Setelah pujuk memujuk dua si kembar. Encik Anas,Ariq dan Arish serta Aufa berjalan turun menuju ke meja makan.
“Umi!!” jerit Ariq untuk mengalihkan perhatian Puan Daeira daripada membebel dekat abang-abangnya.
Nasib Puan Daeira tak ada sakit jantung. Kalau tidak memang kelam kabut rumah ni risaukan Puan Daeira. Lagi-lagi Ariq yang kuat berdrama. Dekat sekolah memang dia lah yang terpilih yang jadi watak sedih. Tapi kalau dia yang jadi watak yang akan mati, dia akan ketawa. Aufa pun dah tak tau kenapa. Maybe watak yang akan mati bagi dia lawak.
“Ya Allah anak umi dah bangun rupa-rupanya. Kata tak nak pergi sekolah?. Ni dah kenapa turun?.” kata Puan Daeira kerana mereka dah beritahu Puan Daeira semalam yang mereka tak nak pergi sekolah hari ni.
“Entah, semalam punyalah pujuk umi tak nak pergi sekolah. Last last pergi juga.” kata Arsyad dengan selamba. Aufa dan Arkan mengangguk setuju dengan kebenaran yang dinyatakan oleh Arsyad. Mereka bertiga tak sengaja lalu depan bilik dua si kembar sebab kalau nak turun tangga kena lalu depan bilik dua si kembar dulu. Jadi mereka terdengar dua si kembar memujuk uminya.
“Syemalam tu test je. Riq je dah asang niat tak nak pergi kolah inggu epan.(Riq Je dah pasang niat tak nak pergi sekolah minggu depan).” jelas Arish kerana dia nak pergi sekolah sebab dia suka sekolah tu. Dia sejenis yang ramah mesra juga. Tapi hyper tu bila dia dengan Arsyad.
“Alasan je lebih. Jangan percaya sangat umi. Dua orang ni ada je nak tipu.” kata Arkan dengan benar lagi betul.
“Dah lah gaduh. Jom makan sebelum lambat pergi sekolah dan kerja.” kata Encik Anas sambil mengelengkan kepala. Naik pening dia bila anaknya gaduh di pagi buta macam ni.
“Baik ayah!!.” bergegas semua anak-anaknya berkata patuh pada Encik Anas. Puan Daeira pun tersenyum dengan kecomelan anaknya.
***
Sesampai di sekolah. Aufa terus masuk kelas dan duduk di bangkunya. Dia mengeluh kerana sikit lagi nak lambat. Dalam 10 minit lagi pintu pagar utama sekolah akan ditutup.
“Assalamualaikum Aufa.” nak terjerit Aufa kerana terperanjat. Suara lebih dari speaker Masjid.
“Waalaikumussalam dira, lain kali suara tu slow sikit. Terkejut aku.”Aufa menarik nafas dalam-dalam. Rasa macam tak cukup oksigen kerana berlari sebelum jumpa dengan cikgu pengawas yang paling garang dekat sekolah ni. Kalau nak lawan dengan sekolah lain. Siapa cikgu paling garang. Boleh kot cikgu pengawas join. Kalau lewat tadi, mahu Aufa bermain berkejaran dengan cikgu pengawas tu.
“Sorry, aku tak berniat pun nak buat kau terkejut tapi sebab terlalu happy nak jumpa kau. Maklumlah cuti lama. Now we in spm year. Are you ready to score? Hm?.” tanya Nadira sambil mencari sesuatu dalam begnya.
“I'm not sure.“ jawab Aufa. Tersedak Cahaya yang mendengar perbualan antara mereka.
“Seriously? Ni bukan Aufa yang aku kenal. Aufa yang aku kenal, dia akan study dari awal tahun hingga nak exam nanti.” kata Cahaya. Nadira mengangguk kerana betul. Aufa seorang yang macam yang dikatakan. Tapi sekarang Aufa memang nak explain tapi diorang macam tak nak bagi.
