|| Yan DoHwa ||

23 2 0
                                    

Yan DoHwa nama diberi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yan DoHwa nama diberi. Seorang personaliti yang sangat ceria, mudah terhibur, senyum sentiasa. Dia amat berminat untuk menceburi dalam bidang nyanyian tetapi malangnya keluarganya tidak membenarnya masuk ke dalam dunia hiburan.

Alangkah indahnya kalau keluarganya izinkannya menceburi bidang nyanyian. Dia teringin sangat nak menyanyi dikhalayak ramai, serta mempunyai ramai peminat yang sentiasa support dia. Serta dia teringin nak berjumpa dengan group Seventeen kerana dia suka dan sangat berminat dengan salah seorang ahli seventeen iaitu Choi Seungcheol.

Oleh itu, dia mengambil langkah untuk mencuba nasib bekerja dengan company tersebut. Baginya belum cuba belum tahu lagi nasibnya. Jadi orang bawahan pun tak apa untuknya janji dapat kerja dibawah agensi tersebut.

Bulan lepas DoHwa terima satu panggilan bahawa dia diterima bekerja disyarikat tersebut. Nasibnya sangat baik. Tak sangka hanya sekali percubaan dia dapat bekerja disitu. dan hari ini dia akan mula bekerja sebagai assistant dan merangkap translator untuk kumpulan itu.

Hatinya begitu senang sekali. Mengenakan pakaian yang casual, berjalan masuk ke dalam syarikat tersebut.

" Goodmorning.." DoHwa menyapa beberapa staf disitu. Sedikit kekok baginya kerana masih belum mahir lagi selok belok didalam bangunan tersebut.

" Morning, awak ke DoHwa?" Tanya seorang staf disitu. Niatnya untuk membantu Dohwa.

" Ye saya.." Jawab DoHwa.

" Cik DoHwa, ahli group seventeen sedang menunggu cik. Maybe Cik DoHwa boleh go straight naik level 10." Ujar staf itu.

Dohwa mengangguk tanda mengerti arahan tersebut. Sedikit gugup untuk berjumpa ahli group itu. Inilah kali pertama buatnya untuk berjumpa dengan mereka, kerana sebelum ini dia sering melihat ahli itu hanya menerusi social media sahaja.

DoHwa mengaturkan langkahnya ke pintu lif. Dia menekan butang naik ke atas. Pintu lif terbuka luas lalu Dohwa memasuki ruang lif itu, tangannya laju saja menekan butang 10.

"Harini staf baru tu masukkan?" Soal Seungkwan

"Patutnya dia dah sampailah. Mungkin sesatlah tu." Jawab Dino.

Seungcheol bersama Minghao melangkah masuk ke bilik latihan mereka dan yang lain pula sudah berkumpul dari jam 8 pagi. Katanya mereka ada meeting seawal pagi bersama staf baru.

" G-good morning.. saya terlambat ke?" DoHwa muncul sambil tercunggap kerana berlari mencari bilik latihan mereka. Joshua yang melihatnya tercunggap terus memberi sebotol air mineral pada DoHwa.

"Good morning, minum ni dulu." DoHwa mengambil botol itu daripada tangan Joshua. Terus jantungnya berdegup dengan sangat laju. Matanya tertumpu pada Joshua. Hensem, sangat hensem lelaki itu. Dia cuba mengawal perasaan tersebut.

" Oh, ni ke staf baru tu? Cuba perkenalkan diri." Seungkwan pula tak menyabar nak minta DoHwa memperkenalkan diri. Gadis itu baru saja tiba disitu dengan keadannya tercungap dek kepenatan berlari mencari bilik latihan mereka.

365 Days || Choi Seungcheol SVT || OG Where stories live. Discover now