BAB 12

31 4 0
                                    

'Hidup memerlukan perjuangan sama seperti manusia memerlukan dua orang dapatkan cinta'

ERDIANA sudah meminta beberapa orang suruhan nya yang dipercayai untuk menyelidik tentang seorang perempuan yang seharusnya layak menjadi madunya ,gadis itu masih belum berpunya dan pernah putus tunang jadi ini adalah kesempatan untuk dirinya mempersuntingkan gadis seperti itu. Niat nya hanyalah untuk dapatkan keturunan dari gadis itu anda gadis kecil itu dapat melahirkan anak dari benih suaminya satu anugerah yang besar dan bermakna kerana dapat melihat suami yang ia cintai sudah bergelar seorang ayah itu impian dia sejak ia tahu ia tidak dapat mengandung kan lagi zuriat sang suami.

Cinta ! Tipu lah kalau dia tidak cintakan Noah Qidran kerana lelaki itu adalah cinta pertamnya dari sekolah rendah lagi sehingga kini kerana kekurangan yang ia ada rasanya dia perlu lakukan dan korbankan cinta nya untuk masa depan sang suami.

' Ya Allah bantu lah hamba mu ini ' bisik hati kecil Erdiana.

"Assalamualaikum,Kak Erdiana"
Sapa ramah seorang perempuan yang sudah lama ia tunggu. Hampir 3 bulan dia cuba berbaik dan mengikat akan silaturahim dengan gadis ini walaupun tak rapat tapi ia bersyukur kerana gadis kecil itu terbuka. "Waalaikumusalam, Eileen . Maaf lah akak ajak jumpa mendadak macam ni!"

Gadis kecil itu tersenyum nipis " it's okay Kak,dekat kedai pun tak ramai mana pelanggan. Kenapa akak nak jumpa dengan saya!" Soal Eileen .

"Eileen sebelum tu akak minta maaf terlebih dulu sebab akak rasa macam tak layak dalam hidup Eileen nak urus your personal life tapi akak perlu cakap jugak . Macam ni Eileen akak nak melamar Eileen untuk suami akak !"

"Jadi Madu akak , Eileen!" Terkelu lidah Eileen dibuatnya.

Matanya melotot mendengar perkataan madu dan melamar dirinya.

"Madu ! Are you kidding me Kak Erdiana ,ini-"

"Please Eileen , akak sanggup buat apa saja asalkan Eileen sudi jadi Madu akak, ye Akak tahu akak orang luar yang selamba minta Eileen jadi isteri kepada suami akak atas sebab tertentu. Akak dah cuba bermacam-macam cara untuk dapatkan Zuriat tapi Allah tak izinkan lagi akak mengandung Eileen!" Serba sedikit Eileen melihat ada cairan putih jernih mengalir membuatkan hatinya sedikit tersentuh.

"OMG Erdiana , tidak sangka aku dapat jumpa perempuan mandul macam kau dekat sini . " Zappp

Eileen yang dengar merasa panas hati dengar bila orang hina tanpa tak berfikir panjang " Ini mesti perempuan yang akan jadi bahan uji kaji suami kau kan, sudah -sudah lah Diana oi buat macam tu risau budak ni pun sama macam kau dan Adira. Buat malu je jadi perempuan kalau tak mampu mengandung. Kau tengok aku anak dah 4 tahu. Ini esok lusa mana tahu aku mengandung putih lah mata kau . " Gelak perempuan itu dengan nada sinis serta bangga.

Erdiana menunduk lemah mendengar hinaan itu dia akui yang dia tak mampu berikan Noah Qidran anak namun bukan salahnya. "Siapa kau nak judge ciptaan tuhan. Biar pun dia tak boleh mengandung itu bukan masalah pada kau. Yang kau panas kenapa , tak reti bersyukur jadi manusia kalau dah tahu mengandung diam sahaja bukan kau seorang je boleh mengandung ramai lagi yang ada 10 anak . Kau yang baru 4 dah berlagak macam mampu lahirkan anak banyak -banyak. " Makin dia diam makin melampau perempuan ini walaupun dia tak kenal tapi bagi dia perempuan seperti ini tidak hak untuk cakap macam tu.

"Setidaknya aku boleh mengandung tak macam dia ,mandul. Rugi jadi perempuan !"

"Dia bukannye goda suami kau pun sampai dia nak rugi. Setidaknya dia cantik pandai mendiri kau errr anak 4 dah macam mak cik bidan jual karpet, orang lain pun beranak pinak boleh jugak jaga penampilan kau anak 4 . Daki sana sini. " Ramai lagi yang jadi janda selepas kena cerai,bukan main cantik pandai jaga.

"Biadap punya budak ,Diana kau kutip mana budak ni. Tak reti hormat orang tua ,kau belum ada anak kau tak akan tahu pun macam mana perasaan jaga anak semua tu. Itu pun kalau kau tak mandul macam dua perempuan tu lah."

"Kau nak tengok ke aku mengandung entah -entah anak aku lagi ramai dari kau lah . Kau pergi balik cermin muka,bagi muka tembok kau tu jadi elok sebelum nak ceramah orang. Rezeki orang sibuk pulak nak menyemak bukan nya tumpang rezeki anak-anak kau pun"Eileen pun tak kalah membalas lawannya itu sakit hati betul tahu dengan perempuan macam ni.

Kau perempuan sepatutnya tahu perasaan perempuan yang tak mampu bagi zuriat ini tidak hina. Ingat hinaan tu boleh kenyang ke, dasar manusia tak ada otak.

"Dasar budak mentah ishhh " geram pulak Melina terus dia beredar tak pasal-pasal dia pulak yang makan hati dengan kata-kata Eileen.

"Apa masalah perempuan ni pun tak tahu , aish Akak memang selalu ke kena macam ni"Erdiana tersenyum hambar.

"Akak dah biasa Eileen,bagi akak mungkin betul apa yang diorang cakap ,akak memang tak sempurna sebab tu kena macam ni tapi akak redho dengan ketentuan Allah. Akak cuma mampu tawakal dan sabar tunggu jawapan dari Allah" lembut namun dia tetap terasa dengan kawannya itu , Eileen melihat terus mengetap bibir macam mana ye, perlu ke dia kahwin dengan Noah Qidran lelaki yang ia tak cinta. Dan kalau dia pun mandul juga macam mana Ya Allah tolong lah hamba mu ini .

"Akak minta maaf libatkan Eileen dalam masalah rumah tangga akak,kesian Eileen terlibat sama" dia malu Bila kawannya itu menyebarkan aib sebegitu rupa.

"Jangan risau akak, Eileen okay sahaja. Untuk permintaan akak boleh bagi Eileen masa dulu untuk Eileen pikir sebab bukan mudah untuk Eileen sebenarnya." Dia jadi ragu apakah dia akan dapat nasib yang sama seperti Erdiana kerana tidak kunjung hamil kenapa perempuan yang akan kena hina bila tidak mampu memberikan anak kepada sang suami.

Bagaimana dengan suami yang mandul tidak adil wahai dunia.

THANK FOR READING

MRS NOAH QIDRAN | 32Where stories live. Discover now