ℬ𝒜ℬ 1🌹

201 34 22
                                    

Hari Khamis adalah hari Haura mempunyai kelas bidang seni pukul 3 hingga 5 petang. Dia bersiap-siap memakai blouse berwarna hitam serta mengayakan tudung shawl putihnya dengan gaya yang dia selesa. Setelah itu, dia pun keluar dari kamarnya dan turun ke ruang makan dimana semua berada untuk makan sarapan bersama. Dia memberi salam dan mengambil tempat duduk yang kosong. Dia melihat abangnya yang masih belum turun ke bawah. Mereka menunggu abang Haura iaitu Tengku Hafiz untuk turun ke meja makan.

Beberapa minit kemudian, Hafiz pun turun dari kamarnya terus menuju ke meja makan dan mengambil tempat duduk di sebelah Haura sambil meminta maaf kerana dia lambat turun. Mereka pun mula membaca doa bersama-sama sebelum makan.

Habis makan, Haura dan Hafiz mengambil barang keperluan Universiti mereka di atas kamar masing-masing sebelum ke ruang tamu untuk menyalami tangan mummy dan daddy mereka iaitu Tengku Hariz Haiqal dan Nur Huda Raina sebelum keluar dari rumah agam mereka.

Mereka terus ke arah kereta milik daddy mereka dengan supir membukakan pintu kereta kepada mereka. Mereka pun masuk dan terus menuju ke Universiti Malaya.

Sampai sahaja di Universiti, Haura dan Hafiz pun turun dari kereta dan mengucapkan terima kasih kepada pakcik supir itu sebelum pakcik itu beredar dan pulang ke rumah agam mereka semula. Mereka pun masuk ke dalam kelas dan sebelum mereka mahu berjalan dengan sedikit kuat memanggil Haura.

" 𝑯𝒂𝒖𝒓𝒂! " kata seseorang yang memanggil Haura itu.

" 𝑶𝒉 𝑳𝒊𝒚𝒂𝒏𝒂! 𝑳𝒂𝒎𝒂 𝒅𝒂𝒉 𝒀𝒂𝒏𝒂 𝒕𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖 𝑯𝒂𝒖𝒓𝒂?" tanya Haura kepada Liyana.

Nur Liyana Qistina adalah kawan baik Haura sejak hari pertama mereka masuk Universiti lagi. Mereka berkenalan sewaktu mereka sesat semasa mencari kelas mereka. Makin hari mereka keluar bersama, makin dekat hubungan mereka dan mereka menjadi bff sejak dari situ. Tetapi Haura tetap merahsiakan identiti sebenarnya sebagai mafia kerana dia takut Liyana tidak mahu berkawan dengannya dan meninggalkannya.

" 𝑻𝒂𝒌 𝒑𝒖𝒏! 𝒀𝒂𝒏𝒂 𝒑𝒖𝒏 𝒃𝒂𝒓𝒖 𝒔𝒂𝒎𝒑𝒂𝒊! " kata Liyana kepada Haura.

" 𝑶𝒉 𝒃𝒆𝒈𝒊𝒕𝒖! 𝑺𝒖𝒅𝒂𝒉 𝒋𝒐𝒎 𝒌𝒆 𝒌𝒆𝒍𝒂𝒔 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒍𝒖𝒎 𝒑𝒆𝒍𝒂𝒋𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒎𝒖𝒍𝒂! " kata Haura kepada Liyana dan Liyana pun mengangguk tanda setuju.

Sebelum mereka beredar dari situ untuk ke kelas, Haura memandang abangnya dan berkata.

" 𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑭𝒊𝒛! 𝑯𝒂𝒖𝒓𝒂 𝒌𝒆 𝒌𝒆𝒍𝒂𝒔 𝒅𝒖𝒍𝒖! 𝑱𝒖𝒎𝒑𝒂 𝒔𝒆𝒍𝒆𝒑𝒂𝒔 𝒉𝒂𝒃𝒊𝒔 𝒌𝒆𝒍𝒂𝒔. " kata Haura kepada Hafiz.

" 𝑶𝒌𝒆𝒚, 𝒃𝒚𝒆! " kata Hafiz kepada Haura.

Terus Haura dan Liyana beredar dari situ menuju ke kelas mereka. Hafiz juga berjalan ke kelasnya sebelum pelajarannya bermula. Habis sahaja kelas, Haura dan Liyana mengemas barang mereka dan keluar dari kelas. Keluar sahaja dari kelas, mereka melihat Hafiz yang sedang menunggu Haura di luar kelas. Haura terus mengucap selamat tinggal kepada Liyana dan berjalan ke arah Hafiz yang sedang menunggunya di bangku berdekatan.

" 𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈! 𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑭𝒊𝒛 𝒅𝒂𝒉 𝒍𝒂𝒎𝒂 𝒕𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖 𝑯𝒂𝒖𝒓𝒂? " tanya Haura kepada Hafiz apabila sampai di hadapan abangnya itu.

" 𝑻𝒂𝒌 𝒑𝒖𝒏! 𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒂𝒓𝒖 𝒔𝒂𝒉𝒂𝒋𝒂 𝒌𝒆𝒍𝒖𝒂𝒓. " kata Hafiz dengan jujur.

" 𝑩𝒆𝒈𝒊𝒕𝒖 𝒓𝒖𝒑𝒂𝒏𝒚𝒂! 𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒎𝒂𝒄𝒂𝒎 𝒕𝒖, 𝒋𝒐𝒎 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈. " kata Haura kepada Hafiz dan Hafiz mengangguk kepala dan menelefon supir daddynya untuk mengambil mereka pulang ke rumah.

𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑨𝒅𝒚𝒂𝒏 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒕𝒉:𝑯𝒊𝒔 𝑳𝒊𝒕𝒕𝒍𝒆 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍'𝒔  (SU)Where stories live. Discover now