Aku masuk ke dalam kedai untuk membeli air mineral apabila sudah tamat permainan. Selesai membeli, aku pergi ke pasukan ku semula.
"Wey bro, kau pergi mana lama siot!" Qayyum menepuk bahuku kuat.
"Apa ni main tepuk tepuk?! Aku tepuk muka kau dengan dinding kang!" Berkerut wajahku tidak puas hati dengannya. Aku juga cuba menahan geram dengan kawanku yang seorang ni.
Qayyum hanya menjeling dengan mulut ku yang seperti longkang. Berbisa!
"Lama kau tahu tak? Aku tahu la kita tengah rehat, tapi tidak perlu mahu berlama lama" Qayyum tetap tidak mahu kalah.Aku menjeling nya tajam. Baru sahaja aku mahu menjawab, ada seorang gadis yang memanggil ku. "Hai you." Ucap gadis itu dengan nada ceria. Aku mengeluh. Datang dah perempuan ni.
"Kau nak apa? Jangan buang masa aku." Aku bernada malas dan kasar. Jujur, aku tidak rapat dengan perempuan kecuali hal penting sahaja..
Gadis itu hanya senyum seperti tidak terkesan dengan nada dan kataku tadi.
"You...boleh tak I nak nombor telefon you? Lama dah I nak mintak tapi..." Tidak sempat gadis itu menghabiskan ayatnya, aku memotong."Tak perlu. Aku takde hal penting dengan kau. Dan kau tak perlu ambil nombor aku." Aku bernada malas sekali lagi. Penat betul layan minah ni.
Perempuan itu seperti tidak puas hati.
"Ala...kenapa? Lagipun I boleh chat you malam malam.." aku memandangnya tajam. "Kau nak chat aku untuk apa? Mengorat? Takpelah, kau simpan sahaja impian kau tu..." Aku tahu gadis ini ada perasaan pada ku tetapi dia...pickme? Ah, menyampah!Gadis itu seperti tergamam dan gigit bibir bawahnya menahan geram. "Gigit lah bibir kau tu sampai berdarah. Kalau berdarah, biar darah kau tu habis aje. Tak perlu hidup. Menyusahkan aku." Ucapku dengan tenang tanpa sebarang riaksi. Muka Qayyum sudah merah menahan ketawa yang mahu dihemburkan. Kawanku itu memang senang terhibur.
"Rayyan! How dare you cakap macam tu dekat I! You tak kesian kat I ke?" Gadis itu membuat muka sedih. Pandai betul minah ini berlakon. Agak agaknya, kalau jadi pelakon mesti sesuai dengan watak perampas suami orang bukan? Eh, mengucap Rayyan! Mengucap!
"Kenapa aku nak kesian dekat kau? Kau bukannya isteri aku. Gila." Perkataan 'gila' aku tekankan sedikit. Mahu minah depan aku ini sedar sikit.
Baru sahaja minah itu nak buka mulut, kawannya menarik dia supaya menjauhi ku. Aku sempat melihat wajahnya yang tidak puas hati itu. Namun terima kasih kepada sahabatnya kerana membawa kawan neraka ia itu pergi. Pergi mana? Pergi mampus!
"Kau mesti mengutuk perempuan itu dalam hati kan?" Seperti boleh baca kutukan ku yang ku hamburkan dalam hati, Qayyum mula menyoal. Qayyum kenal sangat perangai aku. Aku memang seorang penyabar dan aku tidak menengking atau marah depan muka tapi aku kutuk dalam hati.
"Entahlah. Malas aku nak layan si mangkuk ayun jadian itu." Aku menjeling kelibat Izara yang semakin menjauh itu. Ya, nama perempuan pickme dan gedik itu Izara. Nama cantik, baik tapi tuannya... Nauzubillah!
Qayyum melepaskan tawanya apabila mendengar respons ku. "Mangkuk ayun eh?" Qayyum masih menahan ketawanya. Entah apa yang menghiburkan si dolphin depan aku ini. Dolphin? Sesuai sangat dengan Qayyum ini.
"Woi! Memang nak berborak memanjang ke? Rehat dah habis. Jom lah buat latihan balik! Nanti Coach marah aku kena tanggung" Fikri mula memanggil kami. Fikri ialah kawan ku dan sekumpulan dengan ku juga di dalam permainan.
Permainan? Permainan apa? Permainan ragbi. Ya, aku pemain ragbi. Ganas juga aku. Sama macam mulut aku.
Aku melangkah ke arah padang dan mengambil tempat ku. Begitu juga dengan Qayyum.
Apabila wisel ditiup, kami mula membuat latihan sehingga pukul 5:30. Masa yang ditetapkan oleh Coach.
YOU ARE READING
Isteriku Seorang Pensyarah! [COMPLETE]
FantasySeorang lelaki terserempak dengan seorang gadis. Lelaki itu seorang yang mempunyai mulut kasar. Namun, mereka juga seperti musuh di pertama kali perjumpaan, tetapi mereka dijodohkan oleh keluarga mereka. Gadis itu juga merupakan pensyarah nya. Gadi...