Aku melangkah ke pintu utama untuk pergi ke kafe. Namun langkahku terhenti apabila Fea memanggil namaku.
"Abang ray!" Nada Fea jelas teruja tapi tidak denganku. Aku memandangnya. Sebelah keningku terangkat tinggi.
"What?" Mendatar sahaja jawapan aku. Fea yang muka ceria tadi berubah masam.
"Ala...abang ray ni jangan la marah. Fea nak berborak dengan abang ray pun tidak boleh." Fea menjulingkan matanya ke atas. "Abang ray nak pergi mana?" Soalan Fea membuat aku mendengus kasar. Sibuk.
"Buka urusan kau." Aku baru sahaja membuka langkah, perempuan itu kembali bersuara membuat langkahku sekali lagi terhenti.
"Abang ray nak pergi mana?" Kali ini, ada nada tegas dan suara Fea sedikit meninggi. Senang kata, nada tidak puas hati.
"Kafe" jawabku sepatah dan melangkah keluar. Namun langkah ku terhenti sekali lagi sebelum aku mengeluh panjang.
"Nak ikut!" Jawapan Fea itu membuat aku laju memandangnya. Tajam mata ku merenung gadis itu.
"No" tegasku.
"Ala...boleh lah abang ray. Pelase.." suara meleret gadis itu membuat aku ingin menjerit sahaja saat ini.
"Kalau abang kata no it's mean 'no' understand?" Aku memandangnya tajam.
"Ala...tapi-" tidak sempat Fea menghabiskan ayat, aku memotongnya laju.
"No Fea!!" Aku meninggi kan suara ku kuat.
Fea terkedu apabila dijerkah olehku. Lantas aku memusingkan badanku dan melangkah masuk ke dalam kereta Buggati Divo putih milikku.
Keretaku laju meluncur keluar dari perkarangan rumahku.
YOU ARE READING
Isteriku Seorang Pensyarah! [COMPLETE]
FantasySeorang lelaki terserempak dengan seorang gadis. Lelaki itu seorang yang mempunyai mulut kasar. Namun, mereka juga seperti musuh di pertama kali perjumpaan, tetapi mereka dijodohkan oleh keluarga mereka. Gadis itu juga merupakan pensyarah nya. Gadi...