Wajah aku diraup kasar. Dr. Khaleed Saufy ni memang sengaja nak kenakan aku ke apa?
"Yahooo! Satu group dengan budak dekan! Mudahlah kerja aku macam ni," kata Syriq, budak paling malas yang aku kenal.
"Betul betul betul. Tak perlu susah-susah kita guna otak," kata Nina, budak yang tak berapa nak malas sangat tapi suka buat kerja 'last minute'.
"Korang berdua ni, jangan nak mengharapkan dekat kami berdua jelah. Cuba buang sikit sifat malas korang tu. Kita sekarang ni dah masuk last year tahu tak? Masih nak kekalkan dengan perangai lama korang tu?" bebel Adri sambil mengelengkan kepalanya.
Mendengar kata-kata Adri membuatkan aku tersenyum nipis. Haih, sekurang-kurangnya, adalah member yang boleh diharap.
"Alah kau ni Adri, rilex lah bro. Tarikh nak hantar tugasan ni lamberttt lagi lah. Kita enjoy lah dulu. Main game ke, lepak mamak ke.... Kau ni tak menyabar langsung," kata Syriq sambil bermain dengan telefon.
"Hah, banyaklah kau punya rilex. Kau tu bukanya boleh percaya sangat. Korang berdua punya perangai ni dua kali lima je. Suka sangat tangguh kerja. Bila dah nak masuk last tarik hantar benda alah ni, baru nak stress, baru nak serabut kepala otak. Lepastu, semua benda nak lepas tangan bagi kita orang berdua ni buat," kata aku yang sedari tadi menahan geram dengan perangai Syriq dan Nina.
"Halah halah kau ni Yana, sabarlah. Nak marah-marah ni pasai apa? Apa yang Syriq cakap tu betullah. Kau mimpi apa malam semalam sampai beremosi sangat ni?" tanya Nina sambil menompang dagu pada berlakang tanganya.
Aku memutarkan bebola mataku. Entah kenapa sifat dua orang kentang ni mengingatkan aku pada seseorang. Siapa eh?
"Aku mimpi yang korang berdua fail ujian akhir lepastu korang kena repeat balik paper dari first year," kata aku sambil tersenyum sinis sehingga menampakan gigi taring aku yang tak berapa tajam.
Melopong Syriq dengan Nina mendengar kata-kata aku manakala Adri sudah ketawa terbahak-bahak sambil menepuk meja. Amboi, suka betul mamat ni ya.
"Woi Yahanana, kau jangan macam-macam eh! Kata-kata tu doa tau!" marah Syriq dengan muka pucat lesu. Takut lah tu....
"Betul tu! Yana, tarik balik kata-kata kau. Aku tak nak repeat paper. Aku tak nak repeat balik dari first year." Nina bersetuju dengan kata-kata Syriq. Haih dua ketul kentang ni, memang cocok sangatlah.
"Hmm, tengoklah macam mana. Kalau korang berdua tolong ringankan beban ni, baru aku tarik balik kata-kata aku," kata aku sambil memeluk tubuh.
"Yelah! Yelah! Kami tolong korang berdua. Tarik balik kata-kata kau tu Yana," kata Syriq dengan Nina serentak.
Aku hanya tersengih sahaja. "Yelah, aku tarik balik kata-kata aku. Tahu takut."
"Amboi..., seronoknya bersembang macam esok nak kiamat. Ni, apa progress perbincangan korang?" tanya Dr. Khaleed yang entah muncul dari mana.
YOU ARE READING
Hydrangea
RomanceHydrangea ialah nama yang sinonim dengan diri Nur Ariyana Humaira. Gadis yang boleh dikatakan lebih suka berdiri diatas kaki sendiri tanpa sebarang bantuan orang lain. Tapi itulah, mulutnya tak reti duduk diam dengan sifatnya yang dikatakan agak sew...