NOTE: Saya update sampai bab 3 sahaja utk malam ini. Bab 4 sambung esok malam.
PESANAN yang diterima daripada aplikasi whatsapp dibuka. Berkerut dahi Hafiya sebaik saja membaca mesej daripada nombor yang dia tidak kenali. Siapa pula yang menghantar mesej padanya tanpa memperkenalkan diri? Dia sudah terlalu serabut dengan kerja dan klien. Kerana malas hendak memikirkan siapakah pemilik nombor telefon tersebut, dia hanya membiarkan mesej itu tidak dibalas.
Hari ini dia terpaksa mengadap kemarahan bosnya kerana kesilapan yang dilakukan oleh rakan sekerjnya dalam menyiapkan proposal kerja. Nasib baiklah dia cekap untuk menyelesaikan semua itu.
Sekali lagi notifikasi telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan masuk melalui aplikasi whatsapp. Malas-malas Hafiya mengambil iPhonenya itu.
Hi, kenapa tak balas wassap I? You dah lupakan I ke? I lelaki yang you langgar di airport tempoh hari. I Afif.
Terbuntang mata Hafiya sebaik saja membaca pesanan itu.
"Oh, my! Dia mesej aku ni sebab ada barang dia yang rosak ke?" bicara Hafiya sendirian. Dia sedang berfikir apa yang hendak dia balas sekarang ini.
"Okey, tenang Hafiya. Kau jangan gelabah sangat." Pesannya pada diri sendiri. Tanpa membiarkan sang jejaka menunggu lama, pantas jari-jemari Hafiya menari pada skrin iPhonenya memandangkan lelaki itu masih lagi dalam talian.
Errr... I masih ingat. Maaf tak balas wassap you tadi. I sibuk tadi. Ada apa ya you wassap I?
Barang you ada yang rosak ke?
Kalau ada yang rosak, I akan ganti balik. You cakap jer berapa.
Insya-Allah, I akan ganti.
Selepas menghantar butang hantar, Hafiya rasa hendak ketuk kepalanya bagi fikirannya betul. Kenapa dia perlu balas mesej lelaki yang bernama Afif seperti itu? Buatnya lelaki itu minta ganti rugi empat ribu, mana dia nak cekau duit sebanyak itu?
Entah apa ada dalam bagasi lelaki itu tempoh hari pun dia tidak tahu. Harap-harap cuma baju sajalah.
Ting! Ting!
Notifikasi masuk lagi. Sebelum membuka aplikasi whatsapp, Hafiya menjenguk notifikasi yang terpapar di skrin terlebih dahulu. Dia menarik nafas lega kerana lelaki itu mengajaknya untuk berjumpa dan berbincang terlebih dahulu. Tanpa bertangguh, terus Hafiya bersetuju untuk berjumpa. Dia tidak mahu bertangguh.
Cepat dia selesaikan masalah itu, dia tidak perlu berhubung dengan lelaki yang bernama Afif itu.
Setelah bersetuju untuk berjumpa di Kafe Daun KL, Hafiya meletakkan kembali telefonnya. Nasib baik sekarang ini waktu rehat. Kalau waktu kerja, memang dia membiarkan saja mesej tersebut memandangkan pengurusnya sangat pantang apabila stafnya menggunakan telefon ketika bekerja jika tiada kaitan dengan urusan pejabat.
YOU ARE READING
HURT SERIES 5 : CINTA ADA DUSTA
RomanceCopyright 2024 DENDAM di hati Afif tidak dapat dipadamkan selagi dia tidak dapat membalas balik apa yang berlaku ke atas satu-satunya adik perempuan yang dia miliki. Eliya memilih untuk menamatkan hidupnya dengan membunuh diri gara-gara dia mengandu...