Terbuntang matanya apabila merasakan ada orang sambut dia dari jatuh ke bawah.
Terkejut Aufa ingat siapa lah tadi. Nasib si Xia sambut. Kalau Azryl yang sambut dia tadi memang dapat siku dari dia. Dia tolak tangan Xia. Nanti ada yang cemburu pula. Siapa lagi kalau bukan Zhang tu lah.
“Kau ok tak ni? Demam ke? Sakit ke? Cakap lah nanti senang aku nak cakap dekat tuan yang kau tak boleh join buat masa ni.” tangan naik tarik tudung Aufa ke belakang sedikit untuk memudahkan dia menyentuh dahi Aufa. Disentuh dahi Aufa. Panas. Bibir pula pucat.
“Kau demam ni Aufa.” risau.
“Eh, tak apa lah. Aku okay je ni. Lagi pun lepas ni kan ada climbing wall. Aku nak juga naik sampai dekat atas.” tengok lah budak ketot kita ni. Degil lah.
“Aku tahu kau suka memanjat. Tapi kau tu tak boleh kalau tinggi yang melampau lah. Kalau dah naik bukan turun ikut tangga, kita turun ikut wall tu.” Xia menarik Aufa ke khemah tapi dihalang. Kepala Aufa digeleng yang dia tak nak. Dia nak sertai pelajar-pelajar lain.
“Tolong lah Xia. Aku nak join jugak. Tak nak lah kalau datang kem aku sakit je. Tak syok lah.” ha kan dah berbunyi tu. Mengadu je memanjang.
“Kalau aku cakap tak boleh?”
“Aku nangis.”
“Try lah. Aku nak tengok.” dia tak percaya. Aufa mana nak dia nangis depan orang. Lagi-lagi dengan orang ramai. Lambert lagi.
Mata yang sudah berair. Sekali dikedip, air mata meluncur ke pipi. Ha sudah. Aufa dah nangis. Alamak!!.
“Eh Aufa. Kau jangan lah sampai teresak-esak.” melihat bahu Aufa terhinyut-hinyut. Ha ha tak tayok Xia buat.
“Dah lah nangis. Aku minta maaf.” lain macam mood orang piyed ni. Dia tahu dia bersalah. Dipeluk erat tubuh Xia. Xia hanya diam. Itu salah satu perkara kalau Aufa datang piyed.
“Xia.”
“Hm” mata pandang tempat lain.
“Boleh kan kalau aku nak join aktiviti hari ini?. Aku janji, ni last aku degil. Please.” dipinta. Xia dah macam seorang kakak dalam circle ini.
“Fine! Tapi ni last kau buat perangai.” mata emerald dipandang dengan tajam untuk memastikan bahawa Aufa tidak mungkiri janji mereka kali ni
“Ye, aku janji.”
***
Climbing wall dilihat dengan berminat. Ya dia mahu ambil kesempatan yang dia tak akan dapat kalau dah balik nanti. Biasalah umi ayah sibuk.
Kesihatan dia letak dekat belakang. Apa-apa jadi dia serah kepada Allah. Dengan rasa gembira yang ada dalam dirinya.
“Aufa.”
“Ye?.”
“Kau siyes ke nak cabar diri kau yang tak sihat mana tu?.” bisik Xia. Menyesal pulak dia izinkan tadi.
“Ye lah. Kenapa?.”
“Aku bukan apa. Aku risau je....” tak sempat Xia nak sambung.
“Ok everybody. Look here. Here we are at next activity. A experience activity will be your memory soon right?” alah bahasa english pulak. Mengaru kepala lah si Cahaya. Budak tu bukan tak pandai. Dia tak faham.
“We will climb this wall and we also will go down the wall with the help of a rope.” ada yang angguk dan ada yang diam.
“Ok kita naik beramai-ramai dan turun berdua atau individu.” boleh aje berbahasa melayu. Ingatkan penjajah tadi.
YOU ARE READING
DAFFA'S SWEETHEART [OG]
Roman d'amour"Tolong!! Ada peragut!!" Panik Aufa apabila beg tangannya diragut tapi dia melihat seseorang yang mengejar peragut membuatnya mengeluh. Dia tak tahu sama ada orang itu tolong dia atau tidak. "Awak punya kan?"-AZRYL DAFFA "Ye saya punya.. Terima...