Seduction | 49

8K 552 26
                                    

           "DIA sayangkan Amanda sangat-sangat. Amanda adalah kebahagiaan dia. Dalam setiap lelah, Amanda adalah tempat nyaman untuk dia bersadar."

Amanda buka mata yang kelat. Tubuhnya dipusingkan ke belakang dan seperti yang dia jangka bahagian disebelahnya kosong tidak berpenghuni. Namun, ada sesuatu menarik perhatian Amanda. Ada bouquet terletak ditilam sebelahnya namun isi didalam bungkusan itu bukanlah bunga melainkan satu kotak dari jenama Tiffany & Co. Amanda angkat bouquet itu dan ditilik lama. Kotak berearna tiffany blue itu diangkat keluar lalu kotak itu dibuka.

Terpana dia lihat isi didalamnya.

Ada satu rantai tangan dengan pendant berbentuk hati. Amanda usap loket itu. Daniel yang belikan untuk dia ke? Amanda sentuh dada sendiri. Terharu.

Kemudian, mata Amanda jatuh pada satu sampul kecil berwarna maroon yang diselitkan di belakang kotak tiffany blue itu. Isi didalam sampul itu pula dikeluarkan. Dia jadi teruja.

Namun, rasa teruja itu melonjak berganda-ganda saat matanya membaca tulisan yang tertera di sekeping kad ditangannya.

Ada satu tiket ke art show yang akan berlangsung di kota London bulan hadapan. Semakin lebar senyuman Amanda dibuatnya. Lama rasanya dia tak ke art show. Sejak dengan Daniel, rasanya dia memang sudah kurang ke galeri walaupun hanya ke Generik Galeri sendiri.

Bersama dengan tiket itu, ada diselitkan satu surat dengan tulisan tangan.

To many more art shows with you...

I love you, my precious Amanda.

I miss you...

I miss you too, my Daniel. 

•••

           "LET'S go, Tatty." Tubuh Tatty yang sedang duduk bermasalan diatas sofa dipenjuru bilik diangkat dan dipeluk erat. Amanda keluar dari bilik itu dan turun ke tingkat bawah.

"Good morning good people," sapa Amanda sambil meletakkan Tatty diatas sofa. Dia buka langkah ke ruang makan selepas itu.

"Good morning gorgeous princess! You nak pergi mana?" soal Bobby melihat Amanda yang sudah cantik bersiap. Awal-awal pagi pula tu, kalau tak silap Amanda tak ke VIERRA hari ini.

"Home,"

"Home?" Soal Bobby tidak memahami maksud Amanda. Kunyahan nasi goreng cina terhenti.

Amanda tarik senyum sambil anggukkan kepala. Wajah keliru Bobby dipandang. "Home... to where I belong,"

Amanda labuhkan punggung di kerusi berhadapan Bobby. Menu diatas meja dipandang. Enak, lama dia tak berselera melihat makanan begini.

"Gina balik bila?" soal Amanda. Dua hari lepas Gina ke Australia atas urusan kerja. Wanita itu memang tak pernah tak sibuk.

"Lagi dua hari,"

Amanda anggukkan kepala. Sambil itu, nasi goreng cina resipi filipino Jenny dicedokkan ke dalam pinggannya.

"Jenny mana?"

"Washroom,"

Amanda anggukkan kepala.

"Oh Bobby! Lepas makan, help me take my bags upstairs, boleh?"

Laju Bobby anggukkan kepala. "Daniel tahu you nak balik?"

Amanda gelengkan kepala. "I nak buat surprise,"

Book 4 : SeductionTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang