Robbi habli milladunka zurriatan toyyibah, innaka sami'uddu aa'
"NO sayang!"
Dengan sepantas kilat Noah Qidran menolak tawaran yang diajukan kepadanya , dia belum gila untuk terima permintaan sang isteri "Abang ,kali ini sahaja buat demi cinta kita . "Dulu dia pun cakap benda yang sama sekarang ni pun masih sama.
"Tak cukup ke dengan cinta abang tunjuk kan dekat Sayang sampai sayang nak suruh abang kahwin lagi. Adira tu pun abang masih belum cintakan dia inikan perempuan lain. Abang tak nak hidup perempuan tu disia-siakan!" Noah Qidran cuba menolak secara halus tak nak nampak sangat.
Erdiana memeluk pinggang sang suami "cukup abang, sayang tahu abang kahwin dengan Adira sebab Sayang dan untuk kali ini sahaja Abang buat demi anak abang pulak. Sayang nak rasa jadi ibu Abang. Kalau hasilnya sama lepas tu sayang tak akan paksa abang untuk menikah dengan mana-mana perempuan lagi lepas ni. " Noah Qidran mengusap tangan isterinya dengan lembut.
"Sayang . Abang tak mampu untuk kahwin lagi mungkin harta dan kekayaan abang cukup boleh tampung 1 hingga 5 bini tapi abang tak boleh berbagi cinta dengan perempuan lain walaupun itu isteri abang jugak. Sesak nafas Abang sayang. "Dia berharap yang Erdiana akan memahami akan kesulitan yang ia rasakan ,mungkin lelaki lain suka menikah lebih tapi tidak baginya kerana ia setia pada yang satu namun Erdiana seolah mendesak .
Apa mungkin perasaan rindu ingin menjadi ibu. Dia semestinya ingin memiliki anak tapi dari rahim perempuan yang ia cintai sahaja. Bukan perempuan sembarangan. Dia yang paksa Noah Qidran menikah kenapa dia perlu cemburu sedangkan ia tahu risiko yang akan terjadi nanti hanya kerana Allah dia cuba memainkan peranan sebagai isteri yang kuat dan tabah walha hakikatnya dia masih seorang perempuan serta isteri yang masih ada rasa cemburu dan iri melihat suami melebihi perempuan lain daripada nya.
Sakit melihat suami dekat dengan perempuan lain apatahlagi tidur sebantal masyallah hancur hati namun kerana anak dia cuba jadi manusia yang tabah serta mendorong sang suami untuk gapai hasrat. Dia gagal kerana tidak mampu jadi isteri yang sempurna untuk Noah Qidran dan dia tidak ingin gagal dalam pernikahan ini.
"Erdiana sayang, anak adalah satu rezeki daripada Allah tanpa anak pun kita akan tetap bahagia . Andai Allah takdirkan untuk kita berdua sampai hujung nyawa pun saya ok je sayang. Asalkan cukup ada awak yang jadi satu-satunya cinta pertama dan terakhir saya hingga ke syurga." Noah mencium dahi Erdiana bertapa ia mencintai Erdiana sehingga dia sanggup buat apa sahaja tanpa meluka kan hati isterinya itu.
"Tapi kalau ada anak mungkin hidup kita akan lebih ceria kan abang, tangisan budak memang bising tapi ia suasan yang takkan selamanya sayang dapat sampai sayang mati. Sayang percayakan abang yang mampu berlaku adil, abang tahu asas agama abang tahu erti poligama. Erdiana cuma nak merasa jadi seorang ibu walaupun bukan dari sayang tapi benih abang. Umur kita semakin tua abang bukan muda please abang tunaikan sekali lagi permintaan sayang!" Erdiana seakan putus asa dia melepaskan tangan dari gengaman sang suami.
Noah Qidran lelaki yang ia percaya akan sentiasa tahu apa yang terbaik. Melihat wajah sang isteri Noah Qidran tidak sanggup dia memeluk Erdiana erat .
Noah Qidran turut buntu sebenarnya apakah dia perlu wujudkan permintaan Erdiana atau tidak kerana ia tidak tergamak mahu menolak permintaan perempuan yang sudah ada dengan dia dari tiada apa sehingga dia berjaya atas berkat usaha,dorongan serta doa.
Tapi macam mana kalau perempuan yang dia nikahi itu sama seperti Adira iaitu isteri keduanya . Dia akan merasa dia yang gagal .
Atau mungkin dia perlu belajar dari takdir.
DRING!
panggilan telefon masuk laju Noah Qidran "Hello Dira kenapa!"
