BAB 6

66 24 0
                                    

“Tak baik cakap macam tu. Kan umi ayah dah cakap. Jangan buat orang sakit hati dengan apa yang kita cakap. Jangan pernah nak hukum seseorang atas perbuatan atau percakapan dia, sifat yang dia ada dan rupa paras dia.” suara itu membuatkan ke semua yang berada di ruang tamu berpaling.

Kelihatan Arkan yang berjalan menuju masuk ke dalam rumah. Mata memandang tajam ke arah Ariq.

Arsyad mengiringi Arkan untuk masuk terus menghalang pandangan tajam yang dituju kepada Ariq.

“Mulut tu. Jangan main lepas je. Kecik kecik dah pandai.” Aufa berbisik kepada Ariq sebagai amaran.

‘Kecik besar kecik besar aku tengok budak ni.’ dengus Arsyad dalam hati. Apa boleh buat kalau dah nama adik.

Naik bulu roma Ariq apabila dilihat begitu. Dia tahu dia terlepas dan tersilap cakap.

“Maafkan Riq, ya along?.” Ariq minta maaf sambil menunduk.

“Bukan minta maaf dengan abang tapi dengan Kak Li. Minta maaf dengan dia. Ariq dah buat dia terasa hati tau. Jangan tangguh kalau nak minta maaf.”

“Baiklah along.” tempat Zhang duduk dituju.

“Kak Li. Maafkan Riq ya? Riq janji, Riq tak akan sakitkan hati akak lepas ni.” sambil mengangkat tangan seperti sedang berikrar. Terus dia menyalami Zhang. Perbuatan itu selalu dibuat kalau kesalahan dilakukan.

Senyuman yang terbit di wajah Zhang, terus dia padam kerana apabila dia berada bersama orang luar yang dia kenal atau tidak, sifat yang dia tunjuk adalah sikap dingin dan menakutkan.

“Tak nak.”

“Alah, kak Li jangan lah cam ni.” nampaknya pujukan Ariq tidak diterima. Air mata mengalir turun di pipi.

“Orang lain terasa hati, orang lain menangis. Adik siapalah nih.” Arsyad bersuara.

“Ok ok. Kak Li maafkan. Janganlah menangis. Akak main-main je.” serba salah menyelubungi diri.

“Pomise ok? Angan majuk or mayah ok?.” melihat jari kelingking Ariq yang dijadikan pinky swear untuk berjanji. Zhang turut melengkapi jari tersebut.

“Promise. Kak li tak akan mungkiri janji.” senyuman dihadiahkan kepada kanak-kanak itu membuatkan senyuman manis terbit di wajah Arkan.

Memang tak sah kalau yang lain tak masuk campur di setiap situasi yang menerbitkan rasa membara mahupun sedih. Batu Api.

***

Setelah rakan-rakan Aufa bergerak pulang. Aufa terus menuju ke biliknya untuk membersihkan diri.

Selesai sahaja membuat kewajipan. Meja makeup di tuju. Aufa termenung melihat mukanya dan warna mata yang tak menyerupai ayah, umi dan yang lain. Adakah dia anak angkat atau anak pungut atau anak haram?. Pertanyaan yang bermain di kotak permikiran.

Mahu tanya ayah dan umi takut mereka terasa. Tapi dia nak tahu apa yang dirahsiakan. Mungkin ayah dan umi nak beritahu tapi sekarang bukan masanya kut. Dia mula fikir positif.

Iris matanya ditenung lama pada cermin di hadapannya. Warna emerald green yang membuat wajahnya berseri. Perkataan yang dapat dikatakan ialah seimbang kerana tingkah laku sesuai dengan kecantikan.

Tok! Tok!

Terus Aufa sedar dari lamunan. Pandangan dibawa ke pintu. Aufa hanya senyap.

“Assalamualaikum tuan puteri yang berada di dalam. Bolehkah patik masuk?.” kenal dah suara siapa.

DAFFA'S SWEETHEART [OG]Where stories live. Discover now