Prolog

51 2 0
                                    

2 tahun lepas, Seungcheol kehilangan isteri termasuk anaknya yang belum sempat lahir ke dunia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2 tahun lepas, Seungcheol kehilangan isteri termasuk anaknya yang belum sempat lahir ke dunia. Sejak tragedi tersebut membuat Seungcheol semakin trauma.

* Flashback kejadian tersebut *

Seungcheol bergegas kerumah setelah isterinya menelefon bahawa isterinya terasa terancam pada hari itu. Isterinya memberitahu bahawa  seperti ada orang luar datang sedang menghendap dirumah.

Malangnya setelah Seungcheol tiba dirumah, dia terus memanggil isterinya tetapi tidak menyahut. Dia berlari masuk ke dalam bilik master bedroom, tetapi kelibat isterinya tiada. Jantungnya mula berdegup dengan sangat laju. Dia masih tercari-cari isterinya.

Akhirnya Seungcheol melangkah masuk ke dapur, terlihat darah mengalir dengan begitu banyak sekali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Akhirnya Seungcheol melangkah masuk ke dapur, terlihat darah mengalir dengan begitu banyak sekali. Seungcheol menekup mulutnya alangkah terkejut isterinya terlantar diatas lantai dengan darah mengalir disekitar itu.

" S-sayang.. a-apa dah jadi ni?" Seungcheol terus berlari ke arah isterinya yang sedang nyawa-nyawa ikan.

"T-tolong j-jangan n-nangis.. j-janji a-a-bang t-tak n-nangiskan?" tersekat-sekat suaranya. Air mata Seungcheol begitu lebat jatuh ke pipinya.

" Sayang please bertahan sekejap, abang call ambulance. Please stay with me.." Tangannya segera mendail nombor kecemasan iaitu 999. Akan tetapi isterinya menghalang Seungcheol untuk berbuat demikian. Kerana nyawanya sekarang ibarat telur dihujung tanduk.

" Tolong jaga diri.. maafkan saya, ha-halalkan makan minum saya. S-saya dengan a-a-nak kita p-pergi dulu." Seungcheol menangis sambil mengeleng kepalanya. Dia mengusap lembut wajah isterinya itu.

" No sayang, you selamat. Anak kita selamat. Jangan cakap macam ni." Seungcheol meraung sambil mengoncang perlahan isterinya itu. Perlahan-lahan mata isterinya tutup. Nafas isterinya dihembus buat kali terakhir.

Seungcheol menjerit sambil mengoncang badan isterinya.

" Sayang bangun !! Sayang !!! jangan tinggalkan abang !!" Seungcheol menjerit sambil cuba mengejut isterinya. Malangnya isterinya tidak bernyawa lagi.

* End Flashback *

Vernon menepuk perlahan bahu Seungcheol. Sejak daripada tadi dia asyik melihat Seungcheol termenung sahaja. Dia memangil rakannya itu tidak menyahut.

" K-kenapa ?" Seungcheol tersedar lalu bertanyakan soalan.

" Tak adalah daripada tadi kau asyik termenung je, okay tak ni? Muka tu pucat.." Vernon mula berasa risau melihat Seungcheol mukanya sedikit pucat. Mana tak risaunya, sejak kebelakangan ini, Seungcheol kerap terjerit ketika tidur. Kadang dia kurang memberikan tumpuan ketika menjalankan latihan distudio.

" Oh, aku penat.." Seungcheol menjawab bersahaja.

"Penat? mana kau tak penatnya. Hari-hari kau asyik sebut nama mendiang isteri kau time kau tengah tidur." Mingyu menyampuk.

" Sorry kalau itu membuatkan korang rasa terganggu. Aku cuma rindukan isteri aku. Minggu depan hari anniversary aku dengan dia sebenarnya.." Seungcheol mengeluh perlahan.

Dia teramat rindukan isterinya. Tiba-tiba air matanya mula mengalir ke pipinya. Lantas dia mengelap wajahnya supaya rakannya tidak perasan.

"Kalaulah dia ada lagi.. mesti dia dengan anak aku ada depan mata aku sekarang. Tengok anak kiteorg membesar, ikutkan tahun ni umur dia mesti dah 2 tahunkan." Suara Seungcheol mula serak menahan sebak.

"Cheol.. aku minta maaf atas apa yang berlaku ni. Cuma aku nak tanya, kes kau ni dah selesai ke? Dah tahu siapa yang bunuh isteri dan anak kau?" Mingyu mengajukan soalan.

Seungcheol mengelenggkan kepalanya. Kes isterinya sampai sekarang masih belum selesai. Siapa pelakunya pun tidak dapat dikesan. Terlampau licik sang pelakunya sehinggakan polis mengalah untuk meneruskan pencarian si pembunuh.

"Anehnya, dah 2 tahun tau kes ni tak selesai. Polis pun macam nak tutup kes je.." Vernon bersuara.

" Memang dah tutup kes dah pun. Polis pun tak tahu ni kerja siapa." Ujar Seungcheol.

" Misteri betul aku rasa kes kau ni. Siapalah dengki dengan kehidupan kau. Tak apalah Cheol, sekarang isteri dan anak kau dah bahagia disyurga. Dieorg mesti tengah tunggu kau. Jangan bersedih, kiteorgkan ada sentiasa support kau. Peminat-peminat kita semua pun sentiasa ada dengan kau." Ujar Mingyu.

Seungcheol hanya mendiamkan diri ketika Mingyu berkata-kata. Tak dinafikan, sejak kehilangan isteri dan anaknya, rakan-rakan dia inilah yang sentiasa memberikan semangat untuknya termasuklah peminatnya.

"Gais, tahu tak kita akan dapat tukang translator baru? also dia akan jadi assistant" Joshua menyampuk dan terus menukar topik.

" Tukang translator ? Buat apalah nak tambah translator baru. Kita minta assistant je." Mingyu mempersoalkan semula.

" Entahlah, tapi katanya sorang je.." Ujar Joshua.

" Sorang? mampu ke dia nak assist kita yang seramai 13 orang ni?" Soal Vernon

" Dunno.. hopefully budak tu tak stress nak layan kita semua." Ujar Joshua

" Girl? or boy?" Mingyu bertanya.

" Itu aku tak pasti, tengoklah besok macam mana. Katanya dia start kerja tu esok since kitanya tour coming soon." Joshua berkata-kata.

Seungcheol hanya mampu berdiam dan mendengar sahaja perbualan mereka. Kepalanya masih tidak dapat mentafsir apa yang dibualkan, kerana didalam pemikirannya masih memikirkan isterinya. Rindu seseorang yang sudah tiada teramatlah sakit. Tiada penganti untuk seseorang yang sudah tiada.

365 Days || Choi Seungcheol SVT || OG Where stories live. Discover now