|| Risau ||

11 1 0
                                    

Mereka mendarat dengan selamat. Seungcheol bergegas turun terlebih dahulu bersama beberapa orang bodyguard dia. DoHwa pula sedang menolak bagasinya bersama bagasi Seungcheol untuk diletakkan di dalam kereta.

Pertama kali dia menjejakkan kakinya didunia Jepun. Begitu tenang sekali. Tetapi masih belum aman kerana peminat di Jepun pulak berkerumun disekitar airport.

Seungcheol segera masuk ke dalam kereta. Kemudian kereta itu bergerak tanpa memeriksa bahawa semua sudah masuk ke dalam kereta ataupun tidak. DoHwa pula terpingga-pingga disitu setelah kereta tersebut meninggalkannya bersama dua bag bagasi.

DoHwa meletakkan dua bag bagasi ditepinya lalu dia duduk diatas kerusi sambil tangannya laju mencari nombor telefon seungcheol tetapi dia lupa dia mana ada nombor telefon lelaki itu. Dia hanya ada 12 orang tu je yang disimpan didalam telefonnya.

" Macam mana ni? aku dahlah first time sampai sini. Lepastu kena tinggal pula.." Omong berseorangan.

Seungcheol tiba dihotel, dia meminta bodyguard dia hantarkan bag bagasinya ke biliknya. Dia merebahkan badannya diatas katil yang empuk.

Tidak lama kemudian, pintu biliknya diketuk dari luar. Seungcheol lantas membuka pintu biliknya. Dia melihat bodyguardnya sahaja tetapi bag bagasinya tiada.

" Mana bag Cheol?" Soal Seungcheol pada bodyguardnya.

" Takde dekat lobby." Kata bodyguardnya. Berkerut dahi Seungcheol.

"Macam mana boleh tak ada dekat lobby? Gi tanya DoHwa, dia yang bawak bag Cheol tadi." Seungcheol memberi arahan pada bodyguard dia.

Selang beberapa minit kemudian, bodyguard dia kembali semula dengan wajah yang cuak.

"Kenapa?" Soal Seungcheol.

"DoHwa tiada dibiliknya, memang tiada dia kat sini sebab kunci bilik dia masih ada dekat kaunter lobi." Ujar bodyguard itu.

Seungcheol terus melihat diluar jendela. Hujan sangat lebat. Mana pula dia pergi.

Di lapangan terbang, keadaan sedikit tenang. Tetapi cuaca pula sedang hujan lebat. DoHwa memeluk tubuhnya yang mula kesejukkan. Bunyi petir sangat kuat membuatkan dia berasa takut.

Air matanya mengalir kerana ketakutan dengan bunyi kilat.

" Ibu.. Hwa takut.." DoHwa merintih sambil air matanya lebat mengalir dipipinya.

Seungcheol yang berada dihotel mula berasa tidak senang hati. Minghao muncul dibiliknya.

"Mana yang lain? wawa ikut tak?" Soal Minghao.

" Aku risaukan wawa, mana dia gi?" Riak wajah Seungcheol betul-betul amat merisaukan wanita itu. Tidak senang hatinya daripada tadi walaupun dia sudahpun meminta bodyguardnya keluar pergi mencari wanita itu.

" Wawa takde kat hotel? Jap aku try call dia." Minghao terus mencari nombor telefon DoHwa dan terus mendailkan nombor tersebut.

Malangnya tidak berjawab.

"Tak jawab, sure ke dia kat sini?" Minghao soal semula.

Seungcheol mencapai telefon bimbitnya lalu bergegas keluar daripada biliknya itu. Tinggallah Minghao keseorangan didalamnya.

Seungcheol mula berasa risau dengan hujan begitu lebat sekali. Dia cuba menelefon manager dia tetapi tak diangkat. Dia menepuk dahinya, dia terlupa minta nombor telefon DoHwa pada Minghao.

Dia mendail nombor

Seungcheol : Han, share dengan aku nombor fon DoHwa.
Jeonghan : Dah kenapa? bukan kau memang dah ada number dia?
Seungcheol: aku tak save haritu. Forward balik please.
Jeonghan : Okay aku send dekat kau personal.

Panggilan ditamatkan, Jeonghan personal message nombor telefon DoHwa pada Seungcheol. Hairan dia dengan suara Seungcheol yang agak cemas.

" Cheol tadi call aku suara dia cam panik tau.." Jeonghan mengerutkan dahi.

" Panik? kenapa pulak?" Soal Mingyu

" Aku rasa macam ada sesuatu tak kena, dia nak nombor telefon wawa. Tapi wawakan ada dengan dia." Hairan Jeonghan.

" Cuba call wawa." Kata Wonu

Jeonghan membuat panggilan. Tetapi masuk voice mail.

" Tak berangkat.." Jeonghan meletakkan telefonnya ditepi.

"Aku try jap." Kata Dino

Dino pula buat panggilan. Tetapi sama tidak berangkat panggilannya.

Seungcheol cuba menelefon nombor yang baru saja dia terima oleh Jeonghan. Tetapi tidak berangkat. Dia semakin risau, dan panik.

Seungcheol menahan teksi dan segera mahu ke airport semula. Last dia jumpa dengan DoHwa di lapangan terbang sebelum dia bergerak ke hotel.

"Harapnya dia memang ada dekat airport lagilah.." Ujarnya didalam hati.

DoHwa masih lagi setia duduk ditepi ruang orang keluar masuk. Telefonnya pula memang sudahpun kehabisan bateri. Bajunya pula sudahpun basah lencun dek kerana tempias hujan.

Tiba-tiba muncul sebuah kereta berwarna hitam berada didepannya. Lantas dia mendongakkan kepalanya terlihat wajah Seungcheol yang sedang kerisauan.

" Yan DoHwa." Seungcheol menyebut nama penuhnya.

"Y-ye saya??" DoHwa mengetap bibirnya yang cuba menahan kesejukkan.

Seungcheol mengambil dua bag bagasi itu dan meminta bantuan pemandu teksi untuk meletakkannya ke dalam bonet kereta. Kemudian Seungcheol memapah DoHwa membantunya masuk ke dalam kereta.

Lantas dia membuka jaketnya dan membungkus DoHwa dengan segera. Dia menarik DoHwa ke dalam pelukannya. DoHwa berasa begitu hangat sekali apabila dipeluk.

Mereka berdua mula meninggalkan lapangan terbang dan menuju ke hotel dimana tempat Seungcheol, Minghao dan Jun menginap.

365 Days || Choi Seungcheol SVT || OG Where stories live. Discover now