Kita keep cara sblm ni lah yee...majoriti nak ala novel ..so jom , let's go btw lagu ni sumpah vibe ! Eyyy betul2 rasa kena dengan Khalish , Shadow and Kayla ....
Because of you : BAEK JI YOUNG
"Macam mana keadaan dia , doktor ?"
"Hmm , Encik Khalish dah mula masuk fasa dimana memori Shadow dan Khalish bersatu sedikit demi sedikit ..."
"It's bad things? or good?"
"Depends pada patient , Encik Aariz . Kalau dia kuat , dia ibarat orang yang menghidap amnesia dapat kembali memori yang hilang.."
"Bad?"
"Dia boleh hilang kewarasan .."
"No....."
"Tapi kenapa dia boleh pengsan tadi ?"
"Dalam rekod Shadow , dia mengalami masalah berhadapan dengan keramaian . Kemungkinan apa yang Shadow rasa , Encik Khalish turut alami perkara yang sama .."
"Abang ...."
Pov KhalishSuara-suara orang yang dia kenali menerpa gegendang telinga. Namun mata dia terasa berat untuk dibuka. Khalish dapat rasakan gengaman dan usapan lembut di tangan kanan dia .
"S-sayang ..." gumam Khalish dalam hati . Dia masih dibawah alam kesedaran . Tetapi dia sangat kenal dengan sentuhan itu.
Dia masih dapat rasakan denyutan yang sangat menyakitkan di kepala dia . Kejadian yang baru sahaja berlaku , agak membuatkan diri dia keliru.
Memori dia saat ini sangat berantakan. Ada masa , memori tu dia tahu . Ada masa , memori tu tak pernah dia alami . Adakah itu sebahagian memori dari Shadow ? fikirnya .
Keesokkan paginya , Khalish mulai sedar . Cahaya pagi yang menembusi langsir di ruangan itu , menganggu pandangan dia . Mata dikerdipkan beberapa kali sebelum kornea mata dia semakin jelas .
Wad . Dia berada di hospital .
Dia mengeluh perlahan sebelum tangan naik menyebak rambut kebelakang.
Tiba-tiba tangan kanan dia terasa berat . Perlahan dia menoleh sebelum terdiam melihat firgura yang sangat dikenali dia.
"Kayla ?" heran Khalish . Kenapa isteri dia boleh berada di sini? dalam posisi tidur duduk dengan kepala diletakkan di sisi katilnya.
Tangan kiri naik mengoncang bahu Kayla lembut. "Sayang ....sayang ..."
Rasa goncangan di bahu , Kayla perlahan mencelikkan mata . Posisi bertukar menjadi duduk tegak sambil menggosok mata mamai .
"Hey, stop it . Ada yang terkeluar sat gi biji mata tu .." Khalish memegang tangan Kayla yang terus menggosok mata macam tiada hari esok.
"Emm, abang dah bangun?" Kayla berdiri dari kerusi dengan keadaan masih mamai . Tubuh direbahkan ke dalam pelukan suaminya.
Sedikit terkejut tetapi Khalish tetap menyambut isterinya. "W-woo . Ni kenapa bangun-bangun , terus nak peluk ?" ujar Khalish dengan senyuman tak lekang di bibir .

ANDA SEDANG MEMBACA
Mia Moglie (in editing new storyline)
AcciónSeorang gadis yang dipaksa dewasa dari berumur 8 tahun kini sudah berumur 24 tahun . Akibat dari ketegasan dan kekerasan yang dia terima sewaktu kecil menjadikan dia seorang yang dingin , degil dan tak gentar dengan apapun . "Black Eagle , kita ad...