BAB 1

88 9 0
                                    

Prang!!

Bunyi pasu yang pecah dan suara kanak kanak perempuan yang berumur sekitar 1 tahun menangis kerana takut dengan orang tua yang berada di depannya

“Hey budak ni kan..” marah orang tua tu

“L...Lyn A..ak S...Syengaja...hiks..” terang kanak kanak perempuan itu kepada orang tua dengan ketakutan dan berusaha untuk berhenti menangis

“Tak payah nak buat-buat sedih lah.”marah orang tua tu dan mengangkat tangan untuk memukul kanak kanak perempuan tersebut

“Sini kau Evelyn Rose. Kau memang nak kena dengan aku.”Kanak kanak tersebut pun lari dari orang tua tu. Dia lari sekuat hati sampai orang tua itu tak dapat kejar kerana kanak kanak itu berlari sangat laju.

***

Panggilan nama Evelyn Rose tadi membuatkan Aufa Dareen terbangun dari tidurnya. Dia terus mencapai telefonnya untuk tengok jam. Pukul 4 pagi. Dia mengeluh kerana hampir setiap hari dia tersedar pada pukul 4 pagi. Dia rasa mimpi tu bukan sekadar mimpi tapi kenyataan. Dia mengambil keputusan untuk mandi dan solat tahajud.

Selepas selesai solat tahajud. Aufa mengambil al-quran untuk membaca surah yang ditetapkan oleh nya. Surah Al-mulk dicari dan dibaca. Merdu suara Aufa ketika mengaji kerana dia pernah mewakili sekolah dalam nyanyi dan nasyid pada sekolah menengah. Sekarang dia dah tak boleh nak sertai mana-mana pertandingan sebab dia spm tahun ni.

Azan subuh berkumadang dan Aufa sempat menghabiskan bacaannya. Aufa pun terus letak al-quran di tempat asalnya dan terus dia menunaikan solat subuh.

Selesai solat subuh, Aufa bersiap dengan berpakaian sekolah. Aufa turun bersarapan dengan hati yang gembira. Bila dia nampak Puan Daeira terus dia senyum. Senyuman yang dihadiahkan sangat manis.

“Assalamualaikum umi dan selamat pagi. Umi, sihat?.”Aufa pergi ke arah uminya dan peluk Puan Daeira.

“Waalaikumussalam fa, alhamdulliah sihat.”tanya Puan Daeira kepada anak perempuannya.

“Umi, ayah mana?..”kata Aufa dengan ramah mesra.

“Ayah tengah kejutkan si kembar. Dengar kata tak nak pergi sekolah.”jawab Puan Daeira.

Bunyi tapak kaki dari arah tangga. Aufa dan Puan Daeira terus berpaling ke arah siapa yang turun.

Arkan dan Arsyad yang di tangan ada blazer dan turun bersama sambil berbual tentang hal pejabat atau entah lah. Nampak kusyuk semacam.

Dua orang tu Encik Anas dah suruh mereka berdua ambil alih syarikat kerana Encik Anas dah tua. Lepas je habis degree diorang pun ikut cakap Encik Anas. Dua orang tu memang macam tu kerja nombor satu. Mungkin jodoh letak belakang.

“Amboi, kusyuk nampak!”Puan Daeira sengaja kuatkan suara. Biar anak teruna tu sedar sikit.

“Eh umi, maaflah. Kami berbincang sikit sebab ada masalah dekat office. Umi tahu kan?”kata Arsyad.

“Tahulah, kalau nak berbincang pun duduk dulu tak ke penat berdiri tu. Kesian umi, masak lepas tu anak dia tak makan pun.  Umi sedih kan?”kata Aufa sambil tengok Puan Daeira dan memberi isyarat supaya uminya buat buat sedih.

“Betul tu, penat umi masak sarapan. Kena bangun awal sebab nak buat sarapan tapi tak ada sorang pun nak makan kecuali fa je”kata Puan Daeira dengan nada yang sedih.

“Eh umi janganlah macam ni. Kitorang makan ye umi. Kitorang makan banyak dari biasa. Okey?”kata Arkan.

“Yelah”jawab Puan Daeira.

Aufa tersenyum melihat anak beranak ni. Aufa dengar suara kanak-kanak menangis dari tingkat atas. Dia terus teringat tentang dua si kembar. Terus Aufa lari naik ke atas kerana risau. Sesampai dekat bilik adik kembarnya. Dia terdiam dan mengeluh kerana tiada apa-apa yang berlaku. Rupa-rupanya Encik Anas mengejut dua si kembar. Encik Anas ialah ayahnya

“Ayah..akak..hiks.. anak angun, nak ido...hiks..plwiss ayah..hiks... Akak ngan ayah tak sayang ami ke?..hiks..hiks..”soal Ariq kepada Aufa. Dan Arish mengangguk. Dia bersetuju dengan abang kembarnya.

Ariq ialah abang kepada Arish walaupun mereka kembar tapi jarak masa tu agak jauh kerana mereka berbeza 15 minit. Arish pula dia tak manja seperti Ariq walaupun Ariq ialah abang tapi tiada ciri-ciri abang tu. Bila beraya dekat mana-mana mesti makcik-makcik pakcik-pakcik ingat Arish abang kerana Arish selalu behave. Tak macam Ariq, nakal dia tu tak boleh bawa berbincang.

“Mana ada ayah dengan kakak tak sayang kau orang tapi kena pergi sekolah ni. Nak lewat pergi sekolah ke.?”pujuk Encik Anas. Aufa kagum mempunyai ayah seperti Encik Anas kerana dapat ayah yang pandai pujuk, garang, bermulut manis dan banyak lagilah.

Rasanya Aufa tak dapat nak tulis kerana pergorbanannya amat Aufa kagum. Arkan dan Arsyad tak pandai bermulut manis tapi senyuman tu bolehlah.

Ariq dan Arish memang bermulut manis, ada ke patut diorang cakap bosan sebab Encik Anas ambil lewat. Tak tahulah sebab apa. Si kembar ni boleh pula pergi mengorat anak cikgu. Itu memang tak bermasalah tapi yang masalah tu mereka baru 5 tahun and tahun ni baru 6 tahun.

Diorang tak panggil tadika kerana mereka cakap mereka dah besar sebab tulah kami sekeluarga panggil sekolah.

“Yelah yelah”pasrah mereka dengan membuat muka melebih dari kambing. Aufa memang senang terhibur.

___

Jangan lupa follow, vote comment and share.

⚠️Peringatan!!
- Jangan tiru mana-mana scene.
- Semua idea datang dari fikiran saya.

DAFFA'S SWEETHEART [OG]Where stories live. Discover now