"Mama, adik tak nak pelgi thekul. Tak nak pelgi thekul (School)."
"Kalau adik tak pergi school, macam mana adik nak pandai? Hmm?" Pujuk Chanyeol di tempat pemandu. Kepala Sehun diusap-usapnya.
"Taknak papa. Hiks, hiks..."
"Mama..." Tangan mama digoyang-goyangkan.
"Kalau adik tak pergi school, nanti papa dah tak nak beli aiskrim. Tak payah pergi taman. Okay?"
Ugutan Hyun membuatkan Sehun terdiam. Bibirnya naik ke atas, menunggu masa untuk menangis.
Adik nak ais klim. Adik nak pergi taman.
"Okay papa, jom kita balik. Adik tak nak sekolah harini,"
Dahi Chanyeol berkerut. Keningnya diangkat berkali-kali. Biar betul mama ni. Tadi cakap lain, sekarang cakap lain.
Hyun terus-terusan menghantar isyarat melalui mata. Rasa nak je tenyeh-tenyeh kepala papa. Takkan itupun tak faham. "Papaaa, jom balik."
Seakan-akan baru dapat menangkap maksud si isteri, Chanyeol ternganga besar. "Okay kita balik. Adik tak nak pergi school harini."
"Iya papa, nanti biar adik duduk je dekat rumah. Tak payah bawak pergi taman. Tak payah beli aiskrim." Tokok Hyun. Senyum ditahan tatkala melihat Sehun yang sudah tidak keruan.
"Hiks, mama... Adik nak pelgi thekul. Hiks, hiks..."
"Apa? Adik nak balik sekarang?"
"Huwaaa, adik nak pelgi thekul. Adik nak pelgi thekul!"
"Nak pergi school mana boleh menangis. Malu kawan tengok."
Sehun Mengusap air matanya menggunakan lengan. Dia masih tersedu-sedan meskipun suara tangisan sudah tidak kedengaran.
Sepanjang perjalanan menuju ke kelas, Sehun didukung oleh Hyun. Mukanya disorokkon di balik bahu mama. Sedikitpun tidak tertarik ingin melihat sekitarnya yang meriah dengan hiasan.
Sebaik sahaja tiba di kelas 4-1 Venus, mereka disambut ramah oleh seorang guru wanita sekitar 30 an. "Selamat pagi Tuan Park sekeluarga."
"Selamat Pagi,"
"Hai Sehun, sihat ke? Lamanya cikgu tak jumpa dia."
Sehun tidak membalas. Mukanya masih tidak diangkat dari bahu mama.
"Adik, cikgu cakap dengan adik tu." Tegur Hyun lembut. Dia cuba mengalihkan badan Sehun agar memandang ke hadapan, namun anaknya membeku.
"Maaf cikgu, mood dia tak berapa elok. Bila lama tak sekolah, macamni la gayanya." Hyun tersenyum kelat. Sementara itu, Chanyeol cuba memujuk Sehun. Entah apa yang dikatakannya sehingga tiba-tiba sahaja Sehun meneriak 'tak boleh'!
Terkejut Hyun dan cikgu dibuatnya.
"Adik, kenapa ni?" Soal Hyun khuatir.
"Tak boleh! Mama Adik punya seolang. Papa tak boleh ambik mama!" Semakin kuat pelukan pada leher mama. Tidak mengizinkan papa mencuri mama daripadanya.
Terus Hyun menampar geram lengan Chanyeol. Suka betul mengusik. Nak tambah masalah ke macam mana. Bukannya dia tak tahu anak dia sensitif.
YOU ARE READING
Ohh, Park Family!
RomanceKeluarga Park Park Chanyeol × Byun Baekhyun × Sehun × Jongin . . . Just for fun. 🌈❌️ 👨👩👧👧✅️ 1 #ceria 3 #sedih 7 #komedi