'KRINGGG!'
Tepat pada jam 12 tengah hari loceng bunyi untuk kesekian kalinya. Loceng yang ditunggu-tunggu oleh semua murid.
Balik.
"Terima kasih cikgu cantik!"
Terburu-buru Sehun bersalaman dengan guru kelasnya. Sudah tidak sabar untuk pulang. Tambahan lagi apabila melihat figura si ibu yang sudah setia menunggu di luar kelas sejak tadi.
"Mamaaa!"
Terkedek-kedek Sehun berlari mendapatkan Hyun yang sedang bergaul bersama seorang wanita. Kaki mama dipeluk erat lalu kepala dijatuhkan di atas ribanya."Eh sayang mama dah habis belajar ye," Belakang kepala Sehun diusap-usap Hyun. Wanita yang duduk di samping Hyun hanya tersenyum manis. Terharu melihat keakraban yang ditunjukkan ibu dan anak itu.
Mungkin dia tak tahu sikap ibu dan anak itu akan berubah sebaik sahaja menjejakkan kaki di kediaman Park.
"Mama, papa pelgi mana? Kenapa adik tak nampak papa pun,"
"Papa pergi kerja. Kejap lagi papa balik."
"Kenapa papa tak ambik adik thekul (school) dulu balu pelgi kelja? Papa tak thayang adik ke?"
"Sebab sayang adiklah papa pergi kerja. Papa nak cari duit nak beli mainan dekat adik."
"Adik nak menan (mainan) banyak banyak. Boleh ke mama?"
"Iya sayang," Ringkas dan padat jawapan yang diberikan Hyun. Nanti kalau dijawab, makin panjanglah celoteh adik. Dan yang pasti janji yang diberikan pasti akan dituntut.
Perbualan mereka dihentikan seketika kerana Hyun terburu-buru hendak pulang. Kasihan kerana Pak Juno sudah menunggu lama di dalam kereta.
Sehun dan Hyun menempatkan diri mereka di tempat penumpang di belakang. Manakala Pak Juno akan memandu. Sehun baru teringat akan mainan yang diinginkaannya. Lalu lengan mama digoyang-goyangkan.
"Mama mama... Adik nak thuruh (suruh) papa beli lobot (robot) big helo. Mama call papa."
"Okay, nanti mama call papa." Jawab Hyun acuh tidak acuh sahaja. Dia sedang asyik membaca artikel di dalam telefon bimbit.
Adik tidak berpuas hati. Leher mama pula dirangkul. "Sekalang la mama. Adik nak cakap dengan papa sekalang jugak. Nanti adik lupa."
"Tak apa, nanti mama ingatkan adik."
"Mama, sekalang!"
"Nanti... Papa tengah sibuk."
"Sekalang."
"Nanti."
"Mama papa tak thayang adik."
Hyun melirik Sehun melalui ekor mata. Dirasakan rangkulan pada lehernya terlepas. Adik mengesot sedikit ke tepi mencipta jarak dengan mama.
Wajahnya berubah sedih, sambil mulut memuncung ke hadapan. Persis muncung itik.
Hmm, nak mula drama lagi. Hyun kembali melihat skrin telefon bimbitnya. Tidak diendahkan Sehun yang sedang merajuk. Kalau melayan, makin menjadi-jadi.
Sehun mula tidak senang duduk apabila mama tidak mencuba untuk memujuknya. Sekali sekala kepala akan berpaling ke arah mama.
Seliyesli, mama tak thayang Thehun?🥺
YOU ARE READING
Ohh, Park Family!
RomanceKeluarga Park Park Chanyeol × Byun Baekhyun × Sehun × Jongin . . . Just for fun. 🌈❌️ 👨👩👧👧✅️ 1 #ceria 3 #sedih 7 #komedi