|| Cemburu||

15 2 0
                                    

Sehabis sahaja sesi temuduga dan photoshoot terus Seungcheol bergegas ke hospital. Hampir 3 jam dia tinggalkan Yan DoHwa di hospital.

Seungcheol terlupa, ada yang lagi pantas daripadanya sampai ke hospital. Tak lain, tak bukan. Yoon Jeonghan.

Sejurus dia tiba di hospital, dia ternampak Jeonghan sudahpun berada di dalam ward vip.

"Wawaaa, ni aku ada bawakkan bubur." Jeonghan meletakkan bubur diatas meja sebelah katil DoHwa.

"Susah je bawakkan saya bubur, terima kasih Han.." DoHwa membetulkan kedudukannya.

"Feeling better now? Cer Han rasa dahi tu jap." Jeonghan meletakkan telapak tangannya pada dahi DoHwa. Kurang sedikit panasnya.

"ehem! makin better, makan bubur ni. Ke nak aku suapkan?" Jeonghan tergelak kecil sengaja menyakat DoHwa.

Seungcheol yang masih berdiri diluar terasa sedikit cemburu dengan gelak tawa Jeonghan bersama DoHwa.

"Kenapa berdiri sini je?" Joshua menepuk perlahan dibahu Seungcheol.

"Ah.. aku dari toilet tadi baru nak masuk. Kau datang dengan siapa?" Seungcheol menjenggah ke belakang.

"Aku datang dengan Hoshi.. seungkwan. Yang lain katanya petang-petang sikit." jelas Joshua.

Hoshi dan Seungkwan terus terjah masuk sahaja tanpa mengetuk pintu. Joshua dan Seungcheol masih lagi tercegat di depan pintu melihat Hoshi dan Seungkwan terus membuat bising didalam ward itu. Nasib baiklah bilik ward vip itu hanya sorang sahaja pesakitnya iaitu Yan DoHwa.

"Wawa !!!! siapa buat kau demam ni? Aigo aigooo" Seungkwan menegur DoHwa.

"Eyy suara tu cuba perlahan sikit, terkejut patient yang lain." tegur Jeonghan.

"wawa dah okay? siapa buat adik kesayangan i sakit ni?" soal Hoshi.

"Dah Hwa nak sakit.. tapi Hwa dah better sikit." kata DoHwa.

" takpelah kau pun nampak dah boleh bercakap ni, kira okay la kan. Tapi muka kau pucat lagi ni, rehatlah dulu. Jeonghan cakap dia nak teman kau sampai kau keluar weyh!" ujar Seungkwan.

Seungcheol yang duduk di atas kerusi terus memaling wajahnya ke arah Jeonghan. Dia sedikit kurang selesa apabila Seungkwan mengatakan Jeonghan akan teman DoHwa di hospital.

"Okaylah Jeonghan temankan, ke nak Shua temankan?" Joshua menyampuk.

"Tak apalah. Hwa sorang-sorang kat sini pun dah okay dah. Ada nurse, ada doktor kat sini. Diaorang baik je." jelas DoHwa.

" Eh no ! tak boleh sorang-sorang, Hoshi ada." Hoshi mengekek gelak.

"Ala kau! kang wawa tah kemana, kau pun tah kemana. Silap haribulan, wawa yang jaga kau." Seungkwan berseloroh.

"Eh aku okaylah. Boleh jaga wawa, siapa cakap aku tak pandai jaga orang sakit?" soal Hoshi.

" Tak payahlah kau.. mimpi jela. Jaga diri kau tu dulu, asyiklah dengan harimau kau je." Seungkwan dan Hoshi mula bergasak di dalam ward vip.

Seungcheol berdehem perlahan. Memberi sedikit amaran bahawa mereka semua berada di dalam hospital.

"Shhh.." Hoshi meletakkan jari telunjuknya pada jarinya.

"wawa, i nak gerak dulu. Later i come back tau." Joshua mengusap lembut dikepala DoHwa. Untung DoHwa sering dilayan seperti seorang puteri apabila bersama mereka. Kadang mereka pun lupa bahawa DoHwa itu pekerja mereka.

"Alaaa nak gerak dah ke?" Seungkwan bertanya. Dia belum ready nak balik ke hotel semula.

"Ha'ah.. alaa kau taknak balik. Tunggu jela. Nanti rasa nak balik contact jela driver. Apa susah sangat ni?" ujar Joshua.

365 Days || Choi Seungcheol SVT || OG Where stories live. Discover now