BAB 1

25 4 1
                                    

NOTE: Jangan lupa vote dan komen (best/tak)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NOTE: Jangan lupa vote dan komen (best/tak).


LANGKAH yang agak perlahan itu dilajukan sedikit sambil mata melirik jam di pergelangan tangan kirinya. Terasa semput nafas Hafiya ketika ini gara-gara dia lambat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dia hanya ada 25 minit sahaja lagi sebelum kapal terbang Malaysia Airline MH2610 berlepas. Tergesa-gesa Hafiya menarik bagasi 20 inci itu.

Bum!

Bagasi Hafiya dan beg tangannya terlepas dari tangan dan terjatuh menyembah lantai. Begitu juga dengan bagasi yang berwarna hitam turut terdampar di atas lantai. Nasib baik dia sempat mengimbangi badannya daripada menyembah lantai sama seperti bagasi dan beg tangannya.

Hafiya terkejut dan terkaku buat seketika gara-gara perlanggaran tadi sebelum dia bertindak mengutip bagasi dan beg tangannya dan tunduk memohon maaf.

"Maaf, saya tak sengaja. Saya nak cepat." Hafiya membetulkan badannya kembali dan mendongakkan kepalanya. Wajah kacak sang lelaki menyapa pandangan matanya. Memiliki hidung mancung dan juga bulu kening lebat. Sempat Hafiya mencuci matanya sebelum menyedari yang dia sudah terlambat.

"Encik, sekali lagi saya minta maaf. Saya sudah terlewat. Kalau barang encik ada rosak, encik boleh hubungi saya." Pantas Hafiya menghulurkan kad bisnesnya. Dia sudah tiada masa untuk bertanyakan sama ada lelaki itu baik-baik saja atau tidak.

"Saya minta diri dulu." Hafiya terus berlalu dari situ tanpa sempat sang jejaka bersuara.

Afif tunduk memandang kad yang baru saja dihulurkan oleh seorang wanita yang melanggarnya tadi. Bibirnya mengorak senyuman sinis sebaik saja terbaca nama wanita itu.

Nur Hafiya Binti Ahmad Firus.

Senior Executive, Business Analyst.

Cantik nama orangnya. Secantik wajah itu.

"I got you, girl!" bisik Afif sendirian sebelum tunduk mengambil bagasinya tadi dan meneruskan langkah kembali. Mata-mata yang memandang tidak dihiraukan. Dia sangat gembira hari ini kerana dia sudah dapat apa yang dia mahukan selama ini.

Nafas lega ditarik sebaik saja dia meletakkan punggungnya di tempat duduk yang bernombor 15A. Mujurlah ketika di tiba di pintu masuk, gate masih dibuka. Jika tidak, terbang melayang duitnya nanti gara-gara terlepas kapal terbang. Lain kali dia kena turun awal berbanding tadi. Disebabkan jalan sesak dan ada kemalangan, dia hampir saja terlepas kapal terbang.

Ketika mata Hafiya melihat demonstrasi keselamatan yang terpapar pada skrin di hadapannya, tiba-tiba fikirannya melayang mengingat kembali jejaka yang dia langgar tanpa sengaja tadi. Dan dia perasan tadi yang jejaka tersebut merupakan seorang juruterbang berdasarkan baju yang dipakai oleh lelaki itu.

'Oh my! Apa yang dia buat tadi? Nasib baik dia tidak dimarahi oleh lelaki itu.' Kepalanya diketuk berkali-kali dek kesilapannya tadi. Harap-harap barang lelaki tadi tiada yang rosaklah. Jika tidak, mahunya melayang duit dia.

Harapkan gajinya yang ciput ini, mahunya dia minta simpati lelaki itu untuk memberi dia peluang untuk membayar barangan yang rosak itu secara ansuran. Dan yang pasti, gaji lelaki itu lagi mahal berbandingnya.

Eh, kenapa jauh sangat dia berfikir ni?

Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Hafiya menyandarkan kepalanya pada kerusi dan memejamkan mata saat kapal terbang sudah naik ke udara. Dia ingin merehatkan fikirannya buat seketika sebelum dia kerah otaknya untuk kerja nanti. Pergi ke Sabah bukan untuk bercuti tetapi bekerja.

Ya, inilah jalan yang dia pilih demi kelangsungan hidup selepas kematian ibunya. Nak harapkan ayahnya, memang tidak kerana ayahnya sedang berbahagia dengan ibu tirinya. Sebelum arwah ibunya meninggal dunia, arwah sempat dimadukan oleh ayahnya.

Walaupun dia marah dan tidak suka, dia hanya mampu berdiam diri memandangkan ayahnya awal-awal lagi sudah memberi amaran untuk tidak mencapuri urusan itu. Dia memilih untuk zip mulut dan dia di sini hari ini meneruskan hidupnya bekerja makan gaji. Menyibukkan diri dengan kerja kerana tidak mahu terus berada dalam kesedihan.


Tulusly,

Hezy Rose.

Hezy Rose

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HURT SERIES 5 : CINTA ADA DUSTAWhere stories live. Discover now