Aku menguap sebesar gua niah. Buku lukisan dihadapan ku ini dipandang sepi. Tiada satu coretan yang terlakar di buku lukisan aku ini.
Sekeliling dewan kuliah dipandang. Dewan pada ketika ini riuh rendah seperti pasar malam jual ubat gegat. Ulang suara, ubat gegat ya anak-anak. Siapa nak beli, meh lah datang ke dewan kuliah aku ini. Beli satu percuma masuk lokap. Sekian iklan dari ubat gegat laris terjual di toktik.
"Argh! Aku benci hari Isnin. Kenapalah aku perlu ambil subjek perakaunan? Aku benci subjek ni dari sekolah menengah. Argh! Aku paling benci imbangan duga. Imbangan duga tak terduga. Buat-buat, asyik tak balance," aku mengomel sendiri. Kalau orang tengok aku pada ketika ini, pasti mereka akan cakap aku pesakit mental terlepas dari tanjung rambutan. Ouh ya, siapa yang pernah belajar akaunt, akan faham rasa stress imbangan duga.
"Yahanana..., yahanana...."
Argh! Dah datang dah nenek bawang ni. Beg aku dibuka lalu diselongkar. Manalah tahu ada benang dengan jarum jahit. Boleh jahit mulut nenek tu. Biar tak boleh buka, padan muka.
"Yana." Qisya menghampiriku sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Argh! Adalah benda dia nak cakap.
Aku menjelingnya tajam. Adalah tu nak membawang. "Kau nak apa nenek? Nak makan ubat gegat? Boleh je, aku ada banyak dekat rumah. Nak berapa biji? Nak 10 tong pun tak apa. Free je aku bagi."
Qisya menjengilkan matanya kepadaku. "Gila mu. Kau nak aku mati awal ke apa?"
"Tak salah pun. Aman sikit dunia aku ni tanpa kau," kata aku sekadar bergurau kasar.
"Tch! What ever Yana," kerusi disebelahku ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi tersebut. Ialah, tak akan dia nak duduk atas kipas pula. "Yana! Yana! Kau nak tahu something tak?"
Aku mengeluh perlahan. See you guys? Kan aku dah cakap nenek ni ada benda yang nak di bawangkan. Pelik betullah, bawang dekat rumah nenek ni tak pernah habis ke?
"Malas. Aku nak tidur. Pensyarah kesayangan kau ni entah manalah pergi. Lambat betul," kata aku sambil menyembamkan muka aku diatas buku lukisan aku. Pelik jap, kenapa aku bawa buku lukisan ni eh?
Tapi nama pun nenek bawangkan. Aku cakap malas pun mana dia nak dengar.
"Aku nak cakap pasal pensyarah baru kita," dapat aku lihat badan Qisya bergerak ke kiri dan ke kanan. Apa benda yang nenek ni suka sangat pun tak tahulah.
"So? Ada nampak macam aku kisah ke? Pensyarah je, bukanya putera raja datang nak masuk meminang," kata aku dengan nada malas,
"Hish kau ni, pelik betullah. Kau nak tahu tak, tadikan aku lalu dekat sebelah dia. Sekali pandang mesti tak cukup," kata Qisya sambil tersipu malu. Gedik punya member.
Aku terus terbangun lalu bahu Qisya aku goncangkan. "Sya, bawa mengucap Sya. Zina mata tu Sya. Astarfirulahalazim, apalah nak jadi dengan kau ni Sya."
"Woi! Woi! Sabarlah mak cik! Pening aku kau buat tahu tak," marah Qisya. Perlahan-lahan aku melepaskan bahunya. "Aku masih tahulah batas kita dengan yang bukan mahram sampai mana. Aku bagi contoh je."
YOU ARE READING
Hydrangea
RomanceHydrangea ialah nama yang sinonim dengan diri Nur Ariyana Humaira. Gadis yang boleh dikatakan lebih suka berdiri diatas kaki sendiri tanpa sebarang bantuan orang lain. Tapi itulah, mulutnya tak reti duduk diam dengan sifatnya yang dikatakan agak sew...