bab 51🌷

20 0 0
                                    

Di dalam kereta kami hanya senyap. Dia juga seperti tidak mahu berbicara. Aku pula senyap kerana terasa dengan kejadian tadi. Mujur juga dia tidak perasan yang aku dengar perbualannya tadi.

"Sayang.." aku mendengar orang di sebelah mula memecahkan kesunyian di antara kami.

"Hmm" aku bernada malas. Memang malas!

Terangkat sebelah kening Rayyan. "Sayang...kenapa ni?" Soal Rayyan lembut. Suara memujuk.

Aku memandang dalam anak mata hitam pekat milik Rayyan itu.

Aku mengeluh. "Nothing..." Aku senyum. Mahu marahnya pun, dia tidak tahu apa yang aku nampak tadi.

"No. Don't nothing nothing me" Rayyan tidak percaya dengan nafikanku tadi.

"Then, if cant nothing nothing you, i Yes Yes you?" Aku sengih.

Rayyan ketawa kecil dengan gelagat ku.

Aku ini mahu merajuk pun, tidak boleh.

"Sayang. Tell me. Kenapa?" Soal Rayyan lagi.

"Kenapa apa?" Aku membuat bodoh. Padahal aku faham apa maksudnya.

"Sayang nampak macam berfikir sesuatu." Entah macam mana Rayyan tahu.

Muka aku ini pun satu! Kenapa mudah kantoi ek?

"Takdelah. Saya okay. Je." Aku masih cuba menafikan.

"Betul ni?" Rayyan kurang percaya.

"Ye, betul." Aku senyum.

Rayyan angguk. Mungkin tidak mahu memaksa ku.

Aku pula tenung tingkap sebelum perlahan lahan aku terlelap.







Aku duduk di sofa yang empuk itu. Rayyan tiada di rumah kerana kerja. Fikiranku masih terngiang kepada kejadian di rumah umi dulu.

Tipu kalau aku tidak kisah dengan kejadian itu.

Namun fikiranku terlintas untuk memeriksa di bilik kerja Rayyan. Mana tahu boleh dapat jawapan untuk soalan yang ada di fikiranku ini.

Lantas kaki dibawa untuk ke tingkat atas. Aku tidak pernah masuk bilik kerjanya. Kata Rayyan, bilik itu bersepah.

Tapi aku dapat tahu bilik itu tiada CCTV. Jadi mungkin lebih selamat untuk aku selongkar bilik dia kan? Kan?

Kini aku sudah berdiri di depan pintu berwarna coklat itu. Sangat eksklusif.

Tapi pintu ini ada kod. Aku mengeluh. Peratus untuk aku masuk bilik ini sangat sedikit jika harus pakai kod.

Aku cuba berfikir. Namun otakku seperti mahu meletup jika mahu teka kod ni!

Aku cuba dengan tarikh lahir Rayyan. 15/5.

Namun error!

Apa ya?

Masalahnya kod ini hanya memerlukan 4 nombor! Biul betul aku tadi! Tarikh lahir Rayyan hanya ada 3 digit nombor.

Aku cuba guna tarikh lahir ku pula. 10/10.

Pintu itu terbuka. Senang je rupanya!

Aku menolak perlahan pintu itu. Aku meraba dinding untuk mencari suis lampu. Apabila ketemu aku tekan.

Bilik yang tadi gelap, kini bertukar terang. Aku masuk lalu tutup pintu itu.

Aku memandang sekeliling bilik yang luas, bersih dan mewah itu.

Cis! Kata bilik bersepah! Tipu punya Rayyan!

Tapi aku cuba positif yang dia baru sahaja kemas biliknya ini. Tapi kaku juga aku apabila melihat beberapa kabinet dan laci harus ada kunci untuk buka. Pasti ada maklumat penting di dalam!

Aku nampak ada sampul surat warna putih bersaiz A4 di atas meja kerja Rayyan.

Entah kenapa, hati tergerak mahu melihat isi dalamnya.

Aku ambil sampul itu dan melihat dalamnya. Tapi ini hanya maklumat tentang kerjanya. Aku simpan semula.

Namun mataku terhenti pada satu laci di bawah meja Rayyan. Hanya laci itu yang harus ada kunci. Kalau rak, banyak juga kabinet yang berkunci.

Tapi laci ini agak pelik bagiku. Aku cuba mencari kuncinya. Banyak tempat juga aku selongkar semata mata untuk kunci.

Aku cari di tempat kunci tapi anehnya, kunci laci itu tidak di situ. Jika kunci kabinet ada. Itu membuatkan aku syak laci itu ada benda yang tidak kena.

Aku mencari merata rata tempat di bilik kerja Rayyan. Rak buku, kabinet dan macam macam lagilah! Tapi aku kini mencari di kabinet yang paling bawah di tempat file.

Kabinet itu paling bawah. Pelik. Aku buka kabinet itu. Kabinet itu tiada kod atau kunci.

Aku jumpa banyak surat atau lebih tepat lagi segala file , sampul surat yang ada di dalam itu.

Aku mengambil sampul surat yang kecil itu. Ada gambar polaroid aku dan Rayyan di dalam nya. Aww... So sweet.

Tapi aku cuba kunci. Ini mesti kunci kabinet!

Aku simpan semula sampul tadi. Aku mula buka laci itu dengan lafaz bismillah.

Krik!

Laci itu telah dibuka.

Aku seperti mahu menari di sini apabila laci itu sudah dibuka. Aku memandang dalam laci itu. Ada sampul surat. Berapa banyak sampul surat dia ada?

Tapi aku terjumpa kotak saiz sederhana warna merah dibaluti reben merah. Seperti hadiah. Tapi aku tak pernah pula bagi hadiah seperti ini.

Aku buka kotak itu. Aku terkaku apabila melihat isinya.


Isteriku Seorang Pensyarah! [COMPLETE]Where stories live. Discover now