Chapter 5

47 16 12
                                    

MUKA disembamkan ke meja. Lea menghela nafas penat. Semalam lepas bersungguh-sungguh dia kosongkan kotak akhirnya balik juga pukul lima. Cikgu memang nak seksa dia nampaknya.

Empat jam pula sambung buka buku dan buat rutin harian. Pukul 11 barulah boleh terlentang atas katil. Itu pun masih rasa letih tak cukup rehat.

"Nak air?" tawar Mia kesian. Siap dibuka penutup botol lalu dihulurkan ke Lea namun gadis itu menolak.

Kelas 5 Orkid itu hanya sepi dek kerana berbelas-belas pelajar sibuk menatap buku atas meja. Memang itu saja kerja mereka, sejak masing-masing ada impian nak rampas kedudukan Lea. Biarpun hal itu mustahil.

Nasib jugak lah ada yang normal. Menikmati pemandangan sawah di luar kelas dan tenung papan putih macam nak tembus. Golongan ini selalunya tengah fikirkan katil.

"Mana cikgu ni.." keluh Clara. Kaki di goyangkan depan belakang, untung pendek. Malas pulak dia nak jenguk ke luar.

Nasib lah sesi ini mereka pelajar tahun akhir, 365 hari ini memang tak akan ada hari cuti bagi mereka. Pagi-pagi lagi dah terpacak seorang demi seorang depan sekolah, tunggu guard buka pagar.

Sekarang pula tengah tunggu guru matematik masuk. Entah datang ke tak.

"Rif, pergilah cari cikgu," katanya memandang ketua kelas. Laju lelaki tu geleng kepala.

"Kau penolong kan, pergilah." Clara mendengus perlahan. Payah betul dia ni.

Tanpa kata dia bangun dari duduk. Baru je nak jenguk keluar, cikgu Aaron muncul depan mata. Tayang sengihan. Clara terundur beberapa langkah sambil memegang dada sebelah kiri. Jumpscare!

"Sir! Terkejut saya.." Hampir tersadung jantung dia.

Clara kembali semula ke tempat duduk. Diberi jelingan kepada ketua kelas yang sibuk gelakkan dia. Tak guna.

"Maaf semua. Saya terlambat harini... isteri saya baru melahirkan pagi tadi," ujar sir Aaron nada semangat, tersenyum-senyum.

Kelas yang suram tadi bertukar ceria. Masing-masing berasa teruja.

"Tahniah Sir dah jadi ayah!"

"Nanti anak letak nama saya!"

~

GELANGGANG bola keranjang menjadi tempat singgahannya, Daylan berkeliling di kawasan akademi sambil menunggu Aiden.

Hampir setengah jam dia duduk di sana, lelaki itu berjalan semula ke arah blok akademi seraya melihat bangunan sekeliling.

Leka dengan persekitaran, tanpa sedar, kakinya sudah melangkah ke hujung blok. Baru saja mahu memusingkan badan, tiba-tiba matanya terpandang ke satu sudut. Tempat itu ditatap lama sebelum dia akhirnya membuka langkah.

Dari jauh terlihat seperti kebun biasa, namun makin mendekat, makin membuatnya terpegun. Daylan menunduk, bunga ros jingga yang masih belum mekar itu ditilik lama lalu disentuh.

Tatkala berasa deruan angin kuat menyapa tubuh, terus kepala di dongakkan ke atas.

Sebaik saja matanya memandang, terus bibir terukir senyuman.

~

"LEA, bangun!"

Terpisat-pisat matanya dicelik menyesuaikan cahaya yang laju saja masuk melalui anak mata.

"Apa?" Dia rebah kan semula kepala di atas meja. Menatap kosong meja di depannya.

"Kelas dah habis. Jom, balik!" Terbuntang matanya. Terus dia berdiri, jelas raut wajahnya terpinga-pinga. Mia yang memerhati dari tepi menyilangkan tangan.

"Kau tidur dari sebelum sir masuk sampai semua dah balik. Sir cakap biarkan aje. So aku tak kejutlah."

Ternganga luas mulutnya. Terasa dikhianati, Lea menatap Mia dengan bibir cebik.

"Apa?"

"Sampai hati kau tak kejut aku!"

Academic LoveWhere stories live. Discover now