bab 16🌷

17 0 0
                                    

Aku merenung siling di dalam bilikku. Umi sudah memberitahu bahawa aku akan bertunang minggu depan. Masalahnya berapa hari aje lagi! Hari ini hari Jumaat. Hari Ahad aku akan bertunang. No!

Namun, umi dan kawannya merahsiakan tentang bakal tunangku. Umi sudah beli cincin pertunangan kami. Tapi aku tidak menguruskan semuanya. Kata umi, biarlah aku menguruskan tentang perkahwinan pula nanti. Aku hanya menurut kalau itu boleh buat umiku bahagia.

Persoalan yang masih sama bermain di mindaku. Siapakah gelaran gadis itu?

Ring!

Telefonku bergegar menandakan panggilan masuk. Aku mencapai sebelum melihat gerangan yang menelefon ku di tengah malam pukul 9 ini. Ameera. Aku menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum ameera.." aku memberi salam apabila talian bersambung. Aku mendengar Ameera menjawab salamku tapi nada suara seperti lepas menangis dan menahan amarah.

"Kenapa dengan ameera-" Ameera memotong percakapan ku.

"Saya dijodohkan. Saya akan menjadi tunang orang nanti." Jawab Ameera seperti menahan tangisan. Aku pula terkaku. What...?

"Dijodohkan? Dengan siapa?" Soalku tertanya tanya.

"Saya tak tahu. Tapi mama saya cakap, dengan anak kawan dia. Tapi saya tak berjumpa lah dengan anak kawan mama saya tu." Ameera mengadu kepadaku.

"Awak suka ke pertunangan tu?" Soalan bodoh ku membuatkan Ameera melepaskan rengus geram.

"Terpaksa suka." Jawab Ameera mendatar.

Aku ketawa kecil. Namun, tidak pula aku cerita yang aku juga terlibat dalam perkara yang sama dengannya.

"Eh, dah lewat ni. Saya nak tidur. Lain kali kita cakap lah, itu pun kalau ada masa. Assalamualaikum" ucap Ameera sebelum menamatkan panggilan.

"Waalaikumussalam" jawabku perlahan. Aku lempar telefonku di tepi badanku yang terbaring di atas katil.

"Haih..." Satu keluhan nipis keluar dari bibirku.

"Betul ke aku dah nak bertunang?" Aku masih tidak percaya dengan kejadian yang aku hadapi saat ini. Pertunangan. Perkataan itu masih segar dan asyik berulang di dalam kepalaku. Tanpa sedar, aku juga terlelap.

Isteriku Seorang Pensyarah! [COMPLETE]Where stories live. Discover now