bab 31🌷

22 0 0
                                    

Aku menguap. Selepas subuh tadi, aku dan Rayyan terlelap. Ini semua salah Rayyan!

Aku memandang Rayyan yang lena tidur di sebelahku sambil memeluk erat pinggangku.

Semalam bukan main Rayyan menjadi kucing nakal! Rawr kot!

Aku menolak tubuh Rayyan ke tepi sehingga membuatkannya tersedar.

"Abang! Bangunlah! Abang lambat dah ni!" Aku memandang jam di dinding. Sudha pukul 8:15. Tidak lama mahu tengah hari. Hari ini hari kerja.

Aku juga ada kelas. Rayyan pula ada meeting. Elok sangat lah! Siapa suruh buat semalam!?

Rayyan yang masih mamai itu lantas menyambung tidur semula..

"Lima minutes please.." kedengaran suara Rayyan yang serak itu akibat tidur. Aku mengeluh.

"Okay. Sayang mandi dulu. Nanti abang pula mandi." Aku bangun untuk mandi dan bersiap.

Aku keluar dari bilik air apabila selesai mandi. Kalau diikutkan sepatutnya tak perlu tidur. Namun akibat pulang lewat semalam dan buat itu membuat kami mengantuk.

Aku sudah selesai memakai pakaianku. Aku memandang Rayyan yang masih terbaring di atas katil itu. Menggeleng kepala aku dibuatnya. Suami siapa ni?

Aku mengejutnya untuk bangun mandi.

"Abang! Bangunlah! Lambat dah ni!" Rayyan mengeluh sebelum berdiri.

"Nak morning kiss.." Rayyan sengih. Amboi! Sempat gatal! Aku menurut.

Rayyan senyum kemenangan dan mula bersiap.

Aku melilit selendang maroon di kepalaku. Manakala, Rayyan mengemaskan sut maroon di badan tegapnya.

Aku hanya makeup sedikit mukaku. Aku tidak memakai foundation. Aku hanya memakai sunscreen dan lipbalm. Ini selalu rutin aku setiap mahu keluar. Simple tapi cantik.

Aku hari ini hanya mengenakan baju abaya maroon dan beg selendang warna hitam.

Rayyan pula sut maroon dan tie berwarna maroon gelap.

"Sayang.." terhenti lamunan ku apabila Rayyan mula memanggilku. Aku mendekatinya.

Rayyan menghulurkan tie kepadaku. Aku yang faham itu lantas mengikat tie di lehernya. Rayyan terpkasa menunduk sedikit untuk sama tinggi denganku. Selesai ikat tie di lehernya, aku mencium dahinya.

Aku mengambil barang keperluan ku dan kami menurun ke bawah. Kami tidak sarapan kerana sudah terlambat. Kami hanya sarapan di tempat kerja.

Aku memandu keretaku manakala Rayyan memandu keretanya. Tempat kerjanya dan universiti ku tidak dekat.

Aku memandu sambil menyanyi lagu yang dibuka oleh radio.

Aku parking kereta di tempat biasa. Aku melangkah masuk ke dalam universiti itu dan pergi ke bilik guru untuk letak barangan ku di situ.

Aku sudah ke cafeteria tadi untuk sarapan. Sekarang aku tiada kelas pagi jadi aku menyelesaikan kerja ku yang tergendala atau tidak sempat buat di rumah.

Isteriku Seorang Pensyarah! [COMPLETE]Where stories live. Discover now