"Assalamualaikum Abang, lupa nak cakap lusa Dira dah balik boleh ambil dira tak dekat Airport . Lagipun nanti kan jatah Dira boleh kita singgah mana -mana hotel !" Riang suara Adira.
"Waalaikumusalam ,boleh nanti Dira book je hotel tu ok. Kalau takde apa-apa Abang tutup dulu take care"
Terus dia menoleh ke arah Erdiana "Adira dah balik eh!"
Noah Qidran mengangguk " tak apa lah Sayang balik rumah dulu, abang jangan balik lambat ye esok abang last dengan Sayang."
Seminggu sudah dia bersama Erdiana mestilah dia perlu duduk dengan Adira seminggu juga itu namanya adil dan saksama. Kerana Adira yang ikhlaskan hak dia kepada Erdiana jadi Erdiana pun kena buat benda yang sama. Sama !
Tak boleh atau pun kurang kena lah,sebagai seorang suami kita perlu bijak mengawal kedua isteri kita , Alhamdulillah semuanya sempurna.
•••
TUAN ISA menatap wajah perempuan nya seakan tidak percaya dengan apa yang dilontarkan oleh Eileen "Poligami itu bukan Sunnah Nabi, Eileen ! Papa tak nak kamu terlibat dalam rumah tangga yang tak sihat lebih-lebih lagi lelaki yang kamu nak kahwin tu memiliki isteri lebih daripada satu.Hukum poligama hanya dibenarkan bukan Sunnah "Tuan Isa tahu lelaki boleh menikahi perempuan lebih daripada satu namun dia tak nak anaknya terlibat dalam hal seperti itu dia sendiri tidak mampu melihat tangisan isteri dia menunggu dirinya pulang ke rumah inikan melihat diri dia tidur dengan perempuan lain Ya Allah minta jauh.
Eileen menghembus nafas dia tahu akan sukar mendapat restu kedua ibu bapanya kerana ini bukan kehendak dirinya. Mana mungkin dia mahu menikah dengan lelaki yang sudah mempunyai isteri ,seakan dia ini adalah penyondol yang menghuru harakan rumah tangga yang telah dibina lama.
"Papa ,Mami Eileen buat ni ada sebab nya juga bukan saja-saja Eileen nak menikah dengan lelaki yang ada isteri. Perempuan baik tak akan ada yang mahu menjadi kedua mahupun ketiga Papa. " Ujar Eileen dengan tegas.
Apa yang Eileen tahu tiada seorang pun perempuan yang mahu dipoligami ,beza isteri beza rezekinya . Dia bukan ulat bulan yang suka-suka masuk ke dalam rumah orang yang sudah ada penghuni takut jikalau orang di dalam rumah tahu dan membuang dirinya ke tempat lain.Daripada jadi perempuan simpanan lebih baik dinikahi dia tidak tahu akal fikiran perempuan sekarang tapi dia hanya satu ingin mengetahui adakah dia mampu mengandung atau tidak sahaja soal cinta cintu dia tolak dulu kerana bukan itu tujuan utamanya.
Menjadi janda bukan hal yang memalukan tapi bangga kerana kita boleh bangkit dan fokus pada kehidupan kita jalani apa yang pernah tertunda. Kalau orang kata jadi janda akan ketagih gatal tanpa 'pisyang ' tapi tidak baginya dia hanya haus dengan duit kerana duit mampu membeli semuanya bukan sahaja kebahagian tapi impian serta cita-cita.
"Mami tak nak kamu terluka Leen ,kamu tu satu-satunya anak perempuan kami,satu -satunya harta yang kami punya . Mana mungkin kami sebagai orang tua membiarkan kamu menderita menikahi lelaki yang sudah mempunyai isteri. Jangan sayang dengar kata mami"
"Lebih baik menikah dengan lelaki yang ada isteri daripada menikah dengan lelaki yang berzina lebih teruk right. Kali ini sahaja Papa , permintaan Leen yang terakhir lepas ni dah tak akan jadi macam ni!"
Tuan Isa mengusap kepala anak perempuan nya,berat namun dia masih ragu-ragu "bagi papa bercakap dengan dia dulu boleh, mami jom!"
Puan Sahara akur meninggalkan anaknya di ruang tamu memilih ikut sang suami.
THANK YOU FOR READING
YOU ARE READING
MRS NOAH QIDRAN | 32
Romance" Aku perlukan kau Eileen untuk buktikan dengan semua orang yang aku mampu ada keturunan" Ujar Noah Qidran dengan nada tegas "Kau dah ada 2 isteri Noah tapi kenapa aku yang kau nak kan. Cari perempuan lain yang boleh bagi kau zuriat aku bukan kilan...