Academic Achiever × Athlete
>>
"You're like mathematics. Beauty, yet so hard to understand."
➝ Lea Hazel"I wouldn't take part in life, unless you're in it."
➝ Daylan MatteoEnjoy!
<<
PAPAN kenyataan dikerumuni pelajar-pelajar tingkatan menengah atas. Seorang demi seorang berpusu-pusu menolak satu sama lain berebut mahu melihat keputusan peperiksaan yang baru sahaja ditampal disana. Ada dikalangan mereka memaparkan raut sedih dan kebanyakan hanya pasrah tak ingin tahu. Mereka hanya berdiri di tepi menunggu kawan masing-masing.
Di satu sudut lain, kelihatan sekumpulan pelajar berdiri menunggu kerumunan pelajar berkurangan. Terpapar jelas kerisauan di wajah masing-masing, mahu saja mereka menolak semua disana demi mengetahui keputusan.
"Hannah, how many A's did you got?" Suaranya menerjah ke telinga yang lain, mengosongkan kembali peta fikiran. Wajah yang bertanya tadi dilihat, terlebih lagi Hannah.
Sara Emily. Wajahnya biasa tapi elok dipandang. Kepandaian gadis itu dalam Bahasa Inggeris memang tak dapat disangkal. Johan berturut-turut dalam pertandingan bahas.
"Dua je, English dan Sejarah," balas Hannah seraya melepaskan keluhan dihujung.
"Okey apa dua? Dari aku, Musik je A." Mia ketawa hambar.
"Macam tak ada harapan je nak masuk universiti tahun depan." sambungnya lagi mencebir bibir kecewa. Impian ibu bapanya sudah terkubur.
Bahu kanannya ditepuk kuat, tubuhnya tersentak. Pantas Mia mengangkat kepala memandang pemilik tangan. Muncul wajah yang tak dilihat beberapa hari lepas. Gadis itu melakar senyuman tidak bersalah.
"Lea!"
Kedudukan dalam tingkatan
1. Daylan Matteo
2. Lea Hazel
Mulut melopong. Mata ditonyoh berkali-kali ingin memastikan apa yang dilihatnya benar. Kertas yang ditampal di papan ditatap dengan mata berkelip-kelip. Cikgu salah tulis ke?
Lea, top 2? Petanda sekolah nak roboh ni.
"What... the hell is going on?" Hampir jatuh rahang Sara.
"Aku rasa ini ilusi optik, someone give me kanta silinder.."
Lea berdiam diri menatap nama yang tertera di kertas putih itu.
"Yang kalahkan kau mesti lagi gila dari kau." Arianna memandang kawannya tak percaya. Mia terangguk-angguk setuju.
Lea dah gila, tapi ada yang lagi gila? Wah, ini baru.
"Daylan Matteo? Siapa..." Otaknya ligat memikirkan dimana dia dengar nama familiar itu. Bersinar-sinar mata Sara mengingat semula.
"Gila!" Sara menjerit kuat, lantas mulutnya ditekup malu. Tetapi masih terpancar keterujaan di wajah. Reaksinya membuatkan yang lain tertanya, Sara dipandang serentak. Siapa Daylan?
"Kau kenal ke?" Sara senyum lebar, kepalanya terangguk-angguk kuat, mestilah!
"Who doesn't? He's so famous!"
------------------------------------------~ ╰( ・ ᗜ ・ )➝ ~
Academic Love 💌
"I need a tutorial how to fight with math, to be your only favourite."
• 5 August 2024 •
----
DISCLAIMER- Semua idea berasal dari saya sendiri, langsung tidak diambil atau diciplak daripada mana-mana sumber
- Saya juga tidak membenarkan mana-mana pihak untuk mengambil idea dalam cerita ini
----
(。•̀ᴗ-)✧💞
Daylan & Lea membuka tirai 🤍
YOU ARE READING
Academic Love
Teen Fiction"When genius meet a genius, it become genius²" ⛹🏻♂️🥇 ~ Tubuh tinggi lampai dan wajah menarik perhatian. Dibesarkan oleh datuk dan neneknya menjadikan dia pewaris tunggal harta kekayaan mencecah ribuan dollar. Tambahan pula dia seorang atlet yang...