Chapter 10

29 9 0
                                    

"HEKSAGON ada enam sisi. Jadi, jumlah sudut pedalaman dia berapa?" Mia menggaru kepala tidak gatal. Berkerut dahinya menatap kertas di atas meja, gorgon apa pula ni?

Hujung batang pensil sudah hampir hancur digigit. Wajah Lea yang sudah bosan menunggunya itu dilihat. Berkelip-kelip mata Mia menatap wajah gadis itu dengan riak tak bersalah.

Kepalanya menggeleng tidak faham.

"Kita pernah belajar ke?" Dahi digaru lagi. Sumpah la pernah belajar gorgon ni, bila masa?

Lea menghela nafas, nasib diri ada kawan macam ini. Otak expired agaknya.

"Masa form 2 kau buat apa? Menggatal?" sampuk Riana dengan sinis.

Mia memuncungkan bibir. Kata-kata Riana memang menusuk ke jantung, hati dan peparunya.

"Kau pula ajar dia Riana. Dua jam layan dia, otak aku pula yang sakit," keluh Lea. Membuatkan muncung Mia lebih panjang, laju pula dia membangkang.

"Salah orang kau tanya ni. Markah math aku lagi tinggi dari dia tahu!"

"At least aku tahu berapa sudut pedalaman poligon," bidas Riana semula, sengaja di jelirkan lidahnya kepada Mia. Beza satu grade pun nak bising, heleh!

Mia memalingkan muka ke arah lain dengan mendengus tak puas hati.

Lea tersenyum menahan gelak. Dua kali lima je dua-duanya. Kalau dia menyampuk, kena marah pula. Baik dia sambung buat latihan.

~

DI bawah pohon berhampiran dewan, terdapat beberapa buah meja dan bangku yang disediakan di sana. Tempat yang sentiasa berangin itu menjadi kawasan yang sempurna untuk melepak.

Daylan sedari tadi duduk disini, menunggu ketibaan Aiden yang berjanji mahu ambil dia. Batang hidung pun tak nampak, dah sejam lebih dia menunggu.

Rambut di raup ke belakang. Telefon dikeluarkan dari poket. Baru saja mahu mendail nombor Aiden, terlintas di fikiran yang dia tidak menyimpan nombor sepupunya itu. Daylan mengeluh sejenak.

"Mak Cik Elen!" Tiba-tiba terdengar suara sayup-sayup di telinganya. Dia mendongak memandang dua figura di hadapan.

Lea berlari anak mendekati wanita itu.

"Biar Lea tolong," ujarnya seraya bakul di tangan Mak Cik Elen itu bertukar tangan. Wanita itu ialah salah seorang tukang kebun.

"Ish kamu ni, tak berat mana pun, Mak Cik boleh angkat sendiri," tutur wanita itu memandangnya dengan senyuman nipis. Lea membalas dengan sengihan. Kemudian mereka berjalan beriringan ke kebun.

"Apa yang tak beratnya. Batu-batu je banyak ni. Cik nak buat apa?" Dia menyoal sambil melirik ke dalam bakul, ada beberapa plastik berisi batu kerikil di dalam itu.

Sengaja gadis itu mengajukan soalan yang sudah di tahu jawapan, berbasa-basi dengan Mak Cik Elen.

"Nak hias kebun, biar nampak lagi cantik." Lea mengangguk faham.

"Letakkan aje dekat situ." Mak Cik Elen menunjukkan ke bawah. Lea meletakkan bakul itu di atas tanah. Kemudian dia berdiri semula, memandang Mak Cik Elen di sisinya.

"Kamu yang belum balik ni, stay back lagi ke?" soal wanita itu yang turut menatap ke arahnya. Lea melorek senyuman.

"Haah cik, dengan kawan."

"Takpelah kalau macam itu. Jangan balik lewat sangat, nanti kena kunci," seloroh Mak Cik Elen. Lea ketawa kecil. Tak boleh bawa main gurauan ni, perit dah terkena.

