Seduction | 45

4.6K 390 25
                                    

       (Flashback Seduction | 29)

          DANIEL termenung. Wajahnya serius dan keningnya berkerut. Jam menunjukkan angka empat pagi dan otaknya masih berfungsi dengan galak tanpa langsung mendapatkan rehat hari ini.

Sehari selepas tersebar gambar dia dan Amanda Vierra di galeri Generik di media sosial, dia telah menggesa hantaran itu diturunkan secepat mungkin oleh page gossip terkenal itu. Daniel juga berjaya mendapatkan dalang utama yang mendapatkan gambar itu. Emylia Rose.

Maklumat yang diberikan Tengku Haiqarl tentang Emylia Rose itu, sudah cukup mengejutkan dia. Tetapi apa yang dia lihat selepas ini dari Tengku Haiqarl, lebih menyentap jiwanya.

"Qarl?" Sapanya terlebih dahulu sebaik panggilan Tengku Haiqarl dijawab. Entah apa lelaki itu buat waktu-waktu begini masih tak tidur.

"Aku dah jumpa benda yang kau minta. You'll be surprise, Niel. Kau tak akan percaya,"

"Apa dia?"

"Aku hantar dekat kau maklumat tu... kau hadam puas-puas, esok kita jumpa,"

"Esok tak boleh, Qarl. Aku pergi Florence,"

"Oh ya, aku lupa. Kalau macam tu kau call aku bila kau dah free,"

"Okay, thanks bro,"

"No hal, Daniel."

Panggilan mereka mati disitu. Tidak begitu lama, notifikasi satu file dihantarkan ke e-mel tertera di penjuru MacBooknya yang masih menyala. File yang dimaksudkan Tengku Haiqarl tadiz

Daniel buka file itu.

Wajahnya berkerut melihat tulisan yang agak panjang di dada kertas. Ada lebih lapan helai muka surat dan juga disertakan gambar.

Dia mula baca setiap baris kata dengan wajah yang serius.

Satu per satu...

Baris ke baris...

Rangkap ke rangkap...

Zap!

Satu bisa yang sangat membunuh terasa disuntikkan ke jiwanya. Tangan tergenggam sendiri. Fikirannya seketika terasa terhenti dari berfungi buat dia terngadah agak lama. Dicerna setiap satu walaupun dia memang sudah agak tentang hal ini.

Matanya terkaku di skin yang terang. Namun dia tak mampu membaca satu perkataan pun lagi.

Jantung terasa mahu terhenti.

Nafas terasa terhenti.

Gambar wanita kesayangannya, Amanda Vierra disisi gambar seorang lelaki terus ditatap.

Tak mampu berfikir jauh lagi, dia terus bangkit dan berlalu keluar dari rumah itu. Sepanjang pemanduannya menuju ke kondominium milik Amanda, fikirannya penuh. Dia cuba konklusikan semula susun atur cerita yang dia tahu. Dia cuba untuk terima satu per satu maklumat itu dan dia cuba tahan setiap satu perasaan yang cuba menyerang jiwanya.

Tiba di kondominium milik Amanda, Daniel terus keluar dari kereta bersama dengan satu beg kertas yang dibawa sejak pulang dari kerja tadi. Ikutkan hati, dia mahu terus ke kondo Amanda seusai kerja tetapi ada hal mustahak yang lebih memerlukan perhatiannya.

Kad akses yang diberikan Amanda dilalukan ke muka pintu dan dia masuk dengan senyap. Bilik tidur yang dihuni wanita kesayangannya itu terus dimasuki. Hatinya yang kacau bertukar menjadi damai melihat sosok yang sedang lena dengan tenang diatas katil.

Bunyi suara meditasi dari TV yang gelap buat Daniel tersenyum kecil. Satu hal yang dia perasan tentang Amanda, wanita ini ambil berat perihal kesihatan emosinya. Amanda suka buka suara meditasi begini. TV itu terus Daniel matikan dan perhatian kembali buat Amanda.

Book 4 : SeductionWhere stories live. Discover now