Perjalanan terlalu sesak membuatkan Aufa bosan. Dia salah tarikh. Patutnya semalam lagi dia nak balik. Tapi apakan daya, kerja kan.
Dia mencapai telefonnya. Dia ingin menyampaikan pesanan ringkas kepada ibunya.
Aufa
Assalamualaikum umi.Umi
Waalaikumussalam, kenapa tu?.Aufa
Aufa dalam perjalanan balik ni.Umi
Oh yeke. Agak-agak sampai pukul berapa dekat sini?.Aufa
Dalam pukul 7 pagi macam tu.Umi
Bawa kereta elok-elok.Aufa
Tak apa lah umi. Aufa nak pandu kereta ni. Nanti Fa call ye.Umi
Baiklah.
“Bosannya. Ya Allah, aku nak buat apa lagi ni. Dah lah sendu. Kalau jadi macam Nadira kan best, ada suami nak hai hai bye bye.” resah Aufa. Sambil menyimpan kembali telefonnya“Kalau lagu galau-galau kan best. Tapi tak nak lah. Aku tak broken aku happy. Tapi nampak fake sangat lah.” dia menerbitkan senyuman yang palsu. Terus dia buang senyuman palsu itu jauh-jauh.
Aufa berpaling kiri kanan. Tiada apa-apa. Dia cuba membuka dashboard. Pent drift dijumpai. Apa lagi dia pasang pada car multimedia player.
Lagu yang dimainkan adalah sangat random. Lagunya ialah...
“Terbaring lagi di taman~”
“Tak sama siapa keseorangan~”
“Tidakkah kamu rasa keletihan~”
“Berlari berkejaran dalam fikiran~”
Aufa yang bosan tadi kembali tersenyum. Rasa macam something yang tak pernah dia rasa. Macam jatuh cinta?.
***
Pukul 4 pagi, Aufa baru sahaja sampai depan rumah Encik Anas dan Puan Daiera. Aufa mengambil masa untuk rehat sekejap. Perjalanan tadi boleh tahan jamed. Dia lupa yang dia ambil cuti pada hari cuti sekolah.
Dia matikan enjin kereta. Dia keluar dari keretanya.
“Smart lah kau, Ravin. Ni bertambah sayang ni.” kata Aufa sambil menepuk lembut atap keretanya. Beg diambil. Dia atur langkah ke dalam pintu utama rumah Encik Anas dan Puan Daiera.
Tok! Tok!
“Assalamualaikum. Ayah umi.” menunggu orang yang berada di dalam membuka pintu. Dia sudah pun menghantar pesanan ringkas kepada semua ahli keluarga semasa dalam perjalanan yang terlalu sibuk.
Pintu dibuka dari dalam. Ternampak Puan Daiera yang sudah bangun dari tidur. Rasanya umi dia tersalah tengok hari ni. Uminya ini suka sangat buat bekal untuk anak-anaknya. Dah boleh cop jadi chef. Bak kata Puan Daiera, 5 jam je tidur. Selebihnya buat apa yang kita nak buat janji kita bahagia.
Kalau hari sekolah atau bekerja, Puan Daiera akan bangun awal daripada selalunya, lepas itu dia masak lah sarapan dan bekal untuk Ariq dan Arish. Si kembar tidak suka makanan yang dijual di sekolah kerana banyak minyak, tidak berkhasiat dan setiap hari menu yang sama.
Walaupun umur sudah pun 13 tahun. Mereka masih mahukan bekal dari Puan Daiera. Maklum lah air tangan ibu. Setiap hari mesti berlainan menu.
“Waalaikumussalam. Eh fa. Bila sampai?.” tanya Puan Daiera dengan terkejut. Kata Aufa, dalam pukul 7 baru sampai.
YOU ARE READING
DAFFA'S SWEETHEART [OG]
Romance"Tolong!! Ada peragut!!" Panik Aufa apabila beg tangannya diragut tapi dia melihat seseorang yang mengejar peragut membuatnya mengeluh. Dia tak tahu sama ada orang itu tolong dia atau tidak. "Awak punya kan?"-AZRYL DAFFA "Ye saya punya.. Terima...