Prolog

23 6 7
                                    

Badanya direngangkan sedikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Badanya direngangkan sedikit. Ah! Akhirnya habis juga assignment dia. Sehari suntuk dia habiskan masa untuk menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah dia dibuatnya gara-gara memikirkan tugasanya ini.

"Ariyana!" laung sahabat baikku, Qisya dihadapan muka pintu bilik aku.

Haih, kalau tak menjerit dalam sehari tak sah agaknya. Lama kelamaan, boleh pekak aku dibuatnya.

"Ariyana! Yana! Oh Yana. Yana.... Yahanana yahanana yahanana yahanana," amboi. Sempat lagi buat nasyid guna nama aku. Tahulah nama aku cantik cun melecun kebabom piu piu. Tapi tak payahlah buat lagu guna nama aku.

"Yana...."

"Ya. Hish! Tak reti menyabar betullah kau ni nenek. Salam tak bagi, terpekik pekik macam tarzan nampak harimau," bebel aku sambil menghampiri Qisya. Ni kalau orang nampak ni, tak pasal-pasal boleh timbul salah faham. Tak pasal-pasal masuk berita, seorang gadis muka macam longkang pecah terpekik, telolong, terjerit-jerit dihadapan rumah seorang gadis cun melecun kebabom piu piu kerana gadis tersebut telah mencuri bakal abang iparnya. Okay, tiber.

"Yana...." Qisya tersengih-sengih sambil memandang kearahku. Haih, adalah tu nak ajak aku keluar.

"Kau nak pergi mana? Kalau area dekat-dekat, aku on. Tapi kalau jauh sampai ke KL, sorry naik jamban boleh bergerak, aku malas."

"Alah kau ni Yana, jangan risaulah. Aku nak ajak kau teman aku pergi pejabat pos tak laju jap. Aku nak hantar barang." Qisya mengajak aku.

Pejabat pos? Kau ingat aku nak ikut ke? Bosan tahu tak menunggu dekat tempat tu. Nak kena tunggu nombor giliran dipanggil, memang lambat gila. Aku boleh menang game candy crush sampai lavel paling tertinggi dalam game tersebut tahu tak.

"Ma...," tidak sempat aku hendak menghabiskan ayatnya, Qisya terus memintas.

"Nanti aku belanja kau makan dekat Secret Recipe. Amacam? Okay tak? Kau hari tu kata teringin nak makan kek oreo dekat SRkan?" Qisya menjongketkan keningnya berkali-kali.

Kecur air liur aku ketika ini. Nak makan dekat SR alamatnya kena tunggu gaji dululah. Tapi dah alang-alang ada orang nak belanja, tak salahkan?

"Okay aku on!"

🌷🌷🌷

Sementara menunggu Qisya menyelesaikan urusanya, aku singgah sebentar ke kedai Familymart. Pintu kedai itu ditolak lalu aku melangkah masuk kedalam kedai tersebut. Sesekali mataku menjeling kearah ayam spicy crispy chicki yang terdapat di meja kaunter.

Hampir meleleh air liur aku melihat kuantiti ayam tersebut yang bergitu banyak. Dapat makan satu panas-panas ketika hari masih hujan ni syok juga.

Tanpa melengahkan masa, sebelum aku kena beratur panjang aku terus beratur lalu memesan spicy crispy chiki empat keping. Apa? Aku jarang makan benda ni tahu tak. Sekali makan pasti tak cukup.

Hydrangea Where stories live. Discover now