Seduction | 46

4.4K 452 33
                                    

HANS memandang Amanda yang hanya termenung di taman rumah mereka. Empat minggu berlalu sejak kejadian di kondominium milik Amanda. Rumah itu, dah dijual. Amanda yang minta untuk ianya dijual. Tak mungkin dia mampu duduk lagi didalam rumah yang telah menyaksikan kematian manusia yang paling dia benci itu.

Namun, sejak sebulan ini Amanda tak seperti yang Hans harapkan. Dia tak bahagia. Wanita itu sering menunjukkan yang dia baik-baik saja namun orang di sekitarnya sahaja yang tahu sama ada dia baik atau tidak.

Hans tertanya-tanya, benar ke ini yang Amanda mahukan?

Bukan, tentang Megat Darrius.

Tetapi tentang Megat Daniel.

Dari awal, dia sudah jangkakan hal ini akan berlau tetapi bila Amanda tegaskan pendiriannya, Hans akurkan sahaja.

Sementara, Megat Daniel, hampir setiap hari bertemu atau menelefon dia untuk bertanya tentang Amanda. Mana tidaknya, sekali pun Amanda tak mahu berjumpa dengan Daniel. PAnggilan telefon dan pesanan teks dari lelaki itu apatah lagi. Satu pun dia tak lihat.

"Amanda..."

Amanda menoleh kearah dia. Air mata di pipinya dikesat.

"Enough Amanda,"

Semakin lebat air mata Amanda.

"Sampai bila nak macam ini?"

Amanda membisu.

"Are you happy with your decision?"

Sunyi.

"Kalau rindukan dia, pergi jumpa dia."

Amanda gelengkan kepala.

Hans melepaskan nafas berat. Dia tak suka melihat keadaan Amanda begini. Lagi-lagi, bila Amanda sendiri yang meletakkan dirinya di posisi ini.

"Jadi betul kau nak tamatkan semuanya? Nak bercerai dengan Daniel? Aku akan uruskan semuanya untuk kau, kalau betul ini yang kau nak. Selesai semuanya, aku tak nak tengok kau menangis macam ini lagi." Tegas Hans. Dia mahu berlalu dari ruang itu namun langkahnya terhenti bila ada satu tangan memaut kuat lengannya.

"Amanda benci perasaan ni, Hans. Kenapa Amanda rasa macam ni pada dia? Amanda bencikan Dia... Amanda tak patut biarkan perasaan ni wujud..."

Melihat Amanda yang sudah semakin tidak terkawal, terus dia tarik tubuh adiuknya itu ke dalam pelukan dan tubuh Amanda dipeluk erat.

"Aku nak, dendam kau berhenti setakat ini je, Amanda."

Tubuh mereka dijarakkan dan wajah Amanda ditatap. Sambil itu, dia kesat air mata yang lebat membasahi pipi. "Pandang mata aku,"

Amanda akur. Mata berkacanya memandang dalam anak mata lelaki yang sentiasa buat dia rasa selamat itu.

"Berhenti hukum diri kau sendiri dengan dendam lama. Kau tahu mama dan papa kau dah ada dekat tempat yang paling baik kan? Megat Darrius dah mati, biarkan dendam kau mati bersama dengan dia, Amanda."

Tak lepas Amanda memandang mata Hans. Setiap satu perkataan dicerna didalam kepala habis-habisan.

"10 tahun, kau langsung tak bahagia disebabkan dendam dalam hati kau. Mulai hari ni, aku nak kau fikir tentang kebahagiaan kau pula. Dah tiba masanya, Amanda. Tamatkan semuanya." Sisi kepala Amanda pula diusap. Pujukan memang tak akan melunturkan kerasnya hati Amanda. Sebab itu dia selalu bertegas dengan Amanda. Ini cara Amanda terima kata-katanya.

"Daniel, langsung tak ada kaitan dengan kejahatan bapak dia. Aku faham, kau nak dia menderita macam kau. Kau nak dia rasa deritanya kena tanggung kesilapan yang bukan kau buat. Tapi... kau tahu kalau dia bahagia atau tidak?"

SeductionWhere stories live. Discover now