pergerakan Hafiya. Dan dia semakin yakin yang dia akan dapatkan wanita itu. Hanya sedikit masa lagi, Hafiya akan jatuh ke tangannya. Dia cuma perlu sabar.
Tepat jam 11 pagi, seperti yang dijanjikan Afif tiba di Kafe Daun KL. Dia melangkah masuk ke dalam kafe itu dan terus matanya melilau mencari Hafiya memandangkan wanita itu menghantar pesanan padanya yang Hafiya sudah berada tiba di situ. Tidak susah untuknya mengecam wajah itu kerana wajah Hafiya masih melekat dalam ingatannya.
"Hi, Assalamualaikum. I Afif." Pantas Afif memperkenalkan dirinya sebelum Hafiya bertanya. Dia yakin yang Hafiya tidak cam wajahnya memandangkan hari ini dia hanya mengenakan baju santai saja.
"Dah lama ke you sampai?" sambung Afif lagi.
"Waalaikumussalam. Hi, I Hafiya. Tak adalah lama sangat. Dalam lima minit yang lalu dan I yang tiba awal hari ini," ujar Hafiya. Pantas dia berdiri apabila dia disapa oleh seseorang lelaki. Matanya tidak lepas memandang wajah kacak lelaki yang bernama Afif ini.
"Cantik nama you." Sempat Afif memuji sebelum menyambung kata-katanya. "Boleh I duduk?" soalan Afif mengembalikan Hafiya ke alam nyata.
"Errr...sila-sila." Hafiya termalu sendiri gara-gara memandang anak teruna orang. Yang pasti wajahnya sudah bertukar warna.
"You nak minum atau makan apa-apa? I boleh tolong orderkan." Tawar Hafiya cuba beramah mesra dengan jejaka yang duduk di hadapannya ini. Untuk menghilangkan rasa kekok antara mereka.
"Tak mengapa. I pergi order dulu. You nak makan apa?" Afif menolak tawaran Hafiya. Baginya, dia seorang lelaki dan tidak mungkin untuknya meminta Hafiya memesan makanannya. Tidak gentle.
YOU ARE READING
HURT SERIES 5 : CINTA ADA DUSTA
RomanceCopyright 2024 DENDAM di hati Afif tidak dapat dipadamkan selagi dia tidak dapat membalas balik apa yang berlaku ke atas satu-satunya adik perempuan yang dia miliki. Eliya memilih untuk menamatkan hidupnya dengan membunuh diri gara-gara dia mengandu...