Suasana riuh-rendah yang membingitkan telinga, tapi tidak bagi Aufa. Matanya hanya menajam ke arah tetamu utamanya.
“Aufa.” Puan Daiera yang sedari tentang tu.
“Ya umi.” jawab dengan malasnya.
“Ni lah orang yang umi nak jadikan calon menantu tu. Aufa kahwin lah dengan dia.” kata Puan Daiera membuatkan Puan Dayah terkejut tapi dalam masa yang sama gembira.
Aufa terasa seperti dipaksa untuk kahwin dengan pilihan Encik Anas dan Puan Daiera.
“Apa ni umi. Aufa dah pesankan stop cakap hal ni. Aufa tak nak dengar lagi dah. Kalau umi nak Aufa turut apa yang umi nak, Aufa boleh buat tapi jangan paksa.” dia hanya mampu menunduk apabila dia dengar perkara itu. Encik Anas hanya diam tak terkata dan sudah tahu perkara ini akan jadi.
“Aufa Dareen. Kau tahu kan kau bercakap dengan siapa sekarang ni?.” marah Arkan yang melihat perangai adiknya serta-merta berubah.
“Aufa tahu lah abang. Aufa sedar.” masih menahan sabar. Aufa bangun dari duduknya, terus dia keluar ke kebun kecilnya. Kalau lama-lama dia berada di situ, tak tahu lah apa jadi.
“Azryl. Maafkan aunty ya.” ujar Puan Daiera.
“It's ok aunty.” senyum.
“Azryl Daffa.” tegur Puan Dayah.
“Baiklah mama.” dia faham akan maksud Puan Dayah.
“Ryl minta diri dulu ya. Tumpang lalu.” Azryl bangun dari duduknya dan meminta diri untuk menghilang.
***
Aufa berada di gazebo yang bersih. Rasa sakit di hati masih belum reda. Dia tak boleh terima kalau semua orang paksanya buat perkara yang dia tidak suka.
“Dareen, boleh saya duduk sini?.” tanya Azryl dengan sopan.
Aufa menggangguk. Cepat-cepat Aufa menyingkir air mata yang tersisa di kedua belah pipinya. Azryl senyum lalu duduk di sebelah Aufa.
“Dareen, awak masih marah ke?.” tanya Azryl.
“Apa yang awak nak? Saya dah cakap tak nak kahwin dengan awak. Saya boleh cari calon sendiri.” ego seorang Aufa.
“Awak tak rasa ke yang pilihan kedua ibu bapa ni yang terbaik? Bagi saya pilihan tu lah yang terbaik.” kata Azryl dengan lembut.
“Kenapa awak rasa macam tu?.” tanya Aufa dengan panas hati secara tiba-tiba. Hati dia tak ada orang yang boleh tahu kecuali tuhan.
“Awak kenal Hareez kan? Dia pernah ada kekasih, tapi dah lama berputus.” tanya Azryl sambil memandang pokok bunya kertas.
“Leftenan Hareez ke?.” soalan berbalik soalan.
“Iya. Nama bekas kekasih dia, Diana kalau tak silap saya lah.” muka Aufa semakin merah.
“Kenapa awak ingat sangat pasal 'bekas kekasih' Hareez tu? Ni lah malas nak kahwin dengan orang yang tak ada hati perut and tak kesah pun pasal 'bakal isteri' dia tu. Hati kita ni tak ada pulak dia nak fikir sakit ke patah ke hancur ke. Sibuk dengan orang lain rupanya. Mesti si Diana tu pernah jadi kekasih awak kan? Sebab tu awak nak sangat buka mesyuarat tingkap pasal tu dekat sini.” selesai berkata-kata, Aufa dengan cepat hembus nafas.
YOU ARE READING
DAFFA'S SWEETHEART [OG]
Romance"Tolong!! Ada peragut!!" Panik Aufa apabila beg tangannya diragut tapi dia melihat seseorang yang mengejar peragut membuatnya mengeluh. Dia tak tahu sama ada orang itu tolong dia atau tidak. "Awak punya kan?"-AZRYL DAFFA "Ye saya punya.. Terima...