DAYLAN berdiri di depan kelas tatkala semua mata tertumpu kepadanya. Tangan menyandang beg di bahu kiri.
"Daylan Matteo dari Syndriel."
Daripada tadi lagi bisikan halus memenuhi seisi kelas, tetapi kini suara mereka terdengar semakin kuat dan teruja.
"Betul la aku cakap, record dialah yang tak pernah kotor tu!" Mark menggoncang penuh semangat kawan sebelahnya. Apabila Daylan memandang, dia tayangkan senyuman lebar.
"Kamu boleh duduk disana." Daylan mengangguk, kaki membuka langkah ke arah meja di barisan ketiga. Seraya itu, anak matanya terlihat ke arah satu sudut.
Perhatiannya sudah bertukar arah, mata memandang guru sambil fikiran ligat menyusun ayat. Miss Alisa sibuk membahagikan kertas peperiksaan.
"Cikgu?" panggilnya mengalihkan perhatian beberapa pelajar.
"Yes Daylan?"
"Saya boleh kejutkan, kalau cikgu nak," ujar dia sambil tangan menunjuk ke belakang. Miss Alisa turut mengalihkan pandangan.
Guru wanita itu berfikir sejenak sebelum mengangguk setuju. Lantas dia bangun dari duduk dan mengatur langkah ke belakang kelas.
BUK
Kaki mejanya disepak kuat. Hampir terjatuh Aiden dek diberi kejutan bangun tidur. Langsung bengis wajahnya, menatap sosok yang mengacau tidur.
"Daylan?" Aiden menayangkan sengihan.
"Bangun, bodoh." Selamba Daylan sebelum berpaling semula ke belakang.
Aiden memegang dada sebelah kiri. Auch. Mummy, Daylan buli Aiden!
~
LEA meregangkan otot. Tubuh digerakkan ke kiri dan kanan. Jari yang lenguh menulis di tarik-tarik kasar. Habis itu, dia bangun dari duduk sambil membawa kertas Addmath ditangan. Beberapa orang rakan sekelas melihatnya dengan helaan nafas dan gelengan kepala.
Julukan Lea gila math memang sesuai dengan dia.
Senyuman menghiasi bibir apabila kertas itu bertukar tangan dengan Madam Laura, guru yang baru dipindahkan ke sini.
"Dah siap? Baru 20 minit exam mula." Lea masih memaparkan senyuman.
"Selalunya 10 minit dah siap Madam. Yang ini lambat sikit, saya malas." Ternaik kening wanita itu, tidak percaya, dibelek-belek kertas pelajar itu.
Berkerut dahinya apabila semua jawapan yang diisi lengkap. Jawapan sebijik dengan skema pula tu.
"Boleh saya ke tandas?" Madam Laura hanya mengangguk memberi izin.
PANDANGAN dialihkan ke hadapan, serta-merta wajah mencarik senyuman. Berasa takjub. Setelah menyusuri pokok-pokok di luar, akhirnya dia tiba disini.
Sekian lama berada di bandar Greenfield, kecantikan semulajadi di sini sentiasa terlihat memukau. Kehijauan tumbuh-tumbuhan dan pancuran air terjun dari atas bukit, terus menggamit ketenangan di hati.
Angin sejuk datang menyapa tubuh Lea, membuatkan badannya sedikit menggeletar. Timbul pula rasa kesal kerana lupa mengambil jaket tadi.
Malas berganjak, getah rambut ditarik turun membiarkan rambut paras pinggangnya terlepas. Sengaja dibuat begitu bagi rambut tebalnya menutupi tubuh lantas mengurangkan rasa sejuk.
Tubuh disandarkan ke kerusi. Perlahan matanya terkatup, gadis itu terlena sendiri.
YOU ARE READING
Academic Love
Roman pour Adolescents"When genius meet a genius, it become genius²" ⛹🏻♂️🥇 ~ Tubuh tinggi lampai dan wajah menarik perhatian. Dibesarkan oleh datuk dan neneknya menjadikan dia pewaris tunggal harta kekayaan mencecah ribuan dollar. Tambahan pula dia seorang atlet yang...