|| Bercelaru||

10 2 0
                                    

Seungcheol meletakkan DoHwa diatas katil. Minghao dan Jun juga turut berada dibilik itu bersama.

" Wawa okay tak?" Soal Minghao

DoHwa mengangguk perlahan.

"Bagi dia berehat dululah.. nak pape tak? Jun boleh minta staf lain tolong belikan." Jun bertanya, mana tahu DoHwa lapar boleh minta staf yang ada bantu belikan makanan.

"Tak apa.. Hwa rasa kenyang lagi." kata DoHwa.

"Dah, biarkan dia berehat. Hao dengan Jun gi masuk bilik." Seungcheol memberi arahan.

Mereka bertiga keluar daripada bilik DoHwa. Sengaja Seungcheol meminta bilik DoHwa disebelahnya, jika diikutkan bilik DoHwa ditingkat yang berbeza. Tapi, Seungcheol sendiri minta pada pekerja disitu untuk menukarkan bilik DoHwa disebelah biliknya. Apa motifnya pun tak tahulah.

Minghao dan Jun bercadang untuk makan diluar, mereka berdua mengajak Seungcheol ikut sekali tetapi Seungcheol memilih untun tidak mengikuti mereka. Alasannya dia penat.

Seungcheol melihat jam di telefonnya, tepat jam 9 malam. Dia bangun dan menuju ke ruang bilik mandi untuk membersihkan badannya. Setelah selesai mandi, dia berniat untuk menjengguk DoHwa disebelah.

Dia mengetuk pintu bilik DoHwa beberapa kali tetapi tidak dibuka. Sekali lagi, dia mula berasa risau. Dia mendekatkan telinganya pada pintu bilik itu, senyap. Dia cuba berfikiran positif mungkin DoHwa sedang tidur.

Tapi dia amat merisaukan DoHwa, sejak daripada mereka berdua tiba dihotel, DoHwa langsung tak makan apa-apa. Seungcheol mengambil keputusan untuk order makanan dihotel dan meminta pekerja hotel itu untuk menghantar terus ke bilik DoHwa.

30 minit kemudian, Seungcheol terdengar pintu bilik DoHwa diketuk. Masih tidak dibuka pintu tersebut.

" Awak letak je makanan kat bilik saya." arah Seungcheol pada pekerja hotel itu. Lelaki itu meletakkan makanan yang dipesan ke dalam bilik Seungcheol.

Seungcheol baru teringat, card access bilik DoHwa dia yang pegang spare card tu. Setiap bilik mempunyai dua card access. Dia tersenyum lalu terus ke pintu bilik DoHwa.

Bilik DoHwa dipenuhi cahaya lampu tidur sahaja, kemudian Seungcheol terus ke katil untuk mengejutkan DoHwa.

"Hei, bangun." Walaupun dia bimbang akan keadaan wanita itu tetapilah maintain dengan sikap dinginnya.

DoHwa masih lagi terlena diatas katil. Dia bangun sekejap untuk membersihkan dirinya saja kemudian dia sambung tidur.

" Yan DoHwa, bangun aku cakap. Engkau dahlah tak makan apa-apa. Kau sakit nanti siapa susah? Bangun sekarang." Seungcheol mula membebel tetapi DoHwa tidak memberikan apa-apa respond pun.

Seungcheol menyentuh dahi DoHwa. Panas. Sangat panas. Seungcheol mengoncang perlahan tubuh kecil DoHwa.

"DoHwa, bangun.. kau demam ni." Seungcheol panik semula. Tubuh DoHwa tidak bermaya. Kecil sahaja matanya dibuka.

Air mata Seungcheol bertakung tanpa disedari. Tiba-tiba dia teringat wajah mendiang isterinya disaat akhir sebelum menghembus nafas terakhir. Wajahnya yang begitu pucat sekali. Sangat tidak bermaya itulah wajah DoHwa sekarang.

" Abang betul minta maaf, abang tak patut tinggalkan sayang sorang-sorang tadi. Please jangan tinggalkan abang." Seungcheol menangis tetapi dia lupa didepannya itu bukan mendiang isterinya tetapi Yan DoHwa.

Seungcheol meraup wajah kecil itu, DoHwa pula tiada kudrat untuk bercakap. Dia begitu sangat lemah. Perlahan-lahan matanya terpejam semula.

"No.. no!! bukak mata tu.. jangan buat abang takut. Sayang bukak mata. Jangan tinggalkan abang lagi." Seungcheol merayu. Dia masih belum sedar lagi bahawa itu bukan mendiang isterinya.

DoHwa membuka matanya perlahan-lahan. Melihat Seungcheol menangis, dia juga turut berasa sedih.

"C-cheol.." DoHwa cuba untuk bersuara walaupun suaranya begitu serak sekali.

" Ye, ye. Abang kat sini." Seungcheol terhenti seketika. Baru dia sedar itu DoHwa.

"C-cheol.. ni D-doHwa.." DoHwa berkata lagi.

Seungcheol segera bangun dan mengelap air matanya.

" Sorry, aku sebenarnya nak kejut kau. Ni ada bubur aku order, nanti makan." Seungcheol melangkah keluar daripada bilik DoHwa.

Dengan keadaan yang tiada tenaga, DoHwa hanya mampu melihat sahaja makanan yang ada diatas meja tidak jauh dari katilnya. Tekaknya pula sudah mula berasa perit. Matanya semakin kabur dan akhirnya dia terlelap semula.

Seungcheol yang berada didalam biliknya semula terus menangis teresak-esak. Dia teringat semula wajah DoHwa yang sedang sakit tadi.

"Muka dia sebijik macam sayang.. kenapa buat abang terseksa macam ni?" Seungcheol merebahkan badannya sambil memeluk bantal. dan akhirnya dia juga terlelap.

365 Days || Choi Seungcheol SVT || OG Where stories live. Discover now