~

TANGAN dimasukkan ke dalam poket jaketnya. Lea mengayunkan langkah dengan santai menuju ke koperasi yang berada di depan dewan akademi. Agak dekat dengan kebun. Niat asal yang terbantut ingin membeli air di vending machine tadi disambung semula.

Mulut bersiul-siul perlahan. Ikatan tocang rambutnya bergerak-gerak mengikut tubuh.

Apabila dia melintas di tepi dewan, tiba-tiba anak matanya terkunci ke arah figura yang sedang duduk di bangku.

Daylan, budak kurang grammar.

"Tak balik lagi?" Lea bergumam perlahan sambil jam tangan dilirik. Pukul 4.21 petang. Waktu persekolahan tamat pukul tiga.

Muka Daylan yang tak beriak itu diabaikan. Lelaki itu nampak seperti tak perasan kewujudannya.

Lea berpaling ke arah lain, tidak peduli. Hal kelmarin pun masih segar dalam otaknya. Ada tersisa rasa annoyed. Cukuplah berlaku sekali saja pertolongan tak dihargai itu.

Langkah diteruskan mengatur ke arah koperasi. Laju kaki diatur meninggalkan tempat itu.

Sampai saja di sana, meluas sedikit matanya melihat gerangan yang sedang mengintai-intai mesin itu. Entah apa yang dicari.

"Mia, kau buat apa dekat sini?"
tegur Lea mendekati gadis itu. Mia berpaling dengan wajah cemberut.

"Tunggu kaulah... manalah tahu pergi buat vending machine, lama sangat." Mia beralih ke tepi memberi laluan kepada Lea. Gadis itu mendesis halus mendengar sinis Mia. Berjangkit dengan si Riana kut, dah pandai memerli ni.

"Ada masalah teknikal tadi. Ini, kau tinggal Riana seorang-seorang ke dalam kelas?" Lea menekan butang mesin. Mia menunduk mahu mengambil tin minumannya.

"Haah. Merajuklah, dia tak nak ajar aku," rajuk Mia. Sampai ke sudah Riana tak ajar macam mana nak buat soalan heksagon itu. Kedekut ilmu punya kawan.

Lea ketawa.

"Dah kau yang mula dulu."

~

DAYLAN menutup pintu rumah. Langkah diatur ke arah tangga, mahu naik ke bilik. Niat yang ingin memalau kewujudan Aiden tadi, terus terhenti tatkala suara Aunty Erin sampai ke telinganya.

"Kamu tahu tak, nak dekat dua jam Daylan tunggu kamu ambil dia. Kamu pergi mana sampaikan mummy kena telefon dulu? Kesianlah dekat dia, baru pindah sini kamu dah tunjuk perangai macam ni," panjang leteran Aunty Erin bergema seisi rumah.

Bibir mencarik senyuman sinis, tangan pula disilangkan ke dada, Daylan memandang Aiden di muka pintu dengan wajah puas.

Marah dia lagi, Aunty! Marah lagi!

Aiden menjeling. Bibir dicebik meraih simpati mummy.

"Ala, mummy... Daylan yang cakap nak balik lewat sebab ada training," dalih Aiden cuba menipu hidup-hidup. Daylan mendecit kasar, sudahlah disidai, jadi mangsa fitnah pula tu.

"Kamu jangan nak menipu! Kaki dia dah luka, jangan sampai kaki kamu pula mummy kerjakan!" marah Aunty Erin mencerlung matanya. Aiden berundur setapak, baru dia tahu langit tinggi ke rendah!

"Daylan, nanti lepas mandi turun makan. Aunty dah masak makanan kegemaran kamu." Kini Aunty Erin beralih kepada dia. Lembut saja suara ibu saudaranya itu. Daylan membalas dengan senyuman dan mengangguk. Muka masam Aiden sempat dilirik. Padan muka!

Academic LoveWhere stories live. Discover now