Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 185:
'Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu, siapa yang dijauhkan daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terperdaya.'
Daniel jeda di situ, macam-macam perasaan sedang bercampur baur sampai dia sendiri tak tahu apa yang dia sedang rasakan sebenarnya. Yang dia tahu, perasaan ini berat, berat dari segala beban yang dia tanggung.
Pandangan diangkat memandang kearah Megat Danish. Lelaki itu juga hanya menekur kearah tanah merah yang sudah terkambus. Danish tiba dari Perancis kurang dua jam lalu. Daniel tak ralat, sekurang-kurangnya Danish sempat jadi orang-orang terakhir yang bawa jasad ayah mereka ke liang lahad.
Sejak dua jam lalu, tiada riak sedih. Tiada air mata yang mengalir. Daniel sendiri tak tahu apa yang berada didalam fikiran adiknya tapi tak pelik, hubungan mereka dengan Megat Darrius tak pernah baik persis seorang bapa dan anak. Itu menyebalkan.
Tiba-tiba, memori lebih 10 tahun lalu muncul di ruang fikiran.
"Darrius!"
Kaki Daniel yang ingin melangkah keluar dari kawasan parkir terhenti bila nama itu bergema didalam ruang yang tertutup itu. Kepala ditolehkan kearah dimana suara itu hadir, disitu ada papanya dan juga seorang wanita yang Daniel langsung tak kenal.
Seketika, dia melihat papanya menarik kasar wanita yang sedang sarat mengandung itu ke belakang tiang besar. Namun dari posisi dia sekarang, masih jelas kedudukan dua manusia itu. Daniel kekal.
"You nak apa datang sini? Dah gila?"
"Memang I dah nak gila. Darrius, I nak you bertanggungjawab juga atas anak ni,"
Rahang Daniel terketap saat suara wanita itu menembusi gegendang telinga. Penumbuknya dikepal.
"Ini anak haram. You gila ke nak I tanggung anak haram? You lupa I ni siapa?"
"Tapi anak ni anak you, Darrius!"
"I dah suruh you gugurkan kandungan tu dulu kan? Siapa yang degil?"
"You nak suruh I gugurkan anak you sendiri?"
"Kau nak duit kan? Aku bagi kau duit dan aku nak kau berambus dari hidup aku dengan anak haram yang kau kandungkan tu. Dasar perempuan jalang!"
"Berambus!"
Papa mula melangkah pergi.
"Kalau you tak nak bertanggungjawab, I akan beritahu semuanya pada Tengku Fadira."
Terhenti.
"Kau nak ugut aku ke?" Belakang leher wanita itu dicengkam.
"Kau ugut aku ke perempuan sial?!" Bergema suara lelaki itu dikawasan parking yang sunyi.
Siapa sangka, itulah sifat sebenar yang tersembunyi disebalik kesetian seorang suami kepada isterinya.
Tubuh wanita itu ditolak kuat ke dinding. "Sebelum kau buka mulut jijik kau pada isteri aku, aku akan pastikan aku bunuh kau dulu."
"Kau memang cari nahas! Kau fikir kau siapa? Kau layak ke nak paksa aku untuk bertanggungjawab untuk anak yang ada darah perempuan kotor macam kau?"
"Aku bagi amaran, Zenya. Jangan cari masalah dengan aku."
Papanya akhirnya berlalu meninggalkan wanita itu sendirian di ruang parkir itu.
Daniel masih kekal di posisi yang sama. Memandang tepat kearah wanita yang sedang menangis kuat sambil sebelah tangan memegang perutnya dan sebelah lagi memegang leher yang dicengkam Megat Darrius tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Book 4 : Seduction
RomanceMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...