BANDAR Greenfield. Daerah yang tidak terlalu pedalaman, sebuah bandar yang maju dengan kegiatan eko-pelancongan. Kecantikan semulajadi bandar itu menjadi daya tarikan. Akademi Greenfield ialah sebuah sekolah yang dibina berlatar belakangkan Gunung Winds, ianya juga selalu menarik minat orang luar.
Suara burung berkicauan di pagi hari terganggu apabila suara hingar-bingar terdengar daripada kawasan akademi. Tingkatan menengah bawah bersorak keriangan tatkala para guru secara mengejut mengadakan mesyuarat. Kelas ditinggalkan di bawah pengawasan pengawas.
Pada tingkat pertama di blok B, sebaris kelas-kelas tingkatan lima diletakkan disana. Dimulai dengan kelas terakhir sehingga ke kelas pertama di tepi dataran, masing-masing hanya mendiamkan diri di dalam kelas.
Mereka lebih memilih berbual dengan kawan daripada dikejar pengawas yang melakukan rondaan sekeliling sekolah.
Kelas pertama, tingkatan lima Orkid. Bagaikan langit dengan bumi kalau diletakkan di sebelah kelas-kelas yang lain. Tiada istilah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi bagi mereka. Jauh sekali perbezaannya.
Lea Hazel, satu nama yang menjadi ikon akademi. Gadis bermata hazel sesuai dengan namanya, iris matanya selalu berubah-ubah di bawah pencahayaan. Ikatan tocang rambutnya sentiasa kemas.
Mata menjeling ke arah Mia disebelah. Pengawas di luar kelas pula dilirik.
"Boleh buat tak?" bisik Lea, mengerling soalan Addmath di buku latihan Mia. Soalan dibalas dengan muncung bibir, gadis itu menggeleng tidak tahu.
Baru saja dia mahu menconteng kertas, tiba-tiba bunyi ketukan memenuhi seisi kelas. Serentak beberapa pasang mata mengalihkan tumpuan ke arah pintu.
"Lea Hazel? Miss Elizabeth panggil.”
Lantas Lea berdiri meninggalkan Mia seorang diri, menatap bayangan nya kian menjauh.
Kaki mengatur keluar kelas, langkah pengawas lelaki itu diikuti dari belakang. Mereka berjalan ke arah tangga yang terletak di hujung koridor.
Tiba-tiba telinganya menangkap suara tengkingan daripada blok A. Langkah diperlahankan sambil mata mencuri pandang ke arah blok bertentangan. Agak jauh tapi matanya masih boleh diguna pakai.
Sejenak seisi kelas tingkatan dua itu diam. Namun tak sampai sesaat, suara terdengar sekali lagi.
Lea memerhati dari jauh, dia lihat pengawas kembali ke kelas itu dan mengunci pintu dari dalam. Hujung bibirnya ternaik sedikit, berasa ngeri. Serta merta kejadian tahun lepas menerawang dalam fikiran.
Akademi digemparkan dengan kes pengawas yang bergaduh sehingga masuk wad. Untuk budak tingkatan dua tadi, #justiceforyall
Senario tamat disitu apabila anak tangga mula dipijak untuk ke bilik guru. Lea masih mengikut lelaki itu. Entah sampai mana pengawas tu nak hantar dia, rajin pula budak ni.
Beberapa langkah dari bilik guru, tiba-tiba orang di depannya berhenti mengejut. Sikit lagi muka dia nak melekap di blazer. Nak saja Lea tumbuk lelaki ini dari belakang.
"Buat apa kat sini?" Pengawas itu mengajukan soalan. Lea cuba menjenguk, dia tegur siapa?
"Entah." Terdengar keluhan terbit daripada mulut pengawas di depan. Sejenak, lelaki itu menoleh memandang dia.
"Miss ada kat dalam.” Lea hanya mengangguk. Pantas dia berlalu pergi melintasi kedua-dua figura itu.
Sempat mata mengerling wajah lelaki itu apabila mereka berselisih. Berkerut sikit dahinya apabila mata keduanya bertentang. Lea tersentak. Laju langkahnya diatur ke pintu bilik
Setelah diketuk, tombol dipulas lalu daun pintu ditolak.
Mata terus dilarikan ke meja Miss Elizabeth. Sekali lagi dia berkerut apabila tiada kelibat sesiapa disana. Terus dipandang sekeliling mencari keberadaan guru wanita itu.
"Miss?”
Kaki ditapak ke meja Miss Elizabeth. Dilihat ada beberapa helai kertas di atas meja, dahinya berkerut, bukan ke ini kertas..
~
"I suruh pengawas panggil you tadi sebab nak minta tolong," ujar Miss Elizabeth. Pelajar perempuan di hadapannya itu ditatap.
"Lusa ada orang nak guna perpustakaan kat bawah tu. Boleh saya minta awak tolong kemas? Kalau awak ada masa.." Guru wanita itu seperti sebersalah memandangnya.
"Sure Miss, no problem.” Laju Lea membalas, senyuman kecil dilorek menenangkan hati wanita itu. Bibir mengukir senyuman lebar.
“Thanks, Lea. I owe you!”
YOU ARE READING
Academic Love
Teen Fiction"When genius meet a genius, it become genius²" ⛹🏻♂️🥇 ~ Tubuh tinggi lampai dan wajah menarik perhatian. Dibesarkan oleh datuk dan neneknya menjadikan dia pewaris tunggal harta kekayaan mencecah ribuan dollar. Tambahan pula dia seorang atlet yang...