BAB 1

18 2 0
                                    

BAGAI lipas kudung Baekhyun ke sana dan ke sini menyiapkan sarapan buat seisi rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BAGAI lipas kudung Baekhyun ke sana dan ke sini menyiapkan sarapan buat seisi rumah. Sekali sekala dia akan melihat jam bulat yang tergantung di dinding. Masih ada 15 minit sebelum jam berganjak ke angka 7.30 minit pagi.

"Mama, abang pergi sekolah dulu!" Teriak Jongin dari ruang tamu. Sesaat kemudian dia muncul di dapur dengan nafas termengah-mengah. Kucupan diberikan pada pipi si ibu. "Mama, abang dah nak pergi sekolah."

"Sarapan dulu abang. Mama dah nak siap masak." Api dapur ditutup Hyun. Lalu sosej yang siap digoreng diletakkan di dalam pinggan putih.

"Tapi abang dah lambat mama. Nanti abang sarapan dekat sekolah."

"Sempat abang. Makan dulu. Kejap lagi papa hantarkan abang pergi sekolah."

Mahu tidak mahu terpaksa juga Jongin mengikuti perintah mama. Dia mengambil tempat duduk di meja makan. Sandwic ala kadar buatan mama dimakan dengan lahap. Ingin secepatnya berangkat ke sekolah.

'Uhukk! Uhukk!'

Cepat-cepat air susu dihirup rakus.

"Makan pelan-pelan. Kan dah tersedak," Belakang badan Jongin ditepuk-tepuk perlahan.

"Papa mana mama? Tak siap lagi ke? Abang dah lambat ni."

"Papa dah siap tadi. Kejap lagi papa turun,"

Jongin hanya mengangguk.

Seperti yang dikatakan Hyun, seminit kemudian Chanyeol turun dari tingkat atas sambil menggendong si adik. Dah bangun dah budak kecik ni.

"Mama, hiks..." Nampak sahaja muka mama, Sehun mula merengek. Kedua tangan kecilnya dihulurkan ke arah mama. Minta didukung.

Hyun pura-pura tidak nampak. Dia bergerak mencapai mug putih untuk bancuh air kopi buat Chanyeol. Kalau buat kerja sambil dukung adik memang lambat.

Apa lagi, makin kuatlah tangisan Sehun. Air mata mengalir laju membasahi pipi tembamnya. "Mama, dukung. Hiks, hiks, hiks..."

"Mama sibuk sayang. Shh, jangan nangis. " Pujuk papa sambil berlabuh berhadapan Jongin. Pipi Sehun yang basah diusap menggunakan ibu jari.

Adik memang pantang nampak mama. Mesti nak mintak dukung. Tak dukung, minta susu.

Usai menyiapkan kopi, barulah Sehun diambil dari dukungan Chanyeol. "Dah, jangan nangis. Bukannya mama pergi mana pun."

"Hiks, hiks, hiks..." Sehun masih tersedu-sedan meskipun tangisannya sudah mereda. Dipeluk mama seerat-eratnya. Bimbang jika mama pergi.

"Adik ni. Pagi-pagi dah buat drama. Leceh betul." Komen Jongin selamba. Terus Hyun membulatkan mata memandang anak sulungnya. Memberi amaran kepada lelaki itu.

Adik sudahlah sensitif dan susah dipujuk. Mahu meragam dia seharian.

Sehun memandang Jongin. Wajahnya kembali sebek. "Mamaaa, hiks..."

Ohh, Park Family!Where stories live. Discover now