“Wo wo. Relaxlah dulu. Dengar dulu apa nak dikata. Jangan buat andaian sendiri atau fikir yang bukan-bukan. Kita dah tahu dia budak top 1 dalam batch. Fikir lah positif sikit.” kang dah kena ceramah tu. Nafeeza memang tak suka orang yang fikir negatif pasal orang lain. Jadi kalau dia dah start ceramahnya sampai rehat pun tak habis tapi bila dapat menghadam kata katanya. Kita akan suka.
“Aku bukan malas nak study macam yang korang fikirkan tapi Nadira tanya aku boleh score tak untuk spm. Aku jawab lah tak sure. Mana ada orang yakin dapat straight A dalam spm even exam mana mana.” jelas Aufa.
“See?. Kan aku dah cakap.” kata Nafeeza.
“Bangun!!.” suara ketua kelas mengalih perhatian semua murid dalam kelas 5 Putra. Mereka sekelas pun duduk tempat masing masing untuk bersedia untuk memulakan pelajaran.
***
Jarum jam berhenti pada pukul 10:45 iaitu masa rehat form 4 dan form 5. Selepas sahaja ucap terima kasih kepada cikgu mata pelajaran. Semua dah lenyap dalam kelas ni. Dah waktu rehat memanglah. Tinggal mereka berempat je. Semua bawak bekal even biskut, roti dan makanan ringan yang lain. Bagi mereka cukup buat alas perut je. Nadira, Cahaya dan Nafeeza datang ke meja Aufa. Dah menjadi rutin harian di sekolah.
“Nak tak kita pergi mall lepas balik sekolah?.” cadang Cahaya.
“Boleh juga. Aku rasa nak pergi book store. Rak tak penuh lagi.” Aufa setuju. Dia ada mini library. Yang diwujudkan ketika dia mula membaca.
“Korang berdua?.” Aufa dan Cahaya pandang Nadira lepas tu Nafeeza. Aufa mengangkat sebelah keningnya.
“Boleh juga aku nak enjoy sebelum spm.” kata Nadira.
“Aku on je. ”kata Nafeeza.
***
Bang!
Bunyi ketukan pintu biliknya membuatkan Azryl terbangun dari tidurnya. Dia dah lah penat. Baru balik dari kem. Baru beberapa jam dia tidur. Tidur pun tak cukup.
Dia dah tahu siap yang kacau dia bila dia balik. Siapa lagi abangnya, Affan Darwisy. Dah macam musuh tapi tak seperti dia dengan orang lain. Dia tahu nak jaga hubungan sesama keluarga. Dia dah diajar oleh kedua ibubapanya.
“Apa?!” rasa nak marah tapi kena sabar. Azryl mengucap.
“Nak masuk boleh?!.” menjerit tu dah kenapa. Cakap elok-elok tak boleh ke. Kata Azryl dalam hati. Kalau dia marah mahu kena ceramah dengan ibunya. Pagi buta bertekak je kerja.
“Masuk aje lah. Jangan nak menjerit. Kang terbangun jiran sebelah. Dia marah kau. Padan muka. Aku cuma nasihat je.” setelah Affan masuk. Azryl bagi sikit kata- kata semangat.
“Penatnya!!” jerit Azryl sambil menekup mukanya dalam bantal. Tak nak bagi jiran dengar katanya.
“Nak mati awal ke hah?” gila agaknya adiknya ini.
“Baik aku mati daripada hadap kau.” dengus Azryl sambil bangun nak solat.
“Dah kau keluar. Aku nak solat. Shuh. Shuh.” Azryl halau Affan macam halau setan.
“Ye. Ye. Aku keluar. Pergi solat. Jangan lupa teman aku pergi mall nanti tengah hari.” pesan Affan pada adiknya.
“Baiklah abang kuh. Dah pergi keluar.” sambung halau si Affan setan.
___
Jangan lupa follow, vote, comment and share.
⚠️Peringatan!!
Jangan tiru mana-mana scene.
Semua idea datang dari fikiran saya.
YOU ARE READING
DAFFA'S SWEETHEART [OG]
Romance"Tolong!! Ada peragut!!" Panik Aufa apabila beg tangannya diragut tapi dia melihat seseorang yang mengejar peragut membuatnya mengeluh. Dia tak tahu sama ada orang itu tolong dia atau tidak. "Awak punya kan?"-AZRYL DAFFA "Ye saya punya.. Terima...