Esok paginya, Seungcheol terbangun dari lenanya. Dia meraup wajahnya perlahan kemudian dia baru teringat DoHwa dibilik sebelahnya.
" Dah bangun ke dia tu?" Kata Seungcheol di dalam hatinya. Dia lantas turun daripada katil dan melangkah ke bilik DoHwa dengan keadaan masih mamai. Setelah tiba didepan bilik itu, dia mengetuknya beberapa kali tetapi DoHwa langsung tidak menyahut. Dia mula risau buat kali kedua. Tanpa berfikir panjang dia membuka pintu bilik DoHwa dengan menggunakan card access kedua.
Ya, dia simpan card access tersebut untuk memudahkan dia masuk jika berlaku apa-apa. Dia tidak mahu kejadian semalam berulang kembali. Pagi ini dia berharap DoHwa kembali sihat dan bersedia untuk menjadi assistant dia pada hari itu. Dia sudah merancang untuk membawa DoHwa jalan-jalan di Jepun sementara menunggu rakan-rakannya yang lain tiba di tanah Jepun.
"DoHwa.." lembut sahaja suara Seungcheol menyebut nama itu.
DoHwa masih lagi terlena dikatil. Suhu badannya masih belum kebah. Dia tidak makan langsung malah dia juga turut tiada ubat untuk diambil.
Seungcheol menyentuh dahi DoHwa. Panas. Terbeliak matanya apabila menyentuh dahi wanita itu. Dia terlihat makanan semalam yang dipesan tak disentuh oleh wanita itu. Dia mengeluh perlahan, perasaan menyesal mula muncul.
"Haih, patutnya Cheol stay je kat sini jagakan awak. Tapi semalam Cheol betul-betul rasa bercelaru sangat. Maafkan Cheol tak jaga DoHwa semalam.." Seungcheol terus mencapai kain yang tersedia didalam bilik itu dan segera dia membasahkan kain tersebut sambil memerah kain itu. Kemudian dia datang semula ke DoHwa dan meletakkan kain yang telah dibasahkan itu diletakkannya diatas dahi DoHwa.
Jam pada pagi itu baru sahaja menunjukkan jam 6.45 pagi. Masih awal lagi pada pagi itu. Akhirnya Seungcheol juga terlelap semula ditepi katil sambil memegang tangan DoHwa.
Tepat jam 9.30 pagi, Jeonghan dan yang lain tiba dihotel itu. Jeonghan membuat keputusan untuk terus ke bilik Seungcheol. Tibanya di depan bilik Seungcheol, dia terperasan pintu bilik sebelah terbuka. Dengan penuh tanda tanya, Jeonghan perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.
Bilik itu gelap dan hanya ditemani dengan lampu tidur sahaja. Jeonghan melihat Seungcheol dihujung katil sedang tidur. Dahinya berkerut, perlahan-lahan tangannya menyentuh bahu Seungcheol untuk mengejutnya.
"Cheol.." Tegur Jeonghan.
YOU ARE READING
365 Days || Choi Seungcheol SVT || OG
RomanceRead at your own risk ⚠️ 18.07.2024 •Start•