Chapter 2

48 19 16
                                    

PERMAINAN akan dimulai dari wakil Akademi Greenfield. Aiden menarik lalu menghembus nafas seketika menenangkan diri yang sedikit gugup. Pertandingan belum dimulai pun dia sudah dibasahi peluh.

Bola ditangan dilemparkan tinggi ke atas, tangan yang memegang raket diangkat bersedia mahu memukul bola. Hayunan raket memukul bola ke arah pihak lawan.

Suara hingar bingar tadi berubah sunyi tatkala semuanya fokus kepada permainan.

Perlawanan itu diadakan di gelanggang tenis akademi Greenfield. Sebahagian penyokong juga hadir daripada akademi itu sendiri.

Daylan duduk di tempat yang tidak ramai orang. Orang sekeliling yang memerhati dia tersenyum-senyum antara mereka.

Kaki disilangkan sambil mata kekal tertumpu pada perlawanan. Telefon di dalam poket diambil, setelah membuka kontak nombor seseorang, jemarinya pantas menekan skrin lalu menekan butang hantar.

Just arrived.

~

   "DAYLAN!" Bahunya ditepuk kuat. Tuan badan berpaling sekilas, menatap wajah lelaki yang dibasahi peluh, sudah berdiri di belakangnya. Dilihat atas bawah sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain.

Wajah Aiden masih senyum lebar. Mengabaikan kenyataan yang dia dipalau beberapa saat lepas. Sebagai sepupu yang membesar bersama, hal ini sangatlah biasa.

"Mummy dah ajak kau kan? Jom!"

Daylan membalas dengan anggukan sebelum berjalan mendahului Aiden. Meninggalkan lelaki itu seorang diri.

Aiden menatap bayangan sepupunya yang semakin menghilang. Baju yang dibasahi peluh itu dicium sedikit, basah macam baru lepas mandi. Berkerut wajahnya menahan wangian yang masuk menyerap dalam reseptor bau.

PINTU pemandu dibuka, tubuhnya masuk ke dalam kereta. Badan disandarkan sambil matanya dipejam rapat. Memandu enam jam amat memenatkan. Nasib badan bila dia setuju nak tolong Aiden selesaikan masalah di akademi.

Sepuluh minit berlalu, mata dicelik semula. Cermin penumpang di kerling.

Tok tok

Aiden berdiri di luar dengan jari telunjuk ke arah kunci pintu. Butang di sebelah sudut kereta ditekan.

Pantas Aiden membuka pintu dan masuk ke dalam, tangannya penuh membawa barangan sebelum dilemparkan ke belakang.

"Mummy cakap singgah kedai dulu, nak beli barang." Dia menyampaikan pesanan. Tangan yang memegang telefon melihat senarai barang yang baru masuk.

"Banyak gila." gumam dia seorang diri.

Apa mummy dia fikir nak mengikis duit anak buah sendiri ke?

"Kau ada duit tak? Nak beli banyak and mummy cakap pinjam dulu."

"Berapa?"

Aiden tersengih. Boleh juga dengar suara Daylan.

"$80 boleh?"

"Sikit tu, $500."

Aiden geleng kepala. Tak boleh la pinjam banyak-banyak, botak kepala mummy nak bayar balik.

"Lebih-lebih la kau. Aku nak sikit je."

"Sikit dah tu. Kau memang tak boleh relate, kau kan miskin"

Aiden ketap gigi. Kuang ajo.

Bukannya miskin, kurang kaya je!

Pandangan dibuang ke luar. Tak guna punya sepupu.

"Jangan ikut aku balik."

"Aunty cakap kau buat masalah dekat akademi."

"Okey boleh ikut."

DAUN pintu ditolak setelah tombol dipulas, Aiden melangkah kaki masuk ke dalam rumah diikuti Daylan di belakang. Tangan mereka menjinjing bag plastik yang dipenuhi barangan.

Terima kasih atas kemurahan hati sepupu tercinta, pesan 40 barang tapi dibelinya 120. Ingat kaya ke nak ganda tiga ni? Eh yela, dia kan miskin tak boleh relate.

Tiga jam dalam pasar raya penuh dengan pergaduhan dia dengan Daylan. Bukan mereka sebenarnya, macam dia seorang je. Daylan kan dinding. Entah bila nak bercakap sepupunya itu.

Pergaduhan berakhir dengan tak payah bayar balik, bermakna selamatlah kepala mummy. Aiden pun tak tahu kenapa jadi topik gaduh, padahal rambut mummy juga dapat diselamatkan.

"Mummy! Aiden dah balik!" laung dia kuat sambil barang-barang yang dipegang diletakkan di atas meja dapur.

Aiden tercengang sejenak. Baru perasan dah tak muat meja nak letak barang. Sebanyak  ini ke Daylan sedekah?

"Kamu beli satu kedai ke?" Aunty Erin yang baru turun dari tingkat dua menegur. Terkejut barangkali melihat beg plastik yang memenuhi dapurnya.

"Daylan la mummy. Tahulah kaya, terlebih pemurah pula." Aiden mengerling sepupunya. Daylan mengusap belakang leher segan.

"Tak banyak pun Daylan. Lagi aunty suka!" Wanita itu menguntum senyuman lebar.

"Tak banyak..." Aiden menggeleng perlahan. Apa mummy dia ni tak cukup retina ke?

Wanita separuh abad itu mendekati Daylan dengan senyuman tidak lekang di bibir.

Tubuh Daylan ditarik ke dalam dakapan. Terimbas pula waktu-waktu dulu, tubuh tinggi ini yang separas pinggangnya.

"Maaf kalau Aunty kacau Daylan, susah-susah pula nak pindah ke sini." Daylan mengukir senyuman.

"Tak ada apa pun, Aunty. Kalau dekat sana pun rasa sunyi juga."

"Kalau aku duduk dengan kau, aku yang sunyi adalah," cantas Aiden laju.

Academic LoveWhere stories live. Discover now