|| Ego||

13 1 0
                                    

Jam memasuki waktu 7 petang. Ahli seventeen yang lain telahpun pulang semula ke hotel. Hanya tinggal Seungcheol dan Jeonghan sahaja yang masih berada di ward vip.

"Cheol, kau baliklah." arah Jeonghan.

"Tak apa, aku boleh jaga DoHwa. Lagipun aku boleh tidur dekat sofa ni untuk malam ni." ujar Seungcheol. Dia tahu Jeonghan nak stayin malam ni, tapi dia nekad untuk jaga DoHwa lagi malam ni. Taknak Jeonghan yang jaga.

"Habistu aku nak tidur mana ?" soal Jeonghan. Dia melihat disekelilingnya. Tiada tempat untuk dia berehat.

DoHwa yang mendengarnya daripada tadi hanya perhatikan sahaja. Dia sedikit segan jika dua orang lelaki ini menjaganya tetapi jika dia bersuara mesti jawapan daripada dua lelaki itu akan membuat dia terdiam. Tapi dalam lubuk hatinya, dia tidak mahu menyusahkan dua lelaki itu.

"Kau tidur jela kat atas lantai. Sibuk nak tidur sini dah kenapa? patut kau balik je dengan dieorang tadi. Kau tu baru je sampai sini, patutnya badan kau tu baring kat atas katil." Seungcheol membebel panjang.

"Wah kau, kaulah yang patut balik. Bukannya kau reti jaga pun DoHwa ni. Buat bertambah sakit je." ujar Jeonghan pula.

"Aku nak jagalah ni. kau gi balik." Seungcheol mengarah Jeonghan untuk pulang ke hotel segera.

"taknak, aku taknak balik. Aku nak jaga adik kesayangan aku ni." Jeonghan enggan untuk pulang semula ke hotel selagi DoHwa tak boleh keluar.

"Jeonghan.. Seungcheol.. korang berdua baliklah tidur kat hotel tu. Kenapa nak berjaga kat sini pulak? Nanti korang berdua sakit badan macam mana?" DoHwa mencelah.

" Alaa aku okay je, memang aku nak jaga kau malam ni. Nak bagi kau cepat sihat." ujar Jeonghan.

" Esok Hwa sihatlah ni.. janganlah risau. Jeonghan baliklah ke hotel." DoHwa memberi arahan pada Jeonghan. Dia sememangnya taknak menyusahkan mereka berdua.

"Nope, aku jaga kau. Tu suruh Cheol balik, bukan aku." ujar Jeonghan

DoHwa memandang ke arah Seungcheol. Sedikit seram melihat wajah Seungcheol hanya memandang tajam ke arahnya. Terus dia mengunci mulutnya untuk tidak berkata apa-apa.

Masa berjalan agak laju, Jeonghan melayan movie bersama DoHwa. Seungcheol pula turun kebawah bersama bodyguard untuk membeli makan malam.

"Jeonghan.." lembut DoHwa memanggil nama Jeonghan.

"mhmm.. kenapa tu?" soal Jeonghan. Masih lagi leka melayan movie.

"Kenapa Cheol macam kejap dingin, lepastu tiba-tiba berubah jadi caring.. kenapa eh?" soal DoHwa.

"mhmm.. soalan kau ni kan sebenarnya ada kaitan dengan kehidupan dulu. Cheol sebenarnya tak dingin pun. Dia tu kelakar je orangnya.. cuma baran sikit tapi tak bermaksud dia dingin all the time." jelas Jeonghan. Tetapi DoHwa seperti tidak puas hati dengan jawapan Jeonghan.

"tak faham.. asal dengan Hwa je dia dingin semacam. Padahal dengan staf perempuan lain, elok je dia tegur. Cakap pun lembut je tapi bila Hwa jawab sepatah-sepatah. Kalau bagi arahan tu, dengan muka masam dia dengan nada yang cold heart punya orang tau." luah DoHwa dengan sikap Seungcheol.

"Aku nak cite pun.. aku boleh cite tapi better kau tanya dia sebenarnya." ujar Jeonghan.

"Nak tanya macam mana, Hwa gerun tau tengok muka dia. Kang lengan dia hinggap dekat pipi Hwa macam mana?" DoHwa mengeluh sedikit.

Jeonghan mengelengkan kepalanya. Mana mungkinlah Seungcheol nak memukul seorang wanita sebab emosi dia pulak.

"Taklah.. dia tak pernah pukul orang lagi. Tapi serious sebenarnya kau kena tanya dia kenapa dia bersikap dingin dengan kau. Aku tahu dah jawapan cuma better kau sendiri gi cari jawapan." jelas Jeonghan lagi.

"Alaa.. taknak ke bagitahu Hwa ?" DoHwa membulatkan matanya pada Jeonghan berharap Jeonghan akan memberikan jawapan. Jeonghan tergelak kecil melihat kecomelan DoHwa.

"aku cite ni short story jela eh.. very short. Selebihnya kau cari jawapan sendiri. Jawapan tu ada dengan Cheol sorang je." ujar Jeonghan.

"okayy bagi hint dulu.." DoHwa terus membetulkan kedudukannya. Telinganya dipasang untuk mengetahui cerita sebenar.

"muka kau ni mirip dengan ex wife Cheol.." kata Jeonghan

"huh?? sejak bila Cheol dah kahwin? Kenapa Hwa tak tahu pun. Eh Hwa pun carat tauu! Sanggup kerja dengan korang walaupun Hwa tahu level Hwa dekat mana." DoHwa sedikit terkejut dengan berita tersebut.

"lama dah Cheol kahwin, memang dia rahsiakan perkahwinan dia. Tapi tu jela aku boleh cakap." Jeonghan kembali menonton semula movie yang terkendala seketika tadi.

"Kenapa dirahsiakan? dan kenapa ex wife pulak?" soal DoHwa.

" sebab.. jawapan tu ada dengan Seungcheol. Gi tanya dia nanti." Jeonghan menjawab bersahaja.

DoHwa mengeluh. Tidak puas hati dengan jawapan Jeonghan. Tidak lama kemudian Seungcheol muncul semula didalam ward vip bersama dua bag plastik berisi makanan.

"Han.. ni aku ada belikan makanan. Ni untuk Hwa aku belikan bubur. Makan sampai habis. Aku balik malam ni, nak rehat dekat hotel." Seungcheol meletakkan dua plastik bag diatas meja. Kemudian tidak bercakap apa-apa dia terus bergerak keluar daripada ward vip meninggalkan DoHwa bersama Jeonghan.

Jeonghan dan Dohwa yang melihatnya sedikit terpingga-pingga.

"Hmm mesti dia marahkan?" soal DoHwa

"Marah untuk apa? tak ada sebab untuk dia marah. Dia penatlah tu.. biarlah dia tu." Jeonghan mengeluarkan makanan daripada plastik.

"tapikan if dia dah kahwin, mana wife dia ?? selama ni Hwa kerja dengan korang, tak pernah nampak pun isteri dia." ujar DoHwa.

" haih, banyak pulak bunyi dia ya. Sini makan, abang Cheol dah belikan ni.. jangan nak banyak bebel eh." ligat  tangan Jeonghan mengambilkan sudu dan berikan pada DoHwa.

Seungcheol terdengar perbualan diantara DoHwa dan Jeonghan sebelum dia masuk tadi. Dia terdiam seketika apabila DoHwa mengatakan dirinya dingin, mahupun baran. Sejak isterinya pergi, sikapnya berubah seratus peratus. Tetapi dia sendiri tidak perasan bahawa dia akan bersikap dingin dengan DoHwa sahaja, dengan pekerja lain dia layan baik sekali. Mungkin sebab dia masih ego dengan kehadiran DoHwa?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

365 Days || Choi Seungcheol SVT || OG Where stories live. Discover now