Ameera sengaja membuat dirinya sibuk dengan membasuh pinggan. Sengaja kerana tidak mahu duduk sebilik denganku
Umiku mendekati Ameera. "Meera." Panggil umiku lembut.
"Ya umi?" Ameera pula menjawab dengan nada sopan.
"Kamu tak penat ke? Pergilah teman Rayyan kat atas. Tadi umi nampak Rayyan itu penat sangat. Rayyan mengadu kat umi tadi yang dia pening kepala"
"Yeke umi? Sebab Rayyan tak bagitahu pula. Macam mana keadaan dia sekarang umi?" Soal Ameera polis dan menutup pili air lalu mengelap tangannya yang basah itu pada kain sebelum memandang ke arah umi semula. Jelas di raut wajah Ameera sahaja, umi sudah boleh agak yang Ameera risau.
"Umi tak tahu. Tapi kamu pergi lah teman dia." Umi senyum.
Ameera membalas senyuman umi. "Baiklah umi kalau macam itu. Saya pergi dulu ya?" Sekali lagi Ameera senyum dan melangkah ke atas di mana suaminya berada.
Ameera mengetuk perlahan pintu bilik Rayyan sebelum melangkah masuk dan kelihatan Rayyan sedang baring di atas katil dengan mata terpejam. Tidurkah dia?
Ameera memandang sekeliling bilik itu dengan mata membulat. Mak aih! Besar gila bilik mamat ni! Bilik Rayyan boleh dikira sangat luas. Bilik air juga boleh tahan luasnya. Selesa dan sejuk.
Ameera mendekati Rayyan dan duduk di hujung katil sambil menatap wajah kacak suaminya.
"Awak.." Ameera menyentuh lembut lengan Rayyan. Rayyan mencelikkan mata dan memandang Ameera hairan.
"Ye? Kenapa kau kejut aku?" Soalku.
"Taklah. Maaf kalau ganggu awak tidur. Cuma, tadi umi kata awak penat dan awak mengadu sakit kepala.
Aduh! Umi ni tak boleh jaga rahsia lah!
"Haah. Aku memang pening pun.""Meh, saya tolong uruskan" Ameera menarik badanku untuk mendekatinya. Namun tangan Ameera tidak sengaja tersentuh dadaku yang berlapik dengan baju melayu itu.
Aku menelan liur ku banyak kali. Sentuhannya membuat aku jadi gila! Ya gila!
"Kau jangan..." Aku memberi amaran kepadanya. Tangan Ameera yang terletak di dadaku tadi aku menurunkannya.
"Nanti niat kau yang nak urut aku tu jadi terbatal." Nadaku serius sahaja. Sentuhan Ameera tadi masih terasa.
"Oh, maaf." Ameera sengih dan mula mengurut kepalaku. Aku baring di atas ribanya dan aku memejamkan mataku untuk menikmati urutan lembut itu. Tenang.
Aku senyum. "Thank you carino~" aku sengih.
Ameera terkedu nama panggilanku kepadanya sudah berubah. Ameera angguk perlahan.
YOU ARE READING
Isteriku Seorang Pensyarah! [COMPLETE]
FantasySeorang lelaki terserempak dengan seorang gadis. Lelaki itu seorang yang mempunyai mulut kasar. Namun, mereka juga seperti musuh di pertama kali perjumpaan, tetapi mereka dijodohkan oleh keluarga mereka. Gadis itu juga merupakan pensyarah nya. Gadi...