Chanyeol membaringkan Sehun di atas ribanya. Jongin juga berada di situ setelah mendengar keributan yang berlaku. Dia hanya mengamati keadaan itu. Adik akan mengamuk tak lama lagi. Silap-silap jiran akan berjaga sepanjang malam disebabkan bingit.
Sehun mula menggelupur tatkala melihat mama memegang spray hidung. Spray yang selalu digunakan jika hidungnya tersumbat.
Kedua tangan Sehun dipegang Chanyeol. Manakala kedua kakinya dipegang Jongin. Teriakan Sehun bergema kuat. Meronta-ronta dia hendak melepaskan diri. Namun tidak berjaya.
"Tak nak! Tak nak! Tak nak theperay!"
"Papa, pegang muka dia." Arah Hyun.
Sebelah tangan Chanyeol memegang dagu Sehun. "Adik, duduk diam-diam. Adik nak cepat sihat kan?"
"Tak nak! Tak nak!"
Hyun memicit spray ke dalam kedua-dua lubang hidung Sehun.
Hidung Sehun yang berair dikesat menggunakan sapu tangan bersih. Apa lagi, kemain kuat adik meraung. Dah macam kena dera.
"Huwaaa! Thakit! Mama, thakittt! Huwaaa!"
"Berialah adik ni. Bukannya kena potong hidung pun." Jongin melepaskan kaki Sehun. Dia berlabuh di atas sofa di dalam bilik itu. Sambil mata tidak lepas memerhatikan keadaan adik. Bimbang jika keadaan adik masih tidak membaik.
"Huwaaa! Mamaaa!"
Jongin menutup kedua telinganya mendengar jeritan Sehun. Mama nak pergi basuh tangan je pun. Mengada-ngada. Tengoklah tu, dengan papa pun tak nak. "Adik jangan nak mengada sangat eh. Dah malam."
"Dah dah. Mama bukannya pergi mana pun." Hyun kembali berbaring di atas katil.
"Abang pergilah tidur. Esok nak sekolah kan?"
Jongin berdiri. "Kalau ada apa-apa nanti, panggil abang dekat bilik."
"Jangan risau. Adik dah okay."
"Abang tidur dulu mama, papa. Selamat malam."
"Jangan lupa berus gigi, basuh kaki."
"Okay mama."
Sehun kembali melekat dengan Hyun. Dah sembuh demam, dia mai perangai kut lain pulak. Kalau macam ni jawabnya memang esok susah nak pergi kerja.
"Mama, nak thuthu. Hiks, hiks..."
"Susu botol okay? Hmm?"
"Tak nak. Nak thuthu mama hiks."
Hyun memandang Chanyeol meminta pertolongan. Namun Chanyeol hanya mengangguk. "Bagi adik susu untuk malam ni. Nanti kalau adik nangis, tersumbat lagi hidung dia."
"Tak boleh. Kalau mula bagi, nanti susah berhenti. Sikit-sikit mesti nak lagi."
"Adik bukannya faham bahasa. Malam ni dia merap sebab tak sihat. Nanti okayla tu."
Mahu tidak mahu terpaksa juga Hyun membuka butang baju pijama yang dipakainya. Ditarik badan adik menghampiri dadanya.
Senyap terus adik apabila mulutnya mendapat apa yang diinginkan.
Tidak berkedip mata Chanyeol memerhatikan mama yang separuh berpakaian. Air liur ditelan payah.
Sabar Chanyeol.
"Aduh adik. Jangan gigit."
Chanyeol tersedar dari lamunan. Dia berdehem beberapa kali menghilangkan bahang di wajahnya. "Ke-kenapa mama?"
YOU ARE READING
Ohh, Park Family!
RomanceKeluarga Park Park Chanyeol × Byun Baekhyun × Sehun × Jongin . . . Just for fun. 🌈❌️ 👨👩👧👧✅️ 1 #ceria 3 #sedih 7 #